Monday, June 30, 2014

Hamil ? Ibu Menyusu? Puasa atau Tidak?


Tiba masa yang indah sekali lagi tahun ini buat umat Islam menunaikan kewajipan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Pengecualian untuk berpuasa adalah jelas dan boleh didapati dari ustaz-ustaz mahupun dari pemimpin agama. Walau bagaimanapun, untuk wanita hamil ia sering timbul dilema: mahu berpuasa atau tidak?


Apa jua keputusan yang dibuat, Ummi percaya niat anda hanyalah mahukan apa yang terbaik buat anda dan anak yang dikandung. Walau bagaimanapun, sebelum menbuat keputusan, pertimbangkan semua perkara ini:


• Adakah anda telah berbincang dengan doktor anda mengenai keadaan anda dan sama ada ia adalah selamat untuk anda berpuasa?
• Adakah pemberi perkhidmatan kesihatan anda pasti yang anda tidak tergolong kepada kumpulan yang berisiko?
• Apakah keadaan cuaca: sangat terik  atau sekadar panas?
• Adakah anda perlu mengambil sebarang ubat-ubatan di siang hari?
• Adakah anda mempunyai penyakit kencing manis, yang mungkin memerlukan penggunaan insulin?
• Adakah kehamilan masa lampau anda bermasalah?
• Ada sebarang sejarah kelahiran pra-matang?
• Apakah jenis aktiviti harian anda (pekerjaan atau mengurus rumah tangga) berat?



Jika mana-mana soalan di atas berkaitan dengan anda, adalah dinasihat supaya anda perlu berjumpa dengan seorang doktor untuk diperiksa sekiranya sesuai dan boleh berpuasa. Doktor anda mungkin akan menasihatkan supaya jangan berpuasa, semata-mata atas nasihat perubatan bagi menjaga anak dalam kandungan atau kesihatan anda sendiri. Tetapi, anda juga mungkin dalam keadaan yang baik dan cukup sihat untuk menyertai orang lain untuk berpuasa.


Lagipun, kehamilan bukanlah satu penyakit atau kecacatan. Ia hanya keadaan sementara yang memerlukan penjagaan tambahan dan perhatian untuk memastikan kedua-dua ibu dan anak sihat.


Untuk menjalani bulan puasa semasa mengandung dengan berjaya, kesihatan ibu mestilah ada pada tahap yang terbaik. Tips berikut akan bermanfaat untuk memastikan ibadah puasa yang selamat:


•Makan makanan yang berkhasiat untuk bersahur atau makan awal pagi.
•Jangan sekali-kali terlepas makan pagi.
•Minum banyak air tetapi cuba untuk menjauhkan diri dari minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh.
•Mengambil semua jenis makanan dalam kesederhanaan, termasuk pengambilan garam dan gula.
•Dapatkan rehat secukupnya dan cuba elakkan aktiviti berat.
•Cuba sejukkan diri pada siang hari dan tinggal di dalam bangunan selama yang mungkin.
•Semasa berbuka puasa, makan perlahan-lahan. Usus telah berehat pada siang hari, dan ia akan  mangalami 'kejutan' jika tidak dimakan dengan perlahan.
•Dalam tempoh yang tidak berpuasa, pada waktu malam, ambil makanan ringan yang sihat  dengan kerap untuk memastikan anda mempunyai khasiat keperluan harian anda.
•Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada kedai yang bersih.



Walaupun telah diberi lampu hijau, sentiasa mengenal pasti tanda-tanda ini:


• Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan
• Kontraksi abdomen
• Loya atau muntah-muntah
• Pening
• Demam
• Sakit belakang
• Sakit semasa membuang air kecil
• Sakit kepala
• Lemah
• Rasa dahaga atau lapar yang melampau



Sekiranya anda mengalami mana-mana tanda ini, dinasihati anda segera berjumpa dengan doktor anda, kerana ia boleh menjadi petanda anda mungkin bermasalah. Apa yang harus diberi penekanan di sini adalah bahawa kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada puasa.


Walau bagaimanapun, anda hendaklah sentiasa peka untuk sebarang tanda pada badan anda yang mungkin memerlukan perhatian doktor. Jika ragu-ragu, berbincang dengan pemberi perkhidmatan kesihatan anda. Akhirnya, semoga ibadah puasa anda dapat diteruskan seperti biasa dan mempunyai kehamilan yang selamat.



Ok. Set Berpuasa Shaklee Atau Mighty Tripple Gem terdiri daripada Meal Shake Shaklee, Performance Drink dan ESP Shaklee

Kelebihan Set Berpuasa Shaklee

1. MEAL SHAKE SHAKLEE
Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.



2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.


3. ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa

Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur.




Set terbaek untuk bulan puasa


 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com





Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...