Friday, January 24, 2014

Amalan Semasa Mengandung Twins


Syukur Alhamdulillah syukur pada Allah Ummi hari nie sihat walafiat. Begitu juga dengan keluarga Ummi. Anak2 Ummi pun baru je baek dari demam dan baru je 2 hari keluar wad. Syukur Alhamdulillah ...


Senyum jew Daks Keciks 2 orang nie ... 


Semasa Ummi dok d hopspital nie, masih ramai dok tanya Ummi tips dapatkan kembar, tips mudah bersalin dan amalan2 semasa mengandung ... sbb depa dok kata baby twins nie hencem cam pak arab! hahaha... Malu plak masa org dok puji lebih2 anak Ummi nie ..

Pengalaman Ummi mengandungan anak first dan second nie tersangat2 laen. Ummi banyak belajar melalui pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama. Apa yang Ummi nak tegaskan kat sinih, anugerah dari Allah SWT nie bukan semua orang dapat tau! hanya orang2 yang terpilih sahaja yang Allah bg rezeki anak nie. Namun, bagi insan-insan yang belum dapat rezeki anak nie, jangan gundah gulana ... perbanyakkan sahaja doa pada Allah SWT, n perbanyakkan bersedekah di samping REHDA dengan ketentuan Allah SWT. In Sya Allah dengan izin Nya, adalah rezeki anak nie nanti.

Okies, berbalik pada tips amalan semasa mengandung 


  1. Membaca Surah Maryam. Ummi apabila dapat jer 'result' mengandung kali ke 2, setiap hari setiap pagi, Ummi akan membaca surah Mariam. WAJIB! WAJIB pada diri Ummi. Sbb apa? Ramai dah tahukan, amalan membaca surah Mariam nie mampu memudahkan proses bersalin dengan izin Allah! Inilah amalan Ummi setiap hari untuk setiap pagi. Kadang2 selepas sahaja solat magrib, Ummi akan baca surah Mariam nie. Semasa membaca surah ini, cubalah fahami tafsiran surah tersebut. Itu lagi baguskan! Malah, biler tiba sujud sejadah tuh, sujudlah kita seketika dan berdoalah pada Allah apa yang kita inginkan. Macam Ummi, masa sujud, Ummi akan berdoa semoga Allah meringankan sakit bersalin hanya sejam sahaja dan Alhamdulillah, Allah makbul doa Ummi nie. Klik Sinih tuk tahu Cerita Tentang Dia : Pengalaman Bersalin
  2. Sedekahkan Al Fatihah. Amalan nie Ummi sentiasa buat setiap lepas solat. Walaupun Ummi nak cepat mengejar duniawi pun, Ummi akan pastikan Ummi akan sedekahkan Al Fatihah buat Mak dan Ayah serta Mak dan ayah Mertua Ummi. Setiap kali lepas solat tau! Jangan mis mis mis ..
  3. Amalan Membaca Surah ketika mengandung. Jangan terasa beban tau nak baca surah-surah nie. Hati kena ikhlas dan betul2 menginginkannya. Mesti ada dikalangan kita yang terasa, macam manalah nak baca semua nie ek, daa lah surah nya panjang2... tul tak? Memang betul klu nak habiskan semua surah-surah nie makan masa. Tapi tiada perkara TIDAK pada Ummi. Memang Ummi amalkan membaca surah-surah nie. Jangan risau, Ummi akan bagi tips2 nya. hehehe. SURAH AL FATIHAH. Perenggan 2, ada Ummi ceritakan kan? Sedekahkan Al Fatihah buat orang tua kita termasuklah Mertua setiap kali lepas solat. SURAH YUSOF Ummi akan baca setiap hari Isnin selepas solat 5 waktu ... Al-Quran memang ada dalam beg Ummi... Setiap kali lepas baca surah ini, Ummi akan menadah doa supaya Allah kurniakan anak yang Ummi kandungkan ini elok rupa parasnya tetapi moleks lagi rupa akhlaknya kelaks. SURAH YAASIN Bacaan surah ini memang selalu Ummi amalkan setiap hari khamis lepas solat Magrib. Baca sekaligus dan setiap kalu lepas baca surah Yassin nie, Ummi mesti dapatkan suami Ummi tuk cium tangannya memohon keampunan. SURAH LUQMAN Ummi amalkan setiap hari rabu selepas solat 5 waktu. Tiada amalan khusus yang Ummi buat semasa membaca surah ini cuma Ummi cuba memahami tafsiran surah tersebut sahaja. SURAH MARYAM sila rujuk ponit 1 di atas. :) SURAH At-TAUBAH Surah yang paling panjang. Biasanya Ummi akan baca surah ni selepas Ummi buat solat taubat pada malam hari iaitu hari Jumaat. Surah ini ummi akan sambung bacaannya setiap kali lepas solat 5 waktu sepanjang hari sabtu, dan ahad dan akan pastikan habis sebelum subuh hari Isnin. Selepas habis membaca surah ini, Ummi juga akan buat solat taubat 2 rakaat. Kalau anda mampu dan berpeluang, buatlah solat taubat berbanyak kalipun sbb kita tidak tahu bila ajal kita datang menjemput. Dua surah terakhir dalam gambar di bawah, Ummi hanya membaca bila Ummi berkesempatan sahaja. Selain surah2 ini, Ummi juga tetapkan hati ingin habiskan semua 30 juzuk dalam Al-Quran dan Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung tersebut, Ummi mampu memhabiskan juzuk2 tersebut. Alhamdulillah...




















