Tuesday, September 2, 2014

Demam Panas # twins # warded 6 hari # pengalaman

Assalamualaikum ...
Baru hari ini Ummi dapat 'bernafas' . Dua minggu yang lepas Ummi berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup yang menguji Ummi sebagai Isteri, Ibu dan Pekerja dan juga Pengedar Shaklee. Makin banyak tanggungjawab Ummi. Kalau dulu-dulu, ada masalah jugak tapi Ummi malas nak ambek tahu. Ignore jew sbb Ummi tau mesti akan ada orang tolong fikirkan dan selesaikan masalah tuh. Tapi sekarang? Ummi kena fikirkan dan cuba selesaikan sendiri... ohhhh i realy miss those days!

muka tak ada masalah/duitbyk/travel jew/
kakishopping
tapi skrg?

Welcome To The Real World sesiapa yang sudah bergelar ISTERI dan IBU. bak kata laen lah, welcome tuk diri sendiri laaa. huhuhu. berpijak pada bumi yang nyata. kalau nak berangan jugak, berangan tambah anak laa. hehehe.

inilah tanggungjawab2 Ummi. seorang isteri dan
seorang ibu kepada 3 orang ank#special#twins
Besar tau tanggungjawab nie. Kalau diorang semua ni tak sihat? Ummi jugaklh kena bertungkus lumus, berhempas pulas, berjaga-jaga untuk pastikan keluarga kecil Ummi nie di tahap membanggakan iaitu ditahap diorang akan rasa kehilangan kalau Ummi nyer tak dapat buat semua nie. hehehe. 

Nak jadikan cerita laa kan, minggu lepas twins Ummi warded di Hospital An Nur 6 hari lamanya. Sebelum tuh Ummi outstation kat Peneng seminggu. Balik2 dari kerja luar tuh, twins plak sakit. Deman Panas! Bukan demam biasa or demam rindu tau! Kelam Kabut Ummi. Sejujurnya Ummi belum dapat masuk rumah pon, Ummi da kena check in kat hospital. Irhfan Khalish kena warded!

cian tak? irhfan xberbaju.suhu: 40.1
Actually, Irhfan demam daa 2 minggu sebelum warded. Demam dia on/of. Dah berulang kali pergi klinik. Dan ambek ubat antibiotik pon. Tapi demamnya tak mau jugak kebah. Bak kata doktor, demam ini demam biasa. Demam virus. Salah satu sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan

Kadang-kala kita pun tak jelaskan kenapalah budak ni kerap demam. Maklumat ringkas dari Doktor yang merawat irhfan, beliau ada menyatakan beberapa sebab yang biasa termasuk:
selesema;flu;krup;sakit tekak;jangkitan telinga;jangkitan salur kencing;masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Semua nie ada kemungkinan. 

Ifhfan asyik demam panas berlarutan 2 minggu. Ubat punggung, antibiotik semua macam xjalan je dengan irhfan. Sehinggalah pada satu malam, tetiba badan irhfan mengigil. Ummi cuak tetapi Ummi tau apa nak buat. Bacaan dari internet laa. ikut panduan nie ;-

1) kalau badan anak tetiba mengigil, kita sebagai ibu bapa perlu bertenang. ini tanda-tanda panas dalam. First kenal pasti keadaan anak. Masukkan ubat punggung. Mengigil nie maksudnya kekejangan febril. Apa maksud kekejangan febril? Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Lepas tuh, balut badan bayi kita bagi meneutralkan panas dalam tuh.

2) kalau badan anak panas sgt, masukkan ubat punggung dan basahkan badan mereka. hanya lekapkan dengan kain basah.

p/s : Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.

Hati Ummi makin tak sedap hati sebab demam Irhfan nie mengigil. Langkah yang pertama Ummi buat, masukkan ubat bontot dan terus ke klinik. Suhu badan dia mencecah 40. Ya Allah. Terkejut dan takut sangat jika apa2 terjadi. C chumel Ummi nie plak tak merengek pun. Maen tetap maen. Manolah Ummi tau suhu daa capai 40 darjah C. Tapi Alhamdulillah, Irhfan mampu bertahan walaupun suhu badan dia melonjak ke 40 darjah C. Pengalaman sendiri, doktor ada tanya irhfan minum susu apa? Ummi kata susu Halib Koko tetapi setiap hari sy akan tambahkan 1 scope Meal Shake Shaklee dalam bacuhan susu dia. 

Menunggu tuk masuk ke dalam wad. Muka Irhfan daa ok.
Setelah pemeriksaan di buat, Irhfan bebas dari denggi. Cuma sel darah putih tinggi. Mencecah 24 bacaannya dan agak tinggi dari biasanya nya. So, Irhfan kena warded laa untuk pemantauan doktor. Tanda2 laen selain panas on/off, Irhfan xceria cam biasa dan tak ada selera makan. Malah kulitnya tak cantik. 










Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...