Friday, July 18, 2014

Diet


Hello! Ummi tau laaa mesti ramai nak kurangkan berat badan kan? Nak kurus sebab teringin berat badan biar cantik dan sihat. Ummi pun samalah, selepas bersalin twins setahun yang lepas, berat badan Ummi naek menjadi-jadi. huhuhu. Perasaan nak makan tuh meluap-luap! Klu tak makan banyak tuh, rasa tak puas. hahaha. itulah NAFSU! 
Image
Ayo ... tak mau laa badan cam sebelah kanan nie.
Bagaimana jika teringin kelihatan indah dengan bpakaian kebaya kalau lemak perut menggelambir? Huis! tapi jangan risau. Ada macam2 cara yang dilakukan untuk mengurangi dan menjaga berat badan nie, Diantaranya:
1. Diet Karbohidrat (No-Carb Diet).
Diet karbohiddrat nie berhenti terus pengambilan karbohidrat dan menggantinya dengan makanan protein seperti ikan dan telur. Pengambilan supplement pon boley jugak. Apa saja makanan karbohidrat yang mesti dihindari adalah seperti yang disenaraikan ini:
  • Mie
  • Nasi
  • Roti
  • Pasta
  • Tepung
2. Diet Vegetarian (Vegan Diet).
Diet Vegetarian pula lebihkan pengambilan sayuran sebagai sumber makanan seharian. Jangan lupa pengambilan protein tetap penting. Selain sayuran, pengambilan buah-buahan seperti epal, betik dan pisang adalah digalakkan.
3. Kurangkan pengambilan makanan (Portion Size Reduction).
Kalau sehari hari makan satu piring penuh, kurangkanlah kepada separuh ke dan jangan ada rasa nak menambah. Adalah dinasihatkan juga agar berhenti makan setelah jam 7 malam. Kalau masih lapar, perut bernyanyi2, boleh laa ambek buah-buahan. 
Disamping itu juga, BERSENAM adalah digalakkan sangat2. Tidak perlulah bersenam yang susah2kan diri. Cukup sahaja berjalan kaki selama 45 minit setiap hari 5 kali dalam satu minggu dah memadai ... Kalau dapat pergi berenang lagi bagus!

Kalau anda baca list di bawah ni, semuanya adalah benda biasa2 aje, tapi kalau anda amalkan, InshaAllah anda pun boleh kurangkan berat badan anda. Kalau tak turun banyak, sikit pun jadiiilah ...

1. Kurangkan pengambilan makanan berat utk dinner.
2. Wajib ambil sarapan.
3. Ambil sayuran/buah2an dalam kuantiti yang banyak.
4. Banyakkan minum air.
5. Senaman at least 3-4kali seminggu. (Saya tak konsisten yang ni, 2 bulan pertama langsung takde senaman, tp still boleh turun berat dengan 1kg sebulan)
6.Kurangkan FAST FOOD. Kalau boleh jangan langsung!
7. Kurangkan makan di luar sbb kita tak tahu penggunaan minyak dan bahan2nya macammana. Seelok2nya masak sendiri ye.
8. Kurangkan pengambilan gula.
9. Makanan yang bagus elakkan :-
-ROTI CANAI
-APA2 YANG BERSANTAN
-NASI LEMAK
-TEH TARIK @ APA2 MINUMAN YG MENGGUNAKAN SUSU PEKAT MANIS, TUKAR DENGAN FRESH MILK


SHAKLEE NYER SET TAWARAN. JOM KURUS! HEHEHE




A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com


MH 17 ~ Al Fatihah

Assalamualaikum WBT ...

18/07/14 sekali lagi Malaysia diduga dengan berita yang menyediahkan. Allahurabbi. Sapalah kita untuk menidakkan apa yang terjadi. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah buat penumpang-penumpang yang beragama Islam dalam penerbangan MH 17.


Sebelum ini kejadian menyedihkan juga berlaku pada bulan MAC 2014. MH370 masih dalam tanda tanya kita semua. Apakah nasib semua penumpang MH370? Al-Fatihah. Namun, MH17 ini dah nyata kita ketahui keadaannya. Sungguh memilukan. Namun, sekali lagi ... Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah SWT ... 

MH370, Setiap hari mengharap sesuatu berita yang mampu membuatkan hati tersenyum dan mengucapkan syukur pada Allah. Bukan Ummi sahaja yang bersyukur, tapi seluruh Rakyat Malaysia. Namun, jawapan yang diharapkan masih tiada. Kerajaan masih berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan jawapan MH370. Kita pula bertadah tanganlah setiap hari. Memohon kepada Allah SWT supaya semua konflik ini dapat dirungkaikan dan kita ada jawapannya. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Sesungguhnya mati itu pasti. Kematian itu amat dekat dengan kita. Mungkin ini juga ujian atau petunjuk dari ALLAH S.W.T supaya kita jangan terlalu lalai dengan urusan dunia... sama-sama lah kita berdoa dan sentiasa mengingatiNya.... 
AL- FATIHAH..

Hari ini, FB Ummi banyak memaparkan berita memilukan ini. Setiap satu-satu berita Ummi membacanya. Sama juga seperti berita MH 370 dahulu. Terkesan di hati ini bila mana membaca laporan " detik ini 0610, penerbangan MH 17 dari Amsterdam dijadualkan mendarat di KLIA ... Namun, atas kehendak Allah SWT ... penerbangan tersebut telah terhempas di Donetsk, Ukraine setelah dipercayai ditembak pada detik 1415 " Allahurabbi. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar ... Siapalah kita untuk menidakkan segala perancanganNya.

Salah satu status yang tersebar meluas di FB ialah seorang penumpang MH17, warga Malaysia telah memuat naik video singkat terakhir di Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat MH17 sebelum berlepas. Masa di dalam caption gambar tersebut memulakan perjalanan dengan ucapan Bismillah di samping menambah hashtag #hatiadasedikitgentar, seolah-olah mengetahui sesuatu bakal terjadi pada dirinya. 



Semoga mereka yang terkorban ditempatkan dalam golongan orang yang beriman... 
Amin Ya Rabbal A'lamin  Al-Fatihah



Thursday, July 10, 2014

Al-Qur'an adalah Kalamullah ...


Keyakinan Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah bahwa Al-Qur’an adalah Kalamullah (firman Allah) yang diturunkan dengan huruf serta maknanya, dan bukan makhluk, berasal dari-Nya dan akan kembali kepada-Nya. Al-Qur’an adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran apa yang dibawa oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam dan akan terpeliharan hingga hari kiamat.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Ummi masih berpeluang dapat membaca kalam Allah nie. Sesungguh Ummi beroleh ketenangan selepas membaca Al-Qur'an. Sahabatku sekelian, luangkanlah masa untuk membaca Al-Qur'an ni. dapat mengetahui terjemahannya pon bagus. 

Ya Allah, ampunilah dosa dosa kami dan hapuskanlah kesalahan kesalahan kami dan
matikanlah kami beserta orang orang yang berbakti. Amin Ya Rabbal a'lamin.

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...