Tuesday, May 27, 2014

Hepy Anniversary n Hepy Besday Twins


Alhamdulillah, diizinkan Allah SWT untuk Ummi dan My Boy Roi dah bersama selama 4 tahun dah. Pada tarikh ini, 4 tahun lepas, pukul 4.30++ pm lah, kitorang sah bergelar suami isteri. Sebelum tu dah berkawan, bercinta kononnya dan bergaduh sejak 3 tahun sebelum tu dari akhir 2010 lagi kot.. kot la... Nak detail kena korek My Diary laa plak.
Tapi masih teringat lagi masa kenai gitu2 tu, Ummi muka penuh dgn cik-cik jerawat. Memang sungguh tak lawa laa ... hahaha. Umur plak Ummi TUO 2 tahun dengan My Boy Roi tuh. Walaupun gitu, Nak cakapnya, cinta tak mengenal paras rupa laa.. Acecececece… hehe
kerja satu tempat dolu2 ... masa nie baru cinto berputik!
hehehe. Tak sangka daa jd teman cinta daa
My boi Roy ni la yang rajin sangat mengurat Ummi dulu. Bagi ucapan selamat malam laa, tuju lagu karaoke la, nyanyi sebelum tido laa, ape kebende lagi tah la rajin dia buat untuk Ummi. Banyak sgt, klu dia claim. mampus! tak tau daa apa dio daa. Nasib laa dia bukan jenis claim. hahaha. Ummi plak masa tuh tengah nak aim orang lain pun goyah la sket kan... Point byk kat dia. Hahahha.. Tapi sekarang,  hampeh. Ummi je la tuju lagu untuk My Boy Roy tuh, tapi Ummi jugaklah nyanyi sendiri la, tu pun kadang-kadang dia suruh aku diam sebab tak leh fokus drive. Kejam!.. huhuhu.


NAMUN, ITU MASAM MANIS RUMAHTANGGA BEB!


Hari yang paling bermakna dalam hidup Ummi, Yang merubah dunia khayalan sekelip mata.
Hari yang penuh2 bermakna, penting dan  sejarah. Menjadi seorang isteri?

Iyee .. menjadi seorang isteri kepada MOHD ARIEF ABD AZIZ.
Hanya pada Allah bermohon agar jodoh ini berpanjangan
hingga ke akhir hayat dan di rahmati Allah.


Sebelum title 'isteri'
Sebelum title 'suami'

                                   
                            28 Mei 2010
                           'US'
                                    


















My Boy Roi,
4 tahun awak kahwin dengan saya, mesti awak rasa da macam 40 tahun kahwin dah kan? Hahaha. Pening dengan dengan karenah dan feel saya yang macam-macam nie kan? Tul X? Terima kasih banyak-banyak awak sebab tahan sangat-sangat dengan perangai saya, sabar sangat layan saya, sayang saya, jaga saya, ayah kepada anak2 sy, terima saya seadanya, gelakkan lawak saya yang memang kelakar  dll. hehehehe.

Mitak Ampunnn sgt2 sebab perangai saya yang tah pape, overrr, manja & mengada gila yang saya tahu kadang-kadang awak geram je nak cubit cubit. Tapi awak memang tahu saya gini dari azali. Awal-awal dulu sebelum kawin pun saya dah warning awak kan kan kan, tapi awak nak juga saya. Tanggung la, padan muka. hahahahah.

feel awak xsuka kan? SELFIE ... hahaha
Tau tak senang. Tau susah sangat, tapi awak sorang je kot dalam dunia ni yang boleh put up with me, and for that, I thank you. Terima kasih juga, sebab dengan izin Allah, proses biologi yang kita lakukan membuahkan hasil dengan terlahirnya Irdina Batrisya yang sempurna sifat. Comey. Sorry iyer ... sebab dia banyak ikut perangai mengada saya so awak makin penat layan 2 orang ANISH. Hehehe

Irdina Batrisya Mohd Arief
8 Feb 2011
Cukup 3 tahun berkahwin, Allah SWT bagi adiah yang sangat2 special tuk kita berdua. Berdouble-double special kan. Syukurnya Ya Allah. 

