Monday, September 22, 2014

Ibu Bapa, Please alert!

Perkongsian yg hebat tuk kita sebagai Ibu Bapa
# ''ANAKMU MENGENALKAN SIAPA DIRIMU...!! #

1. Jika anakmu BERBOHONG,itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.

Inilah yang saya lalui zaman kanak-kanak saya. BETUL. Kerana takut akan hukuman yang lebih berat, saya sanggup berbohong walaupun saya tahu berbohong itu x elok. huhuhu. in sya Allah, sy akan cuba didik anak saya supaya tidak berbohong. Memang pahit untuk berterus terang, namun tidak menyusahkan kemudian hari.

2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT.

Sememangnya kita perlu mendidik anak kita supaya lebih bersemangat. Macam mana nak menaikan Semangat Depa kan? Kita sebagai Ibu bapa harus memberi peluang dan bimbingan kepada kanak-kanak mencuba melakukan aktiviti yang mereka sukai. Beri dorongan dan galakkan kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan tanggungjawab yang telah di amanahkan. Beri layanan yang adil kepada kanak-kanak dan jangan mudah memperkecilkan kemampuan mereka agar mereka akan lebih yakin untuk membuat sesuatu keputusan. Jangan melabel dan merendahkan kemampan mereka sebaliknya berikan galakkan dan dorongan tanpa berbelah bagi.
Contoh kata-kata positif yang kerap diucapkan oleh ibu-ibu kepada anak-anak kecil mereka:

"Baiknya anak ibu."
"Pandainya anak emak."
"Cerdiknya anak ayah."
"Bagusnya!"
"Cantiknya!"
"Manisnya."
"Ibu suka!"

Anak-anak yang selalu mendengar kata-kata seperti di atas dari mulut ibu bapa mereka akan mempunyai konsep diri:
*Aku budak baik.
*Aku budak pandai.
*Aku budak cerdik.
*Aku budak bagus.
*Aku budak cantik.
*Aku budak manis
*Ibuku suka aku.

Antara kata2 yang boleh merosakkan konsep diri positif kanak-kanak seperti:
* "Kenapa kamu jahat?"
* "Jangan nakal-nakal."
* "Jangan suka buat jahat pada kawan."
* "Tak baik jadi budak jahat."
* "Siapa ajar kamu jadi jahat?"
* "Jangan malas-malas."
* "Kamu tidak pandai."
* "Kamu tidak tahu."
* "Kamu lemah."

Kanak-kanak yang kerap mendengar kata-kata seperti itu diucapkan kepadanya akan perlahan-lahan menukar konsep-dirinya yang positif menjadi negatif:
*Aku budak jahat.
*Aku budak nakal.
*Aku budak suka buat jahat kepada kawan.
*Aku pemalas.
*Aku tidak pandai.
*Aku lemah.

3. Jika anakmu KURANG BERBICARA,itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

Individu yang pada usia kanak-kanak senang bercakap dan bersembang dengan orang lain serta menunjukkan keramahan yang tinggi dalam situasi sosial didapati cenderung kepada aktiviti-akitiviti intelek, bijak dan fasih berbicara, cepat mengawal keadaan di samping menunjukkan aktiviti minda yang agak tinggi apabila mencapai usia dewasa.

Sebaliknya, kanak-kanak yang terlalu berat mulut dan tidak berapa ramah dalam situasi berbentuk sosial didapati lebih cenderung meminta pandangan serta nasihat daripada orang lain, agak mudah menyerah kalah apabila menghadapi beban yang terlalu berat dan kurang gemar berinteraksi dengan orang lain apabila mencapai umur dewasa.

Jadi si kecil yang suka bercakap, ramah serta mudah bergaul dengan orang lain lazimnya akan membesar menjadi orang dewasa dengan aspek/ciri personaliti yang sama. Soalan saya, sebagai ibu bapa yang prihatin adakah anda perlu risau dan susah hati jika si kecil anda terlalu berat mulut dan tidak suka bergaul dengan kanak-kanak lain? Bagaimana pula kisahnya jika anak kesayangan anda sombong orangnya dan suka bercakap besar?

