Thursday, January 9, 2014

Tips Keberkatan Masa


Hai ... daa lama sangat Ummi tak jenguk blog nie. Mcm nak usang jew... Ummi sebuk laa dengan kerja, twins dan status baru ... Business Women! Serius! Ummi nak serius dalam business SHAKLEE! In sya Allah... INILAH AZAM TAHUN BARU UMMI !


Untuk permulaan, Ummi ingin berjaya dalam diri Ummi terlebih dahulu .. Tips nie Ummi dapat dari seorang Ummi jugak namum Ummi Anish xpernah jumpa n bersua dengan dia. Ummi Anish hanya berkomunikasi di Alam Maya sahaja. Amalan nie terkesan jugak laa dalam hati dan doa Ummi Anish, mudah mudahan Allah permudahkan lagi amalam Ummi Anish nie ... In Sya Allah.

Memohon keberkatan dari Allah SWT ni bukan sahaja mohon keberkatan khususnya harta atau wang ringgit tetapi MASA juga perlu berkata dari NYA. Ummi Anish inginlah mengajak rakan2 taulan yg membaca blog nie untuk bersama-sama mempraktiknya. Bukan untuk kepentingan orang lain tapi untuk kepentingan diri sendiri. Percayalah bile BERKAT MASA kita perolehi, penghijrahan kita akan lebih bermanfaat sepenuhnya dan tak kan habis dengan sia-sia. Itulah yang dikatakan BERKAT. 

Antara tips2 untuk memperoleh KEBERKATAN MASA dari ALLAH SWT ialah :-
  1. Bangun Awal Pagi ####   Cuba bangun pagi seawal boleh,contohnya 30 minit sebelum Subuh. Antara kelebihan bangun pagi murah rezeki. Amin dan Alhamdulillah.
  2. Amal membaca Surah Yaasin setiap pagi ###   Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. In Sya Allah. Pernah seketika tu, pernah Ummi Anish diberitahu, membawa Surah Yaasin ianya bagus utk mencerahkan hati dan muka kita gak... maksud saya kita akan mudah utk mengetahui hati budi org. In Sya Allah.
  3. SENARAIKAN KERJA yang perlu dibuat ###   Setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu kita bereskan hari itu. Pastikan tau kita tulis pada kertas, biar terpapar di atas kerta dan bukannya ingat dalam kepala saja. Sebab dengan menulis, tulisan kita itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri kita dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja kita itu dengan segera. In Sya Allah dipermudahkan.
  4. JANGAN TANGGUHKAN KERJA ... Laksanakan sekarang juga! Sekarang tau! Sekarang! ###   Kalau kita berasa malas, berhenti rehat seketika, kemudian cubalah lihat kembali senarai kerja yang perlu kita lakukan. Mesti semngat nak buat kerja tuh datang balik. Sambil tengok2 senarai kerja kita tuh, cuba katakan pada diri kita, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja sekarang juga.” In Sya Allah menjadi. Ini kata2 positif tau! 
  5. Sentiasa BAWA BUKU bersama ###   Apabila ada saja masa lapang, tak kisah lah tgh tunggu bas ke, tunggu giliran di bank ker, or apa2 sahaja aktiviti menunggu...buka buku yang anda bawa tu dan bacalah. Ummi Anish suka sgt tips yang ni, jadi maknanya selain dari bukunota kecik, pen dan calculator yg ada dlm handbeg, Ummi Anish akan tambah satu lagi iaitu BUKU untuk dibaca. ;) . Nanti kita lebih berilmu!

Cukuplah ini dulu ... Semoga Bermanfaat buta semua ... Amin!

Ingatan tuk diri sendiri jugak,
 'BERSUKURLAH' kita


Love U, Love Me 

Bubye

A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com
Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...