Nie dia Cinta Hati kita

Irsyad Khalid Bin Mohd Arief
Irhfan Khalis Bin Mohd Arief
28 Mei 2013

So, awak ... da 4 tahun. Cam ne? Cam gitu gini? hehehe.
Nasib baik la awak cenggitu, saya cenggini. So, memang saling melengkapi lah.. Ala-ala macam lagu ‘cinta gila’ nyanyian Juliana Banos lah kirenye…Hehehe. Apapun, saya doakan semoga perkahwinan kita kekal bahagia hingga ke syurga ye. Amiiinn Ya Rabbal ‘alamin.

Happy 4th Anniversary! Tayaang Tawakk Tangaat-tangaat hokayy!!

dr Ummi n babys ...



Monday, May 26, 2014

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah..


Beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka 
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
'
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN 
(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Tukar dari Plastik ke Petrol di Gaza?

Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.
Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.

Antara gambar2 best. Cer lihat nie.
Antara plastik2 yang telah diperkecil-kecilkan

Kepingan kecil tadi dimasukkan dalam mesin khas
idea? pemperosesan sedang dijalankan
hak cipta 'terpelihara'
Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi 
berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat 
dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.

Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.
Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.

Hebat bukan?
sumber berita: http://bit.ly/1sDWEAV


 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com



Friday, May 23, 2014

Kenapa Perlu Ambil Suplemen?

SUPLEMEN? Dahulu2 aNish memang tak terfikir pun kepentingan ambil Suplemen. Tak tahu pon apa itu Suplemen. Tak nak ambek tahu pon. Ni kes sama juga macam INSURAN. Dalam otak dulu2 kata insuran ni habiskan duit jew. Baek simpan sendirikan ... Tapi kini insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.

Begitu juga dengan suplemen. Keadaan semasa begitu cepat berlalu. Terlalu banyak teknologi2 terkini sehingga mewujudkan jalan pintas kepada seseorang menjadi pasif/tidak aktif. Sebagai contoh, trends fast food. hehehe. kena pikir2 la napew.

aNish nak senaraikan :-

Kenapa Anda Perlu Mengambil Suplemen?

  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.

  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi sesetengah nutrien.

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar.

  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

  • Kebanyakkan di kalangan kita makan mengikut selera rasa.

  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.

  • Kehilangan nutrien dalam makanan.

Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan risiko kesihatan SEPERTI :-

  • Penuaan pramatang

  • Kelesuan

  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan

  • Keguguran rambut

  • Osteoporosis

  • Kulit bermasalah

  • Dan banyak lagi ...

Untuk perlindungan jangka panjang diri, aNish memilih SHAKLEE. 

KERANA :-




Kini, pilihan di tangan anda. Shaklee membawa Total Wellness Connection 
yang menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat!

Cuba dulu, jangan X cuba 

 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

Thursday, May 22, 2014

CoQ Health Plus Shaklee

Satu hari sy g jumpa doktor sbb sy rs cpt semput!. hehehe. Lepas je check apa yg patut, doktor kata kolestro sy tinggi. kadar denyutan sy lemah. ermmm, Sy kata sy tak nak ambek apa2 ubat-ubatan kerana byk sangat bahan kimia. Doktor suggest kat sy supplement yang mampu meningkatkan kadar denyutan jantung or pergi bersenam. Sy pilih CoQ Health Plus Shaklee sebagai suplement sy dan berbadminton untuk bersenam. hehehe.

Ni laa rupanya CoQHealth Plus
P/S : Untuk makluman, 1 kapsul CoQHealth= 28 cawan brokoli.

Jom kita kenal apakah CoQ Health Plus Shaklee.

  1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel. 
  2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.
  3. Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.

Kenapa COQ10 Shaklee istimewa?

Gabungan Con enzim, vit e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL dan semestinya 
semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode"
dan menguatkan jantung 
  1. Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  2. Penyakit Gusi
  3. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  4. Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
  5. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
  6. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  7. Penting untuk kesihatan ginjal
  8. Membantu merawat migrain.
  9. Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  10. Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.





Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?
Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.


Gejala kekurangan CoQ 10
Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut:

riboflavin (B2), 
niacinamide (B3), 
asid Pantothenic (B5), 
pyridoxine (B6), 
cobalamin (B12), 
asid folik, 
vitamin C, 
dan banyak unsur-unsur surih yang lain. 
Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks co-enzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis co-enzim Q10.

Tuesday, May 20, 2014

Rezeki Anak. Cuba dengan Shaklee.

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

Mesej dr JAKIM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Jakim mengajak seluruh Umat Islam bersama-sama berkerjasama membanteras laman-laman facebook yang menghina Kesucian Aqidah dan Syariat Islam atau sebarang bentuk perkhidmatan berunsur seks atau hiburan melampau.

Cara untuk kita 'report' kepada Pengendali Facebook adalah seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah ini. Kita perlu layari ke laman-laman facebook yang menghina Kesucian Aqidah dan Syariat Islam atau sebagainya dan ikuti 4 langkah seperti ditunjukkan.

Kaedah ini lebih cepat dan berkesan kerana aduan kita semua akan
terus sampai kepada Facebook.

Friday, May 16, 2014

Senarai Set Supplement Shaklee Yg Dicadangkan

Set A (Optimum) 

Set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.



Thursday, May 15, 2014

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak


Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.

Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum WBT ...

Ok, daftar ahli Shaklee sangat2 mudah..
Ada 2 cara untuk menjadi ahli

1. DAFTAR SECARA PERCUMA
  • Dengan pembelian yang berjumlah 200UV ke atas, layak dpt free membership
  • Kena tengok jugak walaupun dah cukup RM650, tapi kena make sure UV cukup 200 baru boleh dpt free membership
  • So akan dpt barang yang dibeli + free memberkit worth RM65

2. DAFTAR DENGAN PEMBAYARAN RM65
  • Untuk menjadi ahli sahaja tanpa membeli perlu membayar RM65 untuk pendaftaran + memberkit
  • Juga dikenakan RM10 untuk postage memberkit

CARA MENDAFTAR AHLI BARU
  1. Dapatkan Borang Pendaftaran di mana2 branch Shaklee berdekatan 
  2. Tulis details ahli baru & nama sponsor (my id shaklee : 919146)
  3. Buat payment (RM65 untuk g ambil sendiri / RM75 untuk postage) x kisah melalui online / walk in..kalau online payment, boleh fax / emailkan borang pendaftaran ke shaklee. 
itu sahaja. tapi kalau nak lg mudah, Please Contact Anish,

 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

Mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah hukumnya?

Perkongsian Daripada : Allahyarham Mohamad Afez bin Hassan .. Al Fatihah 



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan…

Assalamualaikum…

Mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah hukumnya?

Inilah yang selalu menjadi punca kepada kekeliruan pada setiap remaja yang mula belajar mengenal apa itu erti cinta. Mesti ramai yang tertanya-tanya adakah bercinta itu haram? Apakah hukumnya mengurat? Dan apakah perbezaan antara bercinta dan “couple”? Di sini hendaklah ditegaskan bahawa cinta dan “couple” itu adalah berbeza sama sekali dan tidak ada yang menyamakan sifat-sifat antara dua elemen ini.

Adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap remaja yang bercinta dengan melalui proses mengurat, sama ada lelaki mengurat perempuan atau perempuan mengurat lelaki. Proses ini telah menjadi sesuatu yang lazim dalam kehidupan remaja. Seakan-akan sudah sebati dengan amalan seharian. Jika kita lihat dari pelbagai sudut, ramai remaja yang menyalahertikan apa itu mengurat sehingga kita dapat lihat punca kepada rosaknya akhlak remaja bermula dari mengurat. Salah tanggapan dan salah fahaman terhadap persoalan ini boleh menyebabkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan cinta itu halal tetapi kebanyakan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun di kalangan ulama fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-Zahiri.

Sebenarnya mengurat adalah satu perkara yang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Ini kerana mengurat adalah mukadimah kepada percintaan, percintaan adalah mukadimah kepada perkahwinan, perkahwinan adalah mukadimah kepada penubuhan sesebuah keluarga, dan keluarga adalah mukadimah kepada terbinanya sebuah negara. Di sini jelas menunjukkan mengurat bukanlah sesuatu yang haram. Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan.

Tetapi mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna jika ia membawa kepada keburukan dan menjadi punca kepada suatu penzinaan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada sesebuah keluarga, bahkan menjadi mukadimah kepada lahirnya anak luar nikah atau mencampakkan anak dalam longkang dan tong sampah. Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dalam Islam.

Selain itu ingin diingatkan bahawa pada hari ini mengurat dan bercinta itu semua berpunca daripada perasaan emosi dan juga nafsu. Kebiasaannya, tindakan seseorang mengurat dan bercinta itu sebenarnya bertitik tolak dengan perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali untuk mereka melakukan perkara-perkara yang terlarang mahupun dengan kesanggupan kedua-dua belah pihak ataupun tidak. Oleh itu, kepada sesiapa yang telah terlibat dengan anjakan perasaan dan emosi ini harus pandai menggunakan kewarasan akal agar segala batasan dapat dikawal dan tidak melanggar hukum syarak.

Bagi mengelakkan daripada perkara terkutuk ini berlaku, panduan Rasulullah SAW harus dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan berlebihan dalam mengurat dan bercinta. Malah Baginda menyuruh mereka supaya bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad SAW membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat yang dipanggil sebagai ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah SAW menyuruh Aisyah menghantar seorang yang pandai menyanyikan lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl.

Baginda berkata: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. 
(Ibnu Majah: Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat dan ada beberapa hadis nabi ghazl bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam bahasa Arab, ghazl bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Perkataan arab, ‘Ghaz’ yang membawa maksud nyanyian yang ditujukan kepada wanita. Dari segi bahasa pula bermaksud mainan cinta, ungkapan-ungkapan cinta dan ucapan-ucapan yang diluahkan kepada wanita atau berkata-kata dengan wanita. Ghazl juga dikenali sebagai satu bentuk puisi nasyid iaitu puisi-puisi yang memaparkan kisah percintaan penyair dengan kekasihnya.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, muslim dan lain-lain, Rasulullah mengingatkan supaya seorang penyanyi kerabat baginda bernama Anjasyah supaya tidak berlebih-lebihan dalam mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan dengan mengurat dan cinta.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara, cinta kepada kedua ibu-bapa, cinta kepada keluarga dan cinta kepada hambaNya. Sebab itulah Rasulullah SAW menekankan soal mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.

Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda:

“Tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca al-Quran.”

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi SAW bersabda tidak akan masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai di antara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau tidak melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, remaja mesti ada tanggungjawab. Remaja mestilah pandai membezakan antara bercinta dan ‘couple’. Seorang remaja yang bertanggungjawab haruslah mencari sesuatu yang diredhai Allah bukan dengan melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

Waallahu’alam…


Cinta Cinta Cinta

Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan pribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mau melakukan apa pun yang diinginkan objek tersebut. Cinta sungguh unik dan luar biasa. aNish pernah merasai perasaan di kala bercinta. iye lah daa 3 kali berpengalaman mengalami perasaan CINTA kan... hehehe. Cinta nie macam2 ada. Cinta yang kekal hanyalah pada Allah SWT. Kerana 'Cintai Allah kamu akan dicintai oleh Allah'. Subhanallah ... Jangan kita hilangkan perasaan Cinta itu. 

Cinta sesama dengan manusia nie plak ada macam-macam. Ada Cinta dan BerkahwinCinta kebudak-budakan, Cinta Serius Gile, Cinta Romantik Sangat, Cinta Nak Senang, Cinta Selfish dan cinta yang paling berbahaya Cinta Nafsu. So, cinta yang mana kita inginkan? Pilihan terpulang pada empunya diri. Hanya diri sendiri yang akan menentukan yang mana CINTA yang kita inginkan. 
Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” 
(QS. Al Baqarah: 216).

Jodoh pulak adalah Taqdir Allah Swt. Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh. Pertama, cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita. Kita harus terikat aturan Allah. Kita juga dibekali akal untuk memahami aturan-Nya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah jua yang menentukan.

Anish rasa remaja zaman asyik fikir tentang jodoh. Tengah sekolah pon daa pikir siapalah jodoh masing-masingkan. Macam aNish jugak dulu2 selalu pikir tentang perkawinan. Cuma aNish dulu daa tetapkan umur 30 tahun baru nak kawen. Masa tuh memang daa pikir kahwin awal tak seronok. hehehe. Alhamdulillah jodoh anish ditentukan pada umur 29 tahun.

inilah jodohku. Mohd Arief empunya diri. Syukur Ya Allah
aNish diijabkabulkan pada 28 Mei 2010.
semoja bahagia hingga ke syurga.
amin ya rab bal aalamin.


Tapi remaja sekarang kebanyakkan nya pikir kawen awal seronok. Tul tak? adik-adik sekalian, ketahuilah Jodoh dengan kematian itu, sama tarafnya. Dalam kita memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kita kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? kena faham-fahamlah. 

Kini aNish dah berumur 34 tahun, aNish terpikir kenapa dulu2 zaman muda dulu2 aNish tak nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Ya Allah. Takutnya. Takut sbb amal ibadat ni tak banyak dan xcukup untuk menolong di akhirat kelak. dan Alhamdulillah.. syukur sgt2. Alhamdulilillah sbb Allah masih panjangkan umur aNish dan memberi peluang aNish sedar keasyikkan dunia hanya sementara. Bagi peluang untuk aNish Bartaubat. Topup mana mana yang lompong. Qada Solat yang ditinggalkan dulu. Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat Allah berikan ini. Doakan smga aNish tidak sia-siakan usia ini lagi. 

Kepada kekawan yang belum bertemu jodoh, jangan dipikirkan sangat. InshaAllah dalam persiapan kekawan semua hendak menemu Dia, sekaligus akan mendidik kita menjadi baik. Dalam menjadi baik, Allah hantarkan pula seseorang untuk berada di sisi kita. InshaAllah! So, tak yah laa asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Sudah tertulis semuanya dalam Luh Mahfuz tu. Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Maksud aNish, jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kita.


Panjang pula aNish cerita bab jodoh nie. hehehe. Tajuk tentang CINTA kan? hehehe. Maaflah eks. Bukan apa, kekadang aNish rs teringin nak luahkan. Rasa sayang pada remaja kini yang makin terdedah dan senang sgt buat 'dosa'. Sekurang-kurangnya aNish mampu 'petik suis' sket untuk menyedarkan kita yang leka nie. aNish bukanlah seorang ustazah. hanya pengalaman hidup sahaja.
selingan untuk kekawan yang menyintai seseoarang dalam diam. hehehe.



Kepada yang belum diketemukan jodoh, jadilah couple yang ada class , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata yg beralas , kalaulah cinta yg dihulur ikhlas jgnlah bimbang kerna cintamu pasti berbalas

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...