Thursday, January 23, 2014

Selamatkan anak-anak kita?

Hai  ... semoga Allah SWT merahmati semua pembaca Ummi hari ni. Ummi ingin meluahkan sesuatu yang terkubu dalam hati Ummi nie. Sesuatu yang telah menyentuh hati dan sanubari Ummi.

Semua orang telah digemparkan satu berita di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun telah dibunuh dengan kejam. Melalui pembacaan Ummi, Arwah nie telah dirogol dan diliwat sekurang-kurangnya 3 atau 4 orang lelaki di bawah pengaruh dadah. Khabarnya juga ibu arwah pun terlibat sama ... Ibu arwah juga dibawah pengaruh dadah. Ya Allah ...

Ummi membaca kes nie hati Ummi bagaikan disiat-siat. Ummi terlalu sedey, kecewa dan kesal. Ummi pun tak faham kenapa Ummi begitu sensitif dengan kes ini. Mungkin kerana Ummi mempunyai anak perempuan? Mungkin juga... tapi penulisan Ummi berkenaan perkara ini bukanlah untuk menarik publisiti tetapi lebey kepada luahan hati Ummi ...

Wahai ibubapa ... anugerah anak dari Allah SWT nie bukanlah satu anugerah yang boley sambil lewa jew buat kita. Anugerah ini adalah amanah yang sanagt-sangat bernilai untuk kita didik supaya menjadi Khalifah Allah SWT... ingat iyer, kehadiran amanah Allah ini telah tercatat buatnya jodoh, ajal, rezekinya. Kita ni sebagai ibu bapa amanah inilah kerja kita sebernanrnya. bukanlah kerja yang hari2 kita pergi balik, cukup bulan dapat upah.

Ummi pun seorang yang bekerja. Ummi pun melalui semua yang ibu bapa lalui. Bila nak kerja, puas fikirkan mana nak tinggalkan anak-anak kecil ni. Rumah pengasuh kah? taska ke? semua itu akan bermain-main dalam fikiran kita. Ummi pun sama. Selamatkah anak-anak nie ditinggalkan dengan orang laen? Ya Allah ... tawakal laa kita ...

Ummi berharap sangat ibu bapa di luar sama. walau pun anak kita di jaga oleh orang yang dipercayai, tapi simpanlah sket rasa was was, tgklah kawasan fizikal tempat tinggal anak2 kita, siasatlah sket2 jiran tetangga yang jg anak kita, rujuklah mana2 bdn tuk iktiraf pusat jagaan anak2 kita. Biarlah kita susah dahulu tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan keadaan keselamatan anak-anak kita. Kalau tawakal tanpa usaha atau jg tepi kain sket tak memadai. Bukan apa kita perlu dan seharusnya kenalpasti dan menjamin keselamatan anak-anak kita.

Bagi ibu bapa juga perlu persiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Janganlah ilmu agama kita senipis kulit bawang tetapi berasa cukup untuk membangunkan keluarga. Kalau perlu, rendahkan diri untuk mempelajari ilmu agama ini untuk kita mendidik dan menyempurnakan anak-anak kita supaya menjadi khalifah Allah yang berguna n berjasa pada agama Allah. kalau institusi kekeluargaan kita tidak kukuh, bagaimana mungkin kita ingin mendidik anak-anak kecil yang memandang kita sebagai modelnya.


Ummi tiada fakta atau dalil untuk mengesahkan penulisan ini akan tetapi Ummi menulis ini dari hati Ummi yang ikhlas. Sekurang-kurang pembacaan saudara-saudari ini mampu memberi perubahan besar pada diri sendiri. Sesungguhnya Allah telah memberikan akal untuk kita berfikir. Menjaga tepi kain orang bukan mengumpat tetapi mengambil tahu kebajikan khususnya supaya kejadian-kejadian yang seumpama keji ini mampu kita atasai d peringkat kita lagi. Andai bukan kita 'menjaga tepi kain' orang, sapa lagi? 'Menjaga tepi kain orang' bukan untuk keburukkan tetapi untuk kebajikan! Pandang-pandanglah keadaan sekeliling kita, masih ada insan kerdil yang memerlukan pertolongan dan masih ada golongan besar2 yang memerlukan teguran ....

Al Fatihah buatmu arwah adik ...
A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com
Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...