Saturday, August 30, 2014

Kelantan. Balik Raya Aidilfitri 2014.

Muahahahahaaa. Gelak besar biler terkenangkan saat2 termanis Balik Raya Aidilfitri 2014 tempohari tu. Saat2 menguji kesabaran diri Ummi nak balik raya. :) . Kalau leh bagi gambar time senyum ni, tentu korang tau macam mana lebar senyuman manis Ummi ni. ;)

Balik Raya? Pergh! Kalau nk bercerita penuh pasal balik raya ni, jenuh tersangat-sangat laa nak taip! panjang sangat kalu nak citer detailnya. Tapi Ummi bersemangat giler nak cerita pasal nim. Memang nk senyum lebih dr telinga tau! Feling2 dia ni lain macam. Feling yang paling bahagia dan gembira sangat. Feling syok sgt dapat balik raya kat kampung halaman di samping keluarga tercinta+tersayang+terkaseh= semuanya rindu! 

Susah sungguh woooo nak gambarkan perasaan rindu ni pada family. Klu boleh diterjemahkan, akan Ummi hamparkan kasih sayang ni mesti xcukup! lebih dari sejauh mata memandang. Semua ada perasaan gitu pada keluarga! tipulah tak ada! Marah macam mana sekalipun, mesti terselit nyer kasih sayang tuh!

Inilah keluarga Ummi.... insan yg dirindui!
ada 4 adik lelaki dan seorang jew adik pompuan

Cita pasal Kasih Sayang nim, pasangan bercintakan mesti nak ukur banyak mana kasih sayang! Pernah jugaklah satu ketika dahulu, time bercintan cintun kan (selingan sekejab) Bekas pakwe Ummi dulu selalu tanya. Sayang x saya? Wahhhh romantiklah kononnya tuh... Banyak x sayang saya? kekadang tuh muak jugak kalau kerap ditanyakan? Ummi nie memang terasa susah jugak plak nak menjawabnya. Klu Ummi berterus terangkan, makan hati.merajuk. Hahaha. ingat hati lelaki yang kurang kasih sayang nim keras sgt kew? dalam hati depa tuh ada taman beb! So, nak selamat, Ummi selalu jawab 'sy sayang sgt awk ni. sayang banyak2 tau!' C Dia mesti tanya lagi, banyak mana awak syg saya? Hehehe. Bab itu yang saya lemah. Nak tau jawapan Ummi? Ummi jawablaa, 'banyak sy syg awak. sebanyak yang awak syg sy. hehehe.... tp sayang sy tuh lebih satu dari awak! Klu awak syg sy 2, sy syg awk 3.. kalau awak sayangkan sy beribu-ribu lemon, sy pom sayang awak beribu-ribu lemon tapi lebih satu dr awak. hehehe. Gediks x? Gedikkan? Ummi pon rs gedik sgt! alamak! Tersasar dr cerita asal pulak! Apa2 pon ... nak sayang seseorang nim, kita kn ikhlas...



Tue laa ... ikhlas dalam berkasih sayang. Sbb tuh laa susah Ummi nak gambarkan kasih sayang Ummi pada family ni. Hanya Allah sahaja yg tahu isi hati ni. Ikhlas ke tidak... dan hanya Allah jugak yang mampu responkan kasih sayang Ummi nim.

Opsss Ya Allah, lupa plak nak bagi tau ni. Daa panjang lebar Ummi membebel. Ummi nie anak jati Kelate tau. Membesar di tanah kelate. Yang anak selangor plak Cik Abam Ummi laaa. Tahun nim, Ummi dapat balik beraya di Kelate. Syok kan. Itu yang seronok sangat sampai tak terluah! Hehehe. Nak jumpa Mama n Abah Ummi laaa. Nak raya sama2 dengan diorang. Nak peluk cium mereka nim!

Dalam xsabar nk balik ter, satu pengalaman yg agak serik laa Ummi alamni. Inilah yg dikatakan kenangan yang tak dapat dilupakan. Nak tahu? 19 jam Ummi menempuh perjalanan balik ke kalate bsama2 anak. Bayangkanlah 19 jam kami d hantui jem+roti= menjadikan lazat dan bkrim! Ya Allah ... Allahuakbar. Itulah saat2 yang betul2 mguji katabahan Ummi handle ank2 nim dan juga suami! Macam tak caya jew kan, nak handle suami? Macam mana tuh? ekekeke. Nak handle laaa. kan suami mgantuk or menjadi 'samseng jalan raya' kan? susah plak Ummi. TAPI, ALHAMDULILLAH> Ummi bersyukur sangat2 pada Allah kami sekeluarga sampai dalam keadaan selamat dan keletihan! Syukur. Alhamdulillah.



Perjalanan 19 jam tuh, kami sekeluarga btolak dari Putrajaya jam 4 pg Sabtu btarikh 25hb Julai 2014... pada mulanya perjalanan kami sunguh2 lancar. Jalan lengang je. Senyum jew kami. Anak2 plak masih lena. Suami pom memandu sambil nyanyi2 lagi sehinggalah sampai satu ketika kat area gombak. Kitaorang ni (suami isteri) berborak-borak laa... 
"ermm, elok je.Tak jem pum"
Cik Abam pon mengiyakanlah. Ummi sambung balik, Ummi katalah .. 
"biasanya mulut saya ni masin sket bang! Sat agi tuh kita mesti tempuh jem. kenalah beli roti lebih sket. hehehe... Tapi Cik Abam plak keluarkan teori "tak kan jem nyer. Sbb org tak balik nie lg". Berkata-kata dia dengan penuh yakin dan semangat! Belum sempat Ummi menyampuk, tetiba suasana di pagi hari tuh kelihatan sibuk seolah2 kenderaan berebut2 nak isi minyak keta sbb mintak naek! di situlah bermulanya jem+roti kami.


Saat mulut dikatakan masin!

3 jam dr tol gombak nak sampai ke hentian genting

Behenti sekejab. Solat Subuh. Berjemaah tepi jln jew
Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...