Wednesday, May 14, 2014

Dugaan Dalam Bercinta

Wah .... entry tentang CINTA! boley ke Anish coret2 tentang cinta nie? Ada pengalaman bercinta kew? hehehe. Mestilah ada pengalamankan. Hidup bujang sampai 29 tahun. Anish pernah bercinta n bertahan hingga 10 tahun tau! Cuma jodoh kami jew tak ada. Mungkin 'C Dia' akan berjumpa dengan insan yg lebih baik dr Anish. :)


Dugaan dalam bercinta nie macam2 hal tau. Dugaan dr family, masa, komitmen, pelajaran dan yg paling sedih dugaan kehadiran insan ke 3. Macam2 lg laa dugaan mendatang. Yang pentingTapi apa yg penting, hati mau jujur dan ikhlas dalam perhubungan. 

Macam mana kita mahu kenal insan yang kita sayang tuh betul2 jujur dan serius dengan kita dan khlas menyayangi bermaksud si dia tidak akan mudah meninggalkan kita di saat saat yang kita perlukan. Tp macam manakn? Anish just senarai je apa yang patut d sini. Semaklah tapi jgn pulak lepas baca entry nie terus bertegang urat dengan pasangan plak. Just ambek yg jernih2 jew. hehehe.



Ada bila kita memerlukan


Ada itu bukanlah bermaksud si dia harus ada dengan kita sepanjang masa. Atau si dia haruslah berada di hadapan mata kita bila kita perlukan dia. Ada satu saat dan keadaan di mata kita amat perlukan dia dan dia tidak dapat berada di sisi kita. Jadi di saat itu, cara dia menunjukkan keikhlasannya adalah dengan menggunakan apa saja cara untuk menenangkan kita. Contohnya..zaman sekarang kan canggih. Ada WeChat, Facebook, Telefon semua. Gunakanlah kemudahan yang ada.

Marah kita untuk kebaikan

Bila lelaki marah, terutama pada orang yang dia sayang, itu semua adalah untuk kebaikan. Contoh, lelaki marah bila orang perempuan tak tutup aurat, pakai seksi bukan semata mata sebab dia jeles, tapi sebab dia tak mahu kecantikan orang yang dia sayangi dilihat dengan mudah oleh orang luar. Marah kan tandanya sayang.

Bekerja bersungguh sungguh

Lelaki bekerja kerana mahukan kesenangan hidup. Dan ianya takkan lengkap tanpa kehadiran seorang wanita di sisi. Jadi jika si lelaki asyik sibuk dengan kerja janganlah kita merungut atau membebel. Asalkan dia betul betul komited dengan kerjaya. Percayakan dia itu lebih penting. Kita harus ingat bahawa kitalah sumber kekuatan untuk dia terus maju dalam kerjaya.

Kenalkan dengan ahli keluarganya

Ini pun salah satu tanda si lelaki ikhlas berhubungan dengan kita. Sesetengah lelaki yang tidak jujur, mereka susah nak kenalkan kita dengan kawan kawan dia apatah lagi keluargnya. Jadi bila dia sudah kenalkan kita dengan keluarganya, itu tanda dia mahu kita rapat dengan ahli keluarganya. Senang bila dah kahwin nanti.


Ha, itu dia. Harap lah awak2 yang wanita ini dapat bertindak bijak dalam menilai erti cinta seorang lelaki. Bila dah dapat yang baik tu jangan lepaskan. Bukan senang nak dapat orang yang sanggup terima kita susah senang. Jadi nak kejar sangat harta benda duniawi yang tidak kekal tu. Duit penting tapi tanpa kasih sayang duit takkan bermakna. Kasih sayang masih tidak dapat dibeli dengan duit. Yang dapat dibeli itu adalah kepura puraan yang toleransi, bukannya cinta.

P/S : Jauhkan dr lelaki yg suka ambek kesempatan ke atas diri kita. Dr segi Wang ataupun Harga diri!


Putus Cinta? Macam mana plak? huhuhu. Anish pernah menangis semahu-mahunya. 



Setiap insan pernah merasai cinta. Insan itu sendiri tidak dapat dipisahkan dari cinta. Cinta kepada manusia, cinta kepada material, cinta kepada Pencipta, cinta wujud di setiap pelusuk cinta. Ramai yang menyintai kekasih mereka. Ada pasang, ada surut dalam percintaan. Tiada apa dalam hidup tanpa cabaran, tanpa dugaan.

Dalam bercinta pasti ada yang gembira, ada yang duka, ada yang marah, ada yang kecewa. Laut mana yang tidak bergelora. Anish ada 2 kali je putus cinta nie. Cinta yang ke 3 nie Alhamdulillah sampai jugak ke jinjang pelamin ... Yang putus cinta tuh, Anish percaya masih ada lagi yang akan sayangkan diri ini dan percaya Jodoh itu milik Allah!




Melalui pengalaman Anish, Cinta dapat menjadikan seorang insan itu lebih baik, cinta juga dapat menjadikan insan tu terpesong, cinta juga dapat meruntuhkan hidup seseorang, cinta juga dapat menguntungkan, ianya juga dapat merugikan. Menyintai dengan extream akan buat hati terus terluka. Kita tak boleh bercinta sehingga percaya cinta itu akan sampai ke tua, means bercinta, berkahwin dan berakhir dengan perpisahan MATI. Perjalanan hidup kita nie sudah ditentukan oleh Allah. Percaya akan akan sinar jika kekecewaan menyelubungi diri. 


Putus Cinta tak semestinya malap dan terus malap!

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...