Wednesday, February 26, 2014

Latih Anak Berpisah Sekejab!



Sebelum Ke Kota Kinabalu!

Alhamdulillah, Ummi sehingga kini masih tak ada masalah tinggalkan anak Ummi walaupun pergi kerja atau out station berhari-hari. Memang betul pada usia satu hingga dua tahun nie, kita yang ada anak seusia nie mesti berhadapan tahap ‘takut berpisah’ dengan ibu bapa. Kita tak boleh salahkan mereka kalau mereka nie meraung 'nak ikut! nak ikut! nak ikut! sbb kehilangan ini menyebabkan mereka takut berpisah dengan orang-orang yang selama ini memberi kasih sayang, melindungi dan memenuhi keinginan mereka. hehehe.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak dari Schubert Center of Child Development, Case Western Reserve University, Ohio, A.S, Donald K.Freedheim, beliau katakan ini meruapakan sesuatu normal dihadapi oleh kanak-kanak dalam usia tersebut. Puncaknya terjadi pada kanak-kanak berusia 1 ½ tahun dan reda setelah berumur 2 ½ tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu menyakinkan anak2 nie bahawa mereka hanya ditinggalkan sementara sahaja.

Ummi ada bc tips2 nie di laman sesawang dan tips tersebut Ummi dah lakukannya dan memang betui, menjadi! hehehe. Skrg, klu Kakak Irdina bangun dr tdo, dier pasti akan tanya, 'Ummi nak g kerja kah?' sy pasti akan kata 'iya, Ummi kena g kerja. Kita jumpa petang nanti eks! Maih peluk Ummi kejab'. hehehe. Kadang2 Irdina akan sambung 'Ice-cream boleh? hahaha. Terkena sy! tapi sy pasti akan belikan dia Ice-Cream bila balik kerja hari tuh! ;)

Nie antara tips dan panduan yg Ummi copy&paste dr laman sesawan bagi membantu ibu bapa memujuk dan memberi keyakinan kepada anak-anak bila nak 'berpisah' sekejab!

1. Beritahu ketika hendak pergi
Cara ini akan membuat anak anda berasa terganggu apabila mengetahui anda hilang daripada pandangannya. Biasakan untuk selalu memberitahu meskipun anda hanya akan meninggalkannya seketika. Misalnya, “Sayang, ibu pergi sebentar membeli susu untuk kamu. Ibu pasti kembali!” Ini akan memberikan keyakinan bahawa setiap kali anda hilang dari pandangannya, hanya bersifat sementara. Ketika tiba, tunjukkan barang-barang yang anda beli. 

Tips yg nie memang selalu Ummi buat!

2. Maklumkan lebih awal
Jika anda merancang meninggalkannya seharian, maklumkan si kecil pada malam sebelumnya. Contohnya, dengan memanfaatkan kesempatan ketika membacakan buku cerita sebelum tidur. Lebih baik jika anda sediakan buku cerita mengisahkan kanak-kanak yang bermain sementara ibu bapanya keluar bekerja.

Ummi xbercerita pada Irdina tapi sebelum Ummi pergi mana2, mlm tuh Ummi akan tunjukkan gambar2 kat mana Ummi pergi. Selalunya Irdina akan kata 'Nak ikot boley?' hehe Ummi akan bg jawapan yang tak akan kecewakan dia. Selalunya Ummi akan kata 'kita pergi dengan ayah laa. Lagi best woo!' 

3. Tenang dan konsisten
Jika kanak-kanak menangis menjerit-jerit ketika anda meninggalkannya, berusaha untuk tidak membatalkan rancangan. Peluk anak anda dan bercakap dengan lembut. Sikap konsisten diperlukan untuk membantu anak memahami bahawa ketika dia tidak melihat anda, tidak bererti anda meninggalkan dia selamanya atau tidak sayang kepadanya. Jika anda tidak konsisten, anak akan bingung dan sukar menerima perkara yang sedang anda ajarkan.