  •  Bersikap Positif Betul nie... semua aura positif perlu di tanamkan dalam fikiran kita. Jangan stress stress tau sbb stress mampu membuatkan darah tinggi dan xmustahil akan mempengaruhi bayi kita kelak.
  • Pengambilan Buah Delima. Ummi makan buah delima nie masa awal-awal mengandung. Amalan nie bagus untuk ibu-ibu yang menghadapi alahan yang terus. Pada awal kehamilan twins, Ummi menghadapi alahan dan kerap pitam. Tapi apabila Ummi d beritahu akan kebaikkan buah delima nie, setiap hari Ummi akan habiskan sebijik Buah Delima. Alhamdulillah, alahan berkurangan tau!
  • Kalsium . Hahahaha Bab ini yang paling susah Ummi nak lalui. Ummi hanya mampu minum susu Dutch Lady sahaja. Tetapi pengambilan yang berterusan iaitu 1 kotak full cream sehari telah menyebabkan badan Ummi naik mendadak. Dan serta merta Ummi berhenti minum susu. Ummi makan pil kalsium. Pada mulanya Ummi habiskan sebotol pil kalsium AMWAY. 2 bln terakhir, Ummi bertukar kepada OSTMETRIK SHAKLEE... Kliks Sinih untuk tahu khasiatnya ... Memang baguih!
  • Minum VCO sejak kandungan 8 bulan. Ini pun Ummi cuba sebab hasil bacaan katanya VCO boleh memudahkan bukaan. Ummi akan telan 2 biji sehari sebelum tidur setiap malam.
  • Minum air zam-zam bila dekat dengan EDD dan berdoa Allah mudahkan semua. Ummi selalu minum awal pagi sebelum pergi kerja dan sebelum tido. Kadang2 Ummi buat air zam zam nie di baca surah Yassin untuk amalan Ummi. Air Zam Zam nie ada dijual di Pejabat Pos Putrajaya.
  • Makan kurma. Ummi kerap makan kurma bila kandungan hampir 9 bulan. Masa di awal kandungan tu, Ummi ada makan juga. Tapi, tak tentu sebab ikut mood. Bila dah nak masuk 9 bulan, Ummi gagahkan diri makan. Ramai cakap elok untuk bagi tenaga semasa bersalin dan banyakkan susu. Ummi makan kurma syafawi. Ni sedap punya ... hehehehe
  • Vitamin Tambahan. Ummi mengamalkan Omega Shaklee sebulan sebelum bersalin. Ummi memang terasa bertenaga sekali dan Alhamdulillah Ummi mampu solat berdiri sehinggalah bersalin. Membawa peyut twins memang berat tapi bila kita yakin, In Sya Allah ... Allah permudahkan...

Amalan Yang Paling Penting! KEREHDAAN ... REHDA Ya Allah ... inilah kunci sebenar-benarnya. Dapatkanlah keradha Allah SWT untuk zuriat kita nie. Janganlah kita abaikan semua suruhan Allah SWT. Selain itu dapatkanlah keredhaan dari suami. Kita dengan suami, usahlah malu dan segan. Mohonlah keampunan dari suami. In Sya Allah ... Ummi memang buat semua nie semasa Ummi mengandung! Dari segi pemakanan ruhani sehinggalah pemakanan tuk jasmani kita. Kedua-dua pemakanan ini tidak boleh diabaikan untuk melahirkan anak yg soleh@solehah yg cergas! 
In Sya Allah dengan izin ALLAH SWT!

Twins Ummi ... Alhamdulillah dilahirkan cukup
 40 weeks dan proses kelahiran hanya sejam
Alhamdulillah. Syukur Ya Allah!


A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com
Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...