Monday, April 28, 2014

Malam Berinai


Dalam amalan perkahwinan Melayu pada masa dahulu, majlis adat berinai dilakukan secara berperingkat antara lain termasuklah adat berinai kecil dan berinai besar.

Majlis berinai kecil lazimnya diadakan pada sebelah petang kira-kira tiga malam sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Bakal pengantin perempuan akan dihiasi dan duduk di atas pelamin dengan persalinan umpama seorang puteri raja. Majlis ini akan melibatkan saudara mara terdekat sahaja.Majlis berinai yang lebih meriah ialah istiadat berinai besar.  Majlis berinai lazimnya dijalankan pada sebelah malam sebelum majlis perkahwinan sebenar atau selepas majlis akad nikah. Majlis berinai besar adalah lebih meriah kerana ianya melibatkan lebih ramai hadirin terutamanya para jemputan khas daripada kedua-dua belah kaum keluarga pengantin.
Dalam majlis berinai pengantin perempuan akan dipakaikan inai pada kesemua jari tangan, kaki serta pada tapak tangan. Pengantin lelaki pula lazimnya hanya diinai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki.
Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhir sekali, tetamu berkenaan akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh ibu pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki.
Pada masa sekarang adat berinai kini jarang diamalkan. Mungkin kerana merasakan tiada kewajaran majlis berinai sedemikian diadakan memandangkan ia melibatkan faktor masa dan kos yang berlebihan.
Zaman sekarang ini berinai masih lagi dipraktikkan namun ia hanyalah melibatkan pemakaian inai kepada kedua-dua pengantin yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja samada kaum keluarga atau kawan rapat pengantin. Pemakaian inai lazimnya dilihat acara suka-suka.
Tentu ramai yang setuju jika dikatakan bakal mempelai kalau tidak dipakaikan inai seolah-olah tidak lengkap perhiasannya.
Malahan, ada kelebihannya juga contohnya sewaktu mendaftar atau ‘check-in’ di mana-mana hotel ketika berbulan madu, mungkin boleh dapat ‘diskaun’ atau setidak-tidaknya menerima hadiah kek sebagai penghargaan daripada pihak hotel yang prihatin.

Akad Nikah Anish Azizul

Masjid Sejarah : Sejarah hidup kami berdua
28 Mei 2010

Hari yang paling bermakna dalam hidup sy, Yang merubah dunia khayalan sekelip mata.
Hari yang paling bermakna, penting dan penuh sejarah. Menjadi seorang isteri?

Iyee .. menjadi seorang isteri kepada MOHD ARIEF ABD AZIZ.
Hanya pada Allah bermohon agar jodoh ini berpanjangan
hingga ke akhir hayat dan di rahmati Allah.


Sebelum title 'isteri'
Sebelum title 'suami'















Berdebar2 sy

Berdebar2 en.abg sy  nie

Sah? sah? dan mmg sah pon .. Alhamdulillah ...
sekali lafaz jew!

Amin ... Moga2 ikatan kami suami isteri hingga ke
akhir hayat dan dirahmati Allah SWT

Peach ... daaa slmt jd isteri owg!

Dari sy : purple dan dari die : pink

Saat 'membatal' air sembahyang

serah 'wang hantaran' hehehe
makcik kayo!





Tima Kasih 'Abg'

'Us'



Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...