Thursday, May 15, 2014

Tentang Lelaki


10 jenis lelaki yang WAJIB DIJAUHI dan 
TIDAK PATUTdijadikan calon suami .

p/s : Petua memilih lelaki yang dipetik daripada Ensaiklopedia Petua Melayu Lama dan sumbernya  copy from bharian :)

aNISH nie kalau bab lelaki memang susah sangat nk percaya. Memang aNISH rasa kita orang pompuan nie perlu berhati-hati dengan insan yang bernama lelaki. Diorang nie ada bermacam-macam feel. Seperti kita juga ada macam-macam perangai. So, kita kenalah selidik sket-sket pasal depa nie sbb Lelaki nie memang susah nak di duga. Sekali depa nie buat perangai, haru biru dan pengakhirannya kita jugak yang keluarkan air mata. huhuhu

Jom baca dan ketahui satu persatu jenis lelaki yang dinyatakan ni. 




1. Pandai Berkata-kata
Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya. 

2. Bijak Pentingkan Diri Sendiri
Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak. 

3. Perasan Macho Dan Suka Berpoya-poya
Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini. 

4. Nafsu No. 1
Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya. 

5. Kurang Kasih Sayang
Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan. 

6. Ego
Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara. 

7. Sukar Berkata-kata
Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti. 

8. Cemburu
Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Penyibuk
Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini? 

10. Kasar Dan Ganas
Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?


Sekadar mahu berkongsi dengan anda sahaja . aNISH tahu , mana ada manusia yang 'perfect' kat muka bumi ni kan? Tapi Ini sekadar panduan. 
Bagi yang masih bujang banyakkanlah berdoa supaya anda 
dijodohkan dengan lelaki yang baik-baik .


Allah S.W.T ada berfirman, 

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...