Monday, June 30, 2014

Hamil ? Ibu Menyusu? Puasa atau Tidak?


Tiba masa yang indah sekali lagi tahun ini buat umat Islam menunaikan kewajipan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Pengecualian untuk berpuasa adalah jelas dan boleh didapati dari ustaz-ustaz mahupun dari pemimpin agama. Walau bagaimanapun, untuk wanita hamil ia sering timbul dilema: mahu berpuasa atau tidak?


Apa jua keputusan yang dibuat, Ummi percaya niat anda hanyalah mahukan apa yang terbaik buat anda dan anak yang dikandung. Walau bagaimanapun, sebelum menbuat keputusan, pertimbangkan semua perkara ini:


• Adakah anda telah berbincang dengan doktor anda mengenai keadaan anda dan sama ada ia adalah selamat untuk anda berpuasa?
• Adakah pemberi perkhidmatan kesihatan anda pasti yang anda tidak tergolong kepada kumpulan yang berisiko?
• Apakah keadaan cuaca: sangat terik  atau sekadar panas?
• Adakah anda perlu mengambil sebarang ubat-ubatan di siang hari?
• Adakah anda mempunyai penyakit kencing manis, yang mungkin memerlukan penggunaan insulin?
• Adakah kehamilan masa lampau anda bermasalah?
• Ada sebarang sejarah kelahiran pra-matang?
• Apakah jenis aktiviti harian anda (pekerjaan atau mengurus rumah tangga) berat?



Jika mana-mana soalan di atas berkaitan dengan anda, adalah dinasihat supaya anda perlu berjumpa dengan seorang doktor untuk diperiksa sekiranya sesuai dan boleh berpuasa. Doktor anda mungkin akan menasihatkan supaya jangan berpuasa, semata-mata atas nasihat perubatan bagi menjaga anak dalam kandungan atau kesihatan anda sendiri. Tetapi, anda juga mungkin dalam keadaan yang baik dan cukup sihat untuk menyertai orang lain untuk berpuasa.


Lagipun, kehamilan bukanlah satu penyakit atau kecacatan. Ia hanya keadaan sementara yang memerlukan penjagaan tambahan dan perhatian untuk memastikan kedua-dua ibu dan anak sihat.


Untuk menjalani bulan puasa semasa mengandung dengan berjaya, kesihatan ibu mestilah ada pada tahap yang terbaik. Tips berikut akan bermanfaat untuk memastikan ibadah puasa yang selamat:


•Makan makanan yang berkhasiat untuk bersahur atau makan awal pagi.
•Jangan sekali-kali terlepas makan pagi.
•Minum banyak air tetapi cuba untuk menjauhkan diri dari minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh.
•Mengambil semua jenis makanan dalam kesederhanaan, termasuk pengambilan garam dan gula.
•Dapatkan rehat secukupnya dan cuba elakkan aktiviti berat.
•Cuba sejukkan diri pada siang hari dan tinggal di dalam bangunan selama yang mungkin.
•Semasa berbuka puasa, makan perlahan-lahan. Usus telah berehat pada siang hari, dan ia akan  mangalami 'kejutan' jika tidak dimakan dengan perlahan.
•Dalam tempoh yang tidak berpuasa, pada waktu malam, ambil makanan ringan yang sihat  dengan kerap untuk memastikan anda mempunyai khasiat keperluan harian anda.
•Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada kedai yang bersih.



Walaupun telah diberi lampu hijau, sentiasa mengenal pasti tanda-tanda ini:


• Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan
• Kontraksi abdomen
• Loya atau muntah-muntah
• Pening
• Demam
• Sakit belakang
• Sakit semasa membuang air kecil
• Sakit kepala
• Lemah
• Rasa dahaga atau lapar yang melampau



Sekiranya anda mengalami mana-mana tanda ini, dinasihati anda segera berjumpa dengan doktor anda, kerana ia boleh menjadi petanda anda mungkin bermasalah. Apa yang harus diberi penekanan di sini adalah bahawa kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada puasa.


Walau bagaimanapun, anda hendaklah sentiasa peka untuk sebarang tanda pada badan anda yang mungkin memerlukan perhatian doktor. Jika ragu-ragu, berbincang dengan pemberi perkhidmatan kesihatan anda. Akhirnya, semoga ibadah puasa anda dapat diteruskan seperti biasa dan mempunyai kehamilan yang selamat.



Ok. Set Berpuasa Shaklee Atau Mighty Tripple Gem terdiri daripada Meal Shake Shaklee, Performance Drink dan ESP Shaklee

Kelebihan Set Berpuasa Shaklee

1. MEAL SHAKE SHAKLEE
Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.



2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.


3. ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa

Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.




Set terbaek untuk bulan puasa


 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com





Tuesday, June 24, 2014

Solat Taubat


Assalamualaikum ...

TAUBAT? Ya Allah. Kekadang kita nie hampir leka dengan urusan duniawi. Jarang sekali kita buat solat taubat.



 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com



Monday, June 23, 2014

metabolisme? sumber dr Kevin Zahri

Apa itu metabolisme? 
metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda. 

metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat. Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  9. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  10. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  11. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Monday, June 16, 2014

Ramadhan datang lagi ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

Yang nie Ummi ambek dari group wasup ... kalau ada yang boley pakai, leh laa ambek buat ubat. hehehe

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. 
Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM 
(Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat. Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan. Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga.


Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......


4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam
Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan


Tuesday, June 3, 2014

Faedah ESP SHAKLEE


Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.


Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Baca jangan X baca. hehehe


 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com




Monday, June 2, 2014

ViTaMiN E SHAKLEE

YES ... Hampir daa 7 Bulan saya joint bisness SHAKLEE tau. Sebelum tuh saya hanya pengguna SHAKLEE sahaja. Saya jatuh cinta dengan SHAKLEE nie selepas ambek cadangan full set berpantang, menyusu dan kurus. Memang suka sangat dengan produk ni. Terbaek untuk diri sendiri... hehehe
Kali ni, saya nak citer sket pasal ViTaMiN E SHAKLEE. Korang semua mesti tau laa kan, vitamin E nie sinonim dengan kulit. hehehe. Nak cantik, ambek vitamin e. Nak kulit gebu ambek vitamin e. Nak hilang PARUT pun ambek vitamin e. PERGH! Kat luar sana, memang banyak sangat jenama vitamin E yang dijual. Dulu2 saya nie memang suke satu produk jer tuk melembakan dan hilang parut saya. Jenama Colonial Dames nie. Memang best giler pakai nie. Saya pengguna tegar hampir 5 tahun tau. Nie masa ank gadis lagi. Tapi sekarang, kebanyakkannya di farmasi or kedai dah tak ada jual. Kenapa? saya pon tak tau. 
Hampir 5 Tahun pakai nie.
Untuk parut n jeragat, memang terbaik!
Tapi kini bile susah nak beli balik produk ni, saya beralih kepada supplement plak. SHAKLEE laa pilihan saya. Masa berpantang saya memang ambek Vitamin E nie. Skrg baby daa setahun daa, saya tetap ambek Vitamin E Shaklee. Ketahuilah.. Vitamin E Shaklee adalah yang terbaik. Harga RM149, ada 120 biji yg boley ambek sampai 4 bulan = sebijik sehari jew. Rupe die cam gambar kat bawah nie.
1 biji je ambek sehari. Nanti
kulit jd cantik tau.
Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E Shaklee yang paling lengkap dipasaran. Jangan tak caya tau!
Malas sy nak banding dengan Vitamin E jenama lain.
hehehe. Nak jugak kata ini yg BEST!

SEBAB

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap 
vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. 
Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, 
kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Manfaat Utama Vita-E Shaklee/ Vitamin E Shaklee
Melindungi jantung
jantung
Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan perngasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.

Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
persenyawaan-sperma-dan-ovum
Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
 Anti-Penuaan
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis haluls, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihakan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. 1 Biji jew sehari ... Jom laa kita cantik!  
jennifer lopez




Jennifer Lopez pun turut menggunakan    Vitamin E Shaklee tau







Anti-Oksidan yang Kuat
Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan utnuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
 Kelestarian Tenaga
lelaki kuat
Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Lelaki perlu mengambil produk ini.
1) Menghasilkan sperma yang lebih banyak
sperma





2) Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
3) Memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
4) Mengelakkan cepat letih dan lesu
5) Meningkatkan daya tumpuan
6) Mengelakkan mati pucuk
 Memperbaiki Arthritis
Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

Menghalang Keguguran
keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

Memperbaiki Parut
penyakit kulit
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada kulit  untuk mengurangkan kesan parut. Cara mudah untuk hilangkan parut dengan Vitamin E Shaklee hanyalah dengan pecahkan kapsul vitamin E dan sapu pada kawasan parut setiap malam sehingga dapat kesan yang diingini. Satu botol Vitamin E mengandungi 120 biji, hanya makan sebiji sehari, sebotol vitamin E mampu tahan sehingga 4 bulan penggunaan. Jimat dan berbaloi.
Banyak bukan kelebihan Vitamin E Shaklee? Jangan tunggu lagi…


 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com




Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...