4. Jika anakmu MENCURI,itu karena engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

Kanak -kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan itu salah. Biasanya, tabiat ini akan ditinggalkan apabila pemikirannya semakin matang.Tetapi, adakalanya tabiat mencuri dikalangan kanak -kanak ini wujud akibat daripada perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau bosan. 

Satu contoh kisah daripada guru tadika ialah seorang kanak -kanak berusia enam tahun yang selalu mengambil barang kawan -kawan di kelasnya seperti pensil, pembaris, kotak pensil warna dan sebagainya sejak tiga bulan yang lalu. Ini amat merisaukan ibu bapanya lebih - lebih lagi memandangkan bahawa keluarga ini dari golongan yang berada dan serba berkemampuan. Mereka amat malu dengan tabiat si anak. Dari penilaiannya yang dibuat, beliau mendapati bahawa kanak -kanak ini sihat dan cerdik orangnya, tetapi agak sensitif dan berperangai manja. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, si ayah amat sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk bermesra dengan anaknya. Si ibu juga sibuk dengan aktiviti -aktivitinya sendiri dan tidak menyedari bahawa anak -anaknya berasa kurang selesa kerana tidak mendapat perhatian ibu bapa. Kedua -dua ibu bapa ini telah diberi tunjuk ajar tentang teknik -teknik pengubahsuaian tingkah laku yang sesuai dan mereka juga telah mengambil langkah -langkah untuk memenuhi keperluan emosi anak mereka. Dalam tempoh sebulan selepas itu, tabiat mencuri yang diamalkan oleh si anak pun hilang.

5. Jika anakmu PENGECUT,itu karena engkau selalu MEMBELANYA.

Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
 "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. 
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita. Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis? 
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "

6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,itu karena engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.
Kita seringkali menyamakan antara mendidik dengan memarahi. Perlu diingat, memarahi adalah salah satu cara mendidik yang paling buruk.Pada saat memarahi anak, kita bukan sedang mendidik mereka, melainkan melepaskan geram atau kekesalan kerana kita tidak boleh mengatasi masalah dengan baik. Marah juga hanya usaha untuk melemparkan kesalahan pada pihak lain [dan biasanya yang lebih lemah seperti anak-anak].
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan bercakap ketika marah! Jadi tahanlah dengan cara yang selesa untuk kita lakukan seperti masuk bilik mandi atau ke mana-mana sehingga marah reda. Yang perlu dilakukan adalah bicara "tegas" bukan bicara "keras".Bicara yang tegas adalah dengan nada yang rata, dengan serius dan menatap wajah serta matanya dalam dalam. Bicara tegas adalah bicara pada ketika fikiran kita rasional, sedangkan bicara keras adalah pada masa fikiran kita dikuasai emosi.
Satu contoh lagi yang kurang baik, ketika marah biasanya kita emosi dan mengucapkan / melakukan hal hal yang kelak kita sesali, setelah ini terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya dengan membolehkan hal-hal yang sebelumnya kita larang. Bila hal ini berulang kali, maka anak kita akan selalu berusaha memancing marah kita, dan kesudahannya si anak menikmati hasilnya. Anak yang sering dimarahi tidak akan jadi lebih baik.

7. Jika anakmu MARAH,itu karena engkau KURANG MEMUJINYA.

8. Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu karena engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.

9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,itu karena engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

10. Jika anakmu LEMAH,itu karena engkau SUKA MENGANCAMNYA.

11. Jika anakmu CEMBURU,itu karena engkau MENELANTARKANNYA.

12. Jika anakmu MENGANGGUMU,itu karena engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA

13. Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,itu karena engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK
padanya.

14. Jika anakmu TERTUTUP,itu karena engkau TERLALU SIBUK.
Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...