Thursday, September 4, 2014

Pengalaman pakai tudung paling senang, kemas dan 'nice' MCM inner silang

Hamboi kemaenkan tajuk hari ni panjang berjela-jela. Erm, nie citer pengalaman sendiri laa tau. Meh ummi belanja gambar dulu. Gambar yg buat Ummi sukew sgt pagi ni dapat pakai tudung dengan cara yang paling senang sangat.

tue dio ... hehehe. abaikan mata sepet sebelah sbb
Ummi tengah sakit mata. Jgn tenung2 nnt berjangkit! hehehe
Nampak macam senang je kan? Memang senang pon. Kalau setakat nak selfie, tak adalah Ummi create new post ni semata-matakan. Baek Ummi selfie kat fb jew. hahaha. Sbb nak kongsi dengan semua oranglah nim Ummi bersemangat menempek kat blog ni! betul tau... Puas hati laa dapat pakai cam gini. TAK PERLU INNER. TAK PERLU BYK PIN. Pakai macam ala kadar jew tapi result TERBAEK! Bukan apa kan, semua orang nak pakai tudung ikut syariat, yg kemas, cantek, mudah dan senang nk digayakan. TAK PULA MELEBIH-LEBIH. Bagi Ummi, gaya nim sesuai sgt buat kaum ibu yang ramai askarnya. Cubalah bayangkan, kalau ada askar yang kecik2 tuh, mana nk meyempat berfesyen-fesyen? lambat sket, Cik Abam daaa bunyi. Pergh haru biru laa jawabnya. Last-last jadi cam gini ... pakai tudung bawal.hahaha.Terlalu simplekan. Kalau nak pergi pasar leh laaa. 

tudung bawal#ion ala kadar#sarungje
Tapi nie cerita bukan pasal nak melawa sgt tau. Dalam segala hal, kita kena bersederhana. tak boleh nak LEBIH-LEBIH. Ummi harap Ummi terhindarlah dari feel tak positif nie. Tujuan Ummi just nak kongsi cara paling mudah nak pakai tudung bersilang-silang nie.Yang tak perlu byk pin. Dapat bersiap cepat. Tapi hasilnya PUAS HATI. Macam Ummilah! Ummi ni memang nak semua kerja mudah. nak je cari jalan pakai tudung yang mudah-mudah, tutup aurat,tak ayah ion, tak yah nak belit2 sangat dan sedap mata memandang. Cara pakai nie pom, Ummi dapat dr kenalan Ummi. Bekas Cikgu Irdina. hehehe.

hah itu pon caranya#senangkan#cantek#kemas
Simple sgt2. Syukurlah dapat pakai tudung ala-ala inner silang2 nie. tak perlu Ummi susah payah cr inner silang-silang ni lg. Iyer laa kan, naluri dan hati seorang WANITA kan. Tengok orang pakai cantek, kita pon nak tiru jugak. Nak jugak pakai