Pada awal2 memang nie akan terjadi. Kat sini C ayah perlu memainkan peranan dia. Kena pujuk anak baek2. Ayah Irdina akan pujuk Irdina dengan MC D. Rasuah makan. hehehe. Lepas tuh, ayah Irdina akan tunjuk kapal terbang. Dia kata Ummi kerja naek kapal terbang! Wah! Bila Ummi balik, Irdina nampak kapal terbang, mesti dier kata ' Ummi, kapal terbang ummi! ... hahaha. tersenyum Ummi!

4. Yakinkan bahawa anda akan kembali
Keyakinan dan kepercayaan anak bahawa anda hanya pergi sementara dapat ditumbuhkan secara bertahap. Pada awalnya, anak anda mungkin tidak percaya. Namun untuk mengembalikan keyakinan, anda harus membuktikan bahawa setiap kali pergi, anda akan kembali muncul di hadapannya. Maka, setiap kali pulang, katakan, “Sayang, ibu pulang..”

Rindu oooo tinggalkan anak ni. Kat ayah dier pon tak rindu cam gini. Biasanya klu Ummi balik, Ummi akan cr dier dulu. Lepas jumpa je, Ummi akan soh dier peluk dan baru Ummi kasi ole2 tuk dier. Temankan dia sekejab dan baru Ummi pergi mandi or uruskan hal2 laen!

5. Latih meninggalkan anak secara bertahap
Anda boleh melatihnya secara berperingkat. Pada mulanya, menyorok di balik pintu dan muncul kembali. Kemudian, tinggalkannya di sebuah bilik selama lima hingga 10 minit dan setelah itu hampirinya. Secara bertahap, dia akan terbiasa ditinggalkan.

Cara nie Ummi buat masa Irdina umur 1 tahun. Kadang2 tinggalkan dier bersendirian sekejab. Ummi menyorok! Sekarang kena latih Twins plak! ayo yooooo

6. Melakukan aktiviti bersama
Sesekali bawa anak anda melakukan aktiviti di luar bersama. Dengan ini dia akan memahami bahawa ketika anda tidak berada bersama di dalam rumah, anda mempunyai urusan dan tahu bahawa anda tetap kembali.

Berbelanja laa sket untuk mereka. Ummi tinggal d Putrajaya. Kadang2 Ummi akan bawa anak2 Ummi g riadah bersama-sama. Kadang Ummi bw g swimming. Cubalah luangkan masa tuk anak-anak. Tentu mereka akan lebih gembira!

Hujung minggu bw depa 'sewa keta'


Kalau xhujan, petang2 balik kerja
Ummi bw jln sekeliling rumah

Ank ramai? mesti bw depa
ikut sama shopping
barang dapur!



Ummi juga bekalkan supplemant tuk ank Ummi, Irdina. Bukan apa, bila kita tinggalkan anak ni, kita tahu mereka pasti kurang makan sbb rindu! tul tak? Jadi, Ummi kena iktiar agar Irdina kekal sihat dan cergas. Ummi pilih Meal Shake : Supplemant dr Shaklee untuk Irdina!

Sedikit info ;

Bila boleh mulakan beri vitamin Shaklee pada anak-anak?


Sekiranya perlu, usia paling awal ibu-ibu boleh mula memberikan suplemen Shaklee adalah pada usia setahun. Sebelum setahun, berilah khasiat kepada bayi anda melalui susu ibu dan homemade food.


Apakah suplemen Shaklee yang sesuai untuk anak-anak?


Saya mengesyorkan pengambilan suplemen Meal Shakes dan Omega Guard pada anak-anak di bawah 4 tahun ; dan pada usia 4 tahun (rule of thumb) boleh mula berikan vitamin C chewable.

Meal Shakes


Omega Guard




vitamin C chewable



Nak Detail? Nak diskaun? Nak lg murah2? 
jangan segan eks!

A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...