Sunday, September 14, 2014

Akad Nikah BKN Angkat Nikah. Sebut betul2!

Salam hari minggu.
Wah ... Musim cuti sekolah sudah kan sekarang ni.
Musim cuti sekolah VS Musim orang kawen jugak eks ... Hehehe. 
Tapi sekarang musim orang kawen tak kira dah cuti sekolah ke idoknya. 
Rasa2 Ummi ni pon tiap2 hari minggu ada je kekawan update kat Facebook.
Melawo masing-masing pergi kenduri. Cantek-cantek semuanya. Semua Family pergi
bersama-sama. Ummi pon selalu jugak ada jemputan pergi kenduri ni. Dapatlah jumpa saudara marakan? 
Tahun nim, ramai sanak saudara sebelah Cik Abam bertemu jodoh! 

Semalam Ummi berkesempatanlah pergi meraikan Myprend di ijab kabulkan. Alhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar. Ummi JD penganpit tau! Hahaha. 
APA? Ingat orang anak tiga nim xlaku ker? Uweks sebelum korang mutah, baek Ummi mutah dulu. Ekekekeke. Masa majlis ijab kabul tuh, Ummi betul2 laa dok dengar tok kadi bg kutbah nikah. Terasa macam 5 tahun lepas je. Macam Ummi nak nikah dulu2. Hehehe.

berdebor2 time nim tau! harap2 skali lafaz jew.
hahaha


Duduk plan sebelah pengantin...
Khutbah nikah ni banyak benda yang diceritakan. Panjang lebor. Pendek kata kalau tok kadi serious, alamaknya tertido pengantin. Debor pon hilang rasanya. To klu too kadi jenis sempoi, mau berdebor pain macam. Senyum2 jugak. Takut mesti adakan? Debor nak di akad nim, pengantin lelaki je yg tahu. Hahaha. Masa Myprend d akad nikah ni, pergh tok kadi memang 'rock'. Ummi sengih sampai ke telingo. Kelakar abih. Sampai pengantin pom dok gelak2. Hahaha.

Apa2 pun kita layan ambor dulu....

Khusyuk kedua-dua pengantin mendengar 
Khutbah Nikah

Contoh Khutbah Nikah

Assalamu'alaikum Wr.Wb

(Silahkan pilih mukadimah yang anda sukai)

Para undangan sekalian yang berbahagia dan kedua mempelai yang mulia, pada malam yang penuh dengan kebahagiaan ini terlebih dahulu marilah kita memanjatkan puji syukur kehadirat Allah atas karunia nikmat dan hidayah-Nya hingga saat ini bisa hadir pada acara pernikahan saudara ........... dengan ......... Dan mudah-mudahan nantinya akan diberikan kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangganya. Amin ya rabbal alamin.

Mempelai berdua yang berbahagia, agama kita Islam telah memberikan petunjuk dalam membina kebahagiaan hidup berumah tangga, yaitu sesuai dengan firman Allah SWT pada surat An-Nisaa ayat 19:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا

النِّسَاءَ كَرْهًا وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ

مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ

فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا

كَثِيرًا

Artinya:
Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (QS: An-Nisaa Ayat: 19)

Hadirin para undangan sekalian yang berbahagia!
Demikian Allah SWT juga telah berfirman pada surat Al-Baqarah ayat 228:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي

أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا

إِصْلَاحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Artinya:
Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru´. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma´ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(QS: Al-Baqarah Ayat: 228)

Para undangan sekalian yang berbahagia!
Kedua ayat tersebut telah memberikan petunjuk bagi suami agar berlaku baik dalam segala bidang urusan rumah tangga. Dan orang-orang yang beriman, dan menjadi sempurna keimanannya itu. Maka orang itu terbaik budi pekertinya. Hal itu sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw. yang artinya:

" Orang-orang yang mukmin yang paling sempurna imannya yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang pilihan diantara kamu ialah yang berbuat baik kepada istri-istri mereka"

Bahkan di dalam hadist yang lain diriwayatkan, bahwa Nabi Muhammad saw. ditanya oleh Muawiyah bin Haidah ra. Ya.. Rasulullah, apakah hak istri kita terhadap kita ini? Beliau menjawab, yang artinya:

" Hendaklah dia itu engkau beri makan sebagaimana engkau makan, engkau beri pakaian sebagaimana yang engkau pakai, janganlah engkau memukul muka, janganlah engkau mengolok-olok dan janganlah engkau pindah tempat tidur kecuali serumah". (HR. Abu Dawud)

Para Hadirin undangan sekalian yang berbahagia!

Demikian sedikit penjlasan dari kami ini. Kurang lebihnya kami mohon maaf yang sebesar-besarnya. 
Akhirul Kalam

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuhu

Kaedah penyampaian Khutbah Nikah ni terpulanglah pada Tok Kadi yang menyampainya. 
Kemudian, sesi Akad Nikah plak.

IJAB DAN QABUL 

Selesai khutbah, upacara Akad Nikah dimulakan. 
(saat paling mendebarkan...)

Alhamdulillah ... member Ummi selamat daa di ijab kabulkan.

Ijab dan qabul adalah akad nikah.Perkahwinan dianggap sah apabila diakadkan oleh wali atau wakilnya dan dipersutujui oleh bakal suami atau wakilya.

Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali.Contonhya,wali atau wakil wali berkata.
“Aku nikahkan engkau dengan fulan bin fulan dengan mas kawin rm100 tunai”.
Qabul pula adalah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami contohnya:.
“Aku terima nikahnya fulan binti fulan dengan mas kawin rm100 tunai”

Ijab biasanya mendahului qabul.Namun ,sah akad jika menyebut qabul dahulu.Ijab dan qabul mempunyai syarat-syarat,iaitu:.
(a)    Ijab dilafazkan oleh wali atau wakilnya,sementara qabul dilafazkan oleh bakal suami atau    wakilnya
(b)   Lafaz ijab dan qabul mestilah disebut dengan jelas
(c)    Ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis
(d)   Ijab dan qabul tidak diselangi diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan
(e)    Ijab dan qabul tidak dibataskan dengan tempah masa
(f)    Bahasa yang digunakan jelas difahami oleh wali,suami,dan dua orang saksi.



Penyerahan Mas Kahwin


Bacaan taklik - Isteri kena dengar betul-betul lafaz taklik ni. 
Suami kena baca lafaz tu, kalau tulisan nya rumi ok la tapi kalau jawi nasib la...
kena tau baca jawi ler.... hehehe


TAKLIK DALAM PERKAHWINAN
Taklik merupakan satu ucapan yang mengaitkan perbuatan atau kejadian tertentu dengan perceraian. Dalam pengamalan di Malaysia, taklik terbahagi kepada dua iaitu: 
1. taklik yang dilafazkan oleh suami dengan pilihannya sendiri 
2.taklik yang telah ditetapkan oleh undang-undang tanpa kehendak suami. 

Lafaz taklik yang kedua ini biasanya dibuat selepas akad nikah.Taklik akan dibaca selepas selesai sahaja ijab kabul. Pengakuan ini akan dibacakan oleh pengantin lelaki. Ia merupakan satu undang-undang yang dapat melindungi pihak wanita.

Adalah satu kesalahan jika lafaz taklik tidak dibacakan kerana pihak isteri tidak dapat mengambil sebarang tindakan jika berlaku penganiyaan ke atasnya. Sebagai contoh suami memukul atau mendera isteri.Biasanya setiap negeri mempunyai lafaz taklik masing-masing dan paling terbaru taklik disesuaikan mengikut keadaan semasa (Wilayah Persekutuan).Isteri dikehendaki mendengar dengan teliti ketika lafaz taklik ini dibacakan sebelum menurunkan tandatangan.

Ada tiga perkara penting dalam lafaz taklik: 
1. Suami tidak boleh meninggalkan isteri dengan sengaja dalam tempoh empat bulan berturut-turut. 
2. Tidak memberi nafkah serta memudaratkan fizikal dan mental. 
3.Dharar syarie. Perkara bahaya kepada isteri yang dapat menyentuh soal agama, nyawa, tubuh badan atau akal fikiran. 

Di sini dapat diperhatikan bahawa sedari awal lagi Islam telah memberi perlindungan kepada pihak wanita. Oleh itu, sekiranya isteri dipukul atau dicederakan oleh suami, isteri tersebut boleh membuat aduan ke mahkamah atau bertemu kadi untuk menuntut perceraian.Bagaimanapun, proses perceraian bukanlah sesuatu mudah. Isteri perlu mengemukakan bukti-bukti tuduhan seperti surat akuan doktor yang mengatakan anda dipukul dan membawa saksi di mahkamah supaya aduan yang dibuat tersebut bertambah kuat.Di samping itu, buat juga laporan polis, di bawah kanun keseksaan akta keganasan rumah tangga. 

KETAHUI HAK ISTERI MELALUI FASAKH
Fasakh ialah pembubaran suatu kontrak perkahwinan melalui dikri kehakiman melalui kuasa kadi atau hakim untuk berpisah dengan suami.Mengikut pendapat Imam Syafi'e, ada enam sebab seseorang berhak menuntut fasakh iaitu:
aib salah seorang suami atau isteri
suami papa atau tidak mampu memberi nafkah
murtad
akad yang batal atau fasid
tidak sekufu
li'an


Sekiranya pihak isteri sewenang-wenangnya mengabaikan tanggungjawab. Di sinilah terletaknya kuasa suami untuk menjatuhkan fasakh. Namun begitu isteri juga boleh menuntut fasakh atau cerai dari suaminya.Menurut hukum syarak seorang perempuan yang telah mendirikan rumah tangga boleh membubarkan perkahwinannya atau fasakh atau salah satu atau lebih alasan-alasan sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 52. Perkara (i):

Bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari satu tahun;
Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
Bahawa suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih:
Tidakan dan perintah boleh dibuat atas alasan di atas sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.
Bahawa suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
Bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;


Sebelum membuat satu perintah atas alasan tersebut, mahkamah hendaklah atas permohonan suami membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati mahkamah dalam tempoh enam bulan daripada tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada satu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

Bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

Bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur 16 tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

Bahawa suami menganiayainya, iaitu antara lain:

Lazim menyakiti dan menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya, atau

Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak, atau

Cuba memaksa isteri hidup secara lucah atau

Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu, atau

Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya, atau

Jika ia mempunyai lebih daripada seorang isteri, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum

Bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

Bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh hukum syarak;

Bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berselangan atau berterusan dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syarak.






Panduan pengurusan Nikah di Malaysia, Leh laa KLIK SINIH
Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...