Sunday, July 21, 2013

Lepas berpantang, dapat berpuasa ... Yahoooo!

 

Hari nie hari yang ke 11 kita berpuasa ... tapi Ummi baru jew berpuasa 3 hari .. Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk Ummi berpuasa pada tahun nie ... Alhamdulillah ... Marhaban Ya Ramadhan Allah Hu Akhbar .. Cepatkan masa berlalu. Ummi masih terasa macam mengandung lagi (hehehe perut masih besar), masih terasa dalam pantang lagi ... hehehe (walaupun daa sental macam-macam makanan daaa) ekekeke. ermmm, Ummi tak tahan godaan. Mak mertua Ummi masak sedap sgt. Kadang2 terasa plak nak puasa separuh hari... hehehe. In Sya Allah berbaki lagi 18 hari tok kita bersama-sama berpuasa sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri ..

Ermmm, macam mana puasa kawan2 semua? ada peningkatan tak sepanjang 10 hari lepas kita berpuasa? Iman kita makin bertambah tak? atau makin berkurangan nie? hehehe. ;) apa2 pun jawapannya, tanyalah hati masing2... ^-^. Ummi berharap kawan2 dapat meningkatkan amal ibadat pada bulan yang penuh berkat ini. Ambil peluang bila mana bulan ini Allah telah membuka pintu2 syurga dan di tutup pintu neraka dan semua syaitan-syaitan telah diikat ... Waktu nielah kita semua umat Muhammad nak 'cover' balik semua doasa-dosa yang telah kita lakukan 11 bulan terdahulu. Bulan Ramadhan nie juga Allah bagi kita 'top up' dengan berkali-kali ganda amalan yang kita lakukan. Subhanallah...

Baik nyer iklan .....

Walau bagaimana pun, kita manusia... xlepas dari melakukan dosa2kan walau pun semua syaitan telah diikat.. Semuanya datang dari NAFSU kita ... Nafsu nie telah dididik sekian lama oleh syaitan2 tuh ... Ummi xpandai dalam bab2 macam nie tapi apa yang Ummi faham, itulah yang kita patut lawan. NAFSU! Ummi cuma nak pesanlah skit tuk diri Ummi dan keluarga Ummi serta semua pembaca sekalian (cewah! Ummi cam nak berceramah plak) huhuhu. 

" Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja ... Apa amalan yang kita buat - banyak ke, sket ker, akan d hitung kelak. Ummi nak kita sama-sama berkejar mengejar pengampunan dari Allah SWT. Kita semua masih belum terlambat lagi tau ... Jom! kita buat sekarang, masa ni, waktu ni sbb kita semua belum tentu lagi dapat membuka mata esok pagi ... Jikalau sudah tiba masanya, kita pasti akan pergi jua ..."

Jomlah semua, kita sama2 muhasabah pada bulan yang penuh keberkatan nie. Mudah-mudahan permulaan dalam bulan yang baik nie akan berterusan ke bulan-bulan seterusnya ... Perbanyakkan baca Al-Quran, bersedekah, solat tahajud dan amalan2 yang lain dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah SWT ... Ia! hanya kerana Allah SWT dan bukan nak menunjuk-nunjuk ... 

Ummi sangat2 berharap semua amalan kita ni d terima Allah SWT. Jangan tak tau, amalan-amalan yang kita buat di dunia ini akan menjadi saham yang paling mahal dan bernilai untuk kita di hari pembalasan nanti. Ummi doakan semoga kita semua d rahmati Allah SWT ... dan, d ucapkan

Selamat Meraikan Bulan Ramadhan

 
Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...