Wednesday, May 7, 2014

Demam Ank Jgn Pandang Remeh Temeh


Assalamualaikum WBT ...

Anak demam? Ibu2 mesti susah hatikan? Ummi pun sama. Susah hati sgt2. Tido tak lena, makan tak lalu, nak buat kerja rumah pon tak best kan. Anak selalu je menepek di cc. Manja depa bukan maen lagi. Badan panas, depa akan merengek la. Kalu kita pon kalau demam cam tuh jugak. hehehe

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:

Irhfan demam ... Bibir dier merah sgt2.
time nie suhu dia 38 darjah C
Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat tau. Setiap keluarga yang ada anak kecik nie perlu ada termometer. MESTI. Kita nie kadang selalunya boleh tahu jika anak kita demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus).  Adalah dinasihatkan agar tidak gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun sbb mereka kan terlalu kecil untuk kita menggunakan termometer oral.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. 

Time nie daa jumpa doktor. Suhu Irhfan 39.9 darjah C.
Da masuk ubat ponggong. Irhfan kena warded.
Motif gambar sbb pokadot belakang cantek

Sebenarnya Irhfan nie daa demam lebih seminggu da. Cuma dalam 2 hari sebelum nie, dia demam suhu mancapai 39 darjah C. Hanya kebah bila ubat diberikan dan selepas 4 jam kemudian, badan irhfan panas balik. Suhu plak melebihi 380C dan berlarutan lebih lama, di tambah pula simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema. So, Ummi rasa tak sedap hati terus bawa jumpa pakar untuk tau tahap kesihatan die.

P/S : Ubat demam terutamanya ubat punggung (masuk melalui dubur) nie penting ada dalam simpanan tau untuk kecemasan. Sentiasa kawal suhu badannya untuk mengelak daripada meningkat kepada 40 darjah C yang mengakibatkan bayi / anak berisiko mendapat sawan. Tetapi penggunaan ubat tuh kena dapatkan nasihat dari doktor. Andai penggunaan yang berlebihan boley memudaratkan kesihatan baby kita.

Santai tgk TV. Boring sungguh nie nampak nya. hahaha

Untuk mekluman kita sebenarnya tidak perlu merawat demam kecuali anak kita berasa tidak selesa, tidak aktif, xlali mkn atau menyusu atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. 

Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:

  • Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
  • Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
  • RUJUKAN : http://www.babycenter.com.my/a1029137/demam-bayi#ixzz314zYaz5l

Relax jew Ifhfan. Daa last2 baru dia mangamuk.
hahaha


Untuk makluman, kelakuan anak kita lebih penting daripada suhu badannya. Kita kena pantau betul2. Kena tengok tindakbalas dr semua aspek. Kena tgk dr aspek:-
  • Kekerapan dia minum
  • Kekerapan tukar lampin
  • Menangis berpanjangan
  • Kelihatan tidak bermaya dan amat letih
  • Kalau dia mempunyai demam pada 37.5 darjah C tetapi menyusu dengan kurang, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, kita perlu risau. 

Kita perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 



Warded : kaedah amat sesuai tuk merawat anak
mkn ubat ikut time. cepat recover


Peneman setia d kala adek keboringan
cam dier plak xsihat.
hehehe
My Heros
Daa namanya kembarkan. Selang 2 hari, C abg menyusul
Depa memang cam gitu. Ummi bersedia laa bercuti
An Nur menawarkan tempat yg selesa.
Satu family dpt berkhemah di sini


Apa maksud kekejangan febril?
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. 

Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera. 

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.

http://www.babycenter.com.my/a1029137/demam-bayi#ixzz315WAH700


kena tukar 3 hari sekali. lebih elok.
anak pon xsakit bile inject ubat

P/S : Sekiranya bayi anda masih sangat kecil ( 0 – 6 bulan ) mempunyai demam, harus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera. Cerita saya Twins warded semasa dalam pantang. Baca nie.




Seminggu di dalam wad. Alhamdulillah. Dah boleh
bermain sama2 daa.

Mesti Tahu !
Pengalaman Ummi, jika terasa anak panas sgt2, langsung xbermaya dan seakan-akan pengsan, mesti mandikan badan mereka. Keseluruhan tau! begitu juga semasa perjalanan ke klinik berdekatan / hospital. Pastikan badan mereka dibasahkan seolah-olah memandikan mereka. 
Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot), ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40Oc. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak kita menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. 
Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak kita, kemungkinan besar ia akan berulang lagi jika kita mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Ketahuilah situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. 
P/S : Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak kita. 
Waspadalah jika anak demam!

  
A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com


ANATARA SUPPLEMENT SHAKLEE DICADANGKAN UNTUK KANAK-KANAK:-

Kanak-Kanak Bawah 1 Tahun
Susu ibu adalah yang terbaik. Ibu2 ambillah makanan yg berkhasiat atau supplement yang sgt boleh membantu memeriahkan pengeluaran susu ini. Shaklee menawarkan set full menyusu iaitu Alfafa + ESP + B-Compleks + Vitalea + Omega

Kanak-Kanak 1 - 3 Tahun
Shaklee menawarkan Mealshake cukup sesudu sehari yang dicampurkan dlm susu/minuman sejuk atau suam. Omega jg salah satu produk yg bole tingkat sistem imunisasi kanak2. Omega merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi satu rangkaian yang
penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi.

Kanak-Kanak 4 Tahun Ke Atas
Mealshake, omega Guard, Chewable Vit-C

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...