Friday, January 24, 2014

Amalan Semasa Mengandung Twins


Syukur Alhamdulillah syukur pada Allah Ummi hari nie sihat walafiat. Begitu juga dengan keluarga Ummi. Anak2 Ummi pun baru je baek dari demam dan baru je 2 hari keluar wad. Syukur Alhamdulillah ...


Senyum jew Daks Keciks 2 orang nie ... 


Semasa Ummi dok d hopspital nie, masih ramai dok tanya Ummi tips dapatkan kembar, tips mudah bersalin dan amalan2 semasa mengandung ... sbb depa dok kata baby twins nie hencem cam pak arab! hahaha... Malu plak masa org dok puji lebih2 anak Ummi nie ..

Pengalaman Ummi mengandungan anak first dan second nie tersangat2 laen. Ummi banyak belajar melalui pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama. Apa yang Ummi nak tegaskan kat sinih, anugerah dari Allah SWT nie bukan semua orang dapat tau! hanya orang2 yang terpilih sahaja yang Allah bg rezeki anak nie. Namun, bagi insan-insan yang belum dapat rezeki anak nie, jangan gundah gulana ... perbanyakkan sahaja doa pada Allah SWT, n perbanyakkan bersedekah di samping REHDA dengan ketentuan Allah SWT. In Sya Allah dengan izin Nya, adalah rezeki anak nie nanti.

Okies, berbalik pada tips amalan semasa mengandung 

Thursday, January 23, 2014

Selamatkan anak-anak kita?

Hai  ... semoga Allah SWT merahmati semua pembaca Ummi hari ni. Ummi ingin meluahkan sesuatu yang terkubu dalam hati Ummi nie. Sesuatu yang telah menyentuh hati dan sanubari Ummi.

Semua orang telah digemparkan satu berita di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun telah dibunuh dengan kejam. Melalui pembacaan Ummi, Arwah nie telah dirogol dan diliwat sekurang-kurangnya 3 atau 4 orang lelaki di bawah pengaruh dadah. Khabarnya juga ibu arwah pun terlibat sama ... Ibu arwah juga dibawah pengaruh dadah. Ya Allah ...

Ummi membaca kes nie hati Ummi bagaikan disiat-siat. Ummi terlalu sedey, kecewa dan kesal. Ummi pun tak faham kenapa Ummi begitu sensitif dengan kes ini. Mungkin kerana Ummi mempunyai anak perempuan? Mungkin juga... tapi penulisan Ummi berkenaan perkara ini bukanlah untuk menarik publisiti tetapi lebey kepada luahan hati Ummi ...

Wahai ibubapa ... anugerah anak dari Allah SWT nie bukanlah satu anugerah yang boley sambil lewa jew buat kita. Anugerah ini adalah amanah yang sanagt-sangat bernilai untuk kita didik supaya menjadi Khalifah Allah SWT... ingat iyer, kehadiran amanah Allah ini telah tercatat buatnya jodoh, ajal, rezekinya. Kita ni sebagai ibu bapa amanah inilah kerja kita sebernanrnya. bukanlah kerja yang hari2 kita pergi balik, cukup bulan dapat upah.

Ummi pun seorang yang bekerja. Ummi pun melalui semua yang ibu bapa lalui. Bila nak kerja, puas fikirkan mana nak tinggalkan anak-anak kecil ni. Rumah pengasuh kah? taska ke? semua itu akan bermain-main dalam fikiran kita. Ummi pun sama. Selamatkah anak-anak nie ditinggalkan dengan orang laen? Ya Allah ... tawakal laa kita ...

Ummi berharap sangat ibu bapa di luar sama. walau pun anak kita di jaga oleh orang yang dipercayai, tapi simpanlah sket rasa was was, tgklah kawasan fizikal tempat tinggal anak2 kita, siasatlah sket2 jiran tetangga yang jg anak kita, rujuklah mana2 bdn tuk iktiraf pusat jagaan anak2 kita. Biarlah kita susah dahulu tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan keadaan keselamatan anak-anak kita. Kalau tawakal tanpa usaha atau jg tepi kain sket tak memadai. Bukan apa kita perlu dan seharusnya kenalpasti dan menjamin keselamatan anak-anak kita.

Bagi ibu bapa juga perlu persiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Janganlah ilmu agama kita senipis kulit bawang tetapi berasa cukup untuk membangunkan keluarga. Kalau perlu, rendahkan diri untuk mempelajari ilmu agama ini untuk kita mendidik dan menyempurnakan anak-anak kita supaya menjadi khalifah Allah yang berguna n berjasa pada agama Allah. kalau institusi kekeluargaan kita tidak kukuh, bagaimana mungkin kita ingin mendidik anak-anak kecil yang memandang kita sebagai modelnya.

Thursday, January 9, 2014

Tips Keberkatan Masa


Hai ... daa lama sangat Ummi tak jenguk blog nie. Mcm nak usang jew... Ummi sebuk laa dengan kerja, twins dan status baru ... Business Women! Serius! Ummi nak serius dalam business SHAKLEE! In sya Allah... INILAH AZAM TAHUN BARU UMMI !


Untuk permulaan, Ummi ingin berjaya dalam diri Ummi terlebih dahulu .. Tips nie Ummi dapat dari seorang Ummi jugak namum Ummi Anish xpernah jumpa n bersua dengan dia. Ummi Anish hanya berkomunikasi di Alam Maya sahaja. Amalan nie terkesan jugak laa dalam hati dan doa Ummi Anish, mudah mudahan Allah permudahkan lagi amalam Ummi Anish nie ... In Sya Allah.

Memohon keberkatan dari Allah SWT ni bukan sahaja mohon keberkatan khususnya harta atau wang ringgit tetapi MASA juga perlu berkata dari NYA. Ummi Anish inginlah mengajak rakan2 taulan yg membaca blog nie untuk bersama-sama mempraktiknya. Bukan untuk kepentingan orang lain tapi untuk kepentingan diri sendiri. Percayalah bile BERKAT MASA kita perolehi, penghijrahan kita akan lebih bermanfaat sepenuhnya dan tak kan habis dengan sia-sia. Itulah yang dikatakan BERKAT. 

Antara tips2 untuk memperoleh KEBERKATAN MASA dari ALLAH SWT ialah :-
  1. Bangun Awal Pagi ####   Cuba bangun pagi seawal boleh,contohnya 30 minit sebelum Subuh. Antara kelebihan bangun pagi murah rezeki. Amin dan Alhamdulillah.
  2. Amal membaca Surah Yaasin setiap pagi ###   Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. In Sya Allah. Pernah seketika tu, pernah Ummi Anish diberitahu, membawa Surah Yaasin ianya bagus utk mencerahkan hati dan muka kita gak... maksud saya kita akan mudah utk mengetahui hati budi org. In Sya Allah.
  3. SENARAIKAN KERJA yang perlu dibuat ###   Setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu kita bereskan hari itu. Pastikan tau kita tulis pada kertas, biar terpapar di atas kerta dan bukannya ingat dalam kepala saja. Sebab dengan menulis, tulisan kita itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri kita dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja kita itu dengan segera. In Sya Allah dipermudahkan.
  4. JANGAN TANGGUHKAN KERJA ... Laksanakan sekarang juga! Sekarang tau! Sekarang! ###   Kalau kita berasa malas, berhenti rehat seketika, kemudian cubalah lihat kembali senarai kerja yang perlu kita lakukan. Mesti semngat nak buat kerja tuh datang balik. Sambil tengok2 senarai kerja kita tuh, cuba katakan pada diri kita, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja sekarang juga.” In Sya Allah menjadi. Ini kata2 positif tau! 
  5. Sentiasa BAWA BUKU bersama ###   Apabila ada saja masa lapang, tak kisah lah tgh tunggu bas ke, tunggu giliran di bank ker, or apa2 sahaja aktiviti menunggu...buka buku yang anda bawa tu dan bacalah. Ummi Anish suka sgt tips yang ni, jadi maknanya selain dari bukunota kecik, pen dan calculator yg ada dlm handbeg, Ummi Anish akan tambah satu lagi iaitu BUKU untuk dibaca. ;) . Nanti kita lebih berilmu!

Cukuplah ini dulu ... Semoga Bermanfaat buta semua ... Amin!

Ingatan tuk diri sendiri jugak,
 'BERSUKURLAH' kita


Love U, Love Me 

Bubye

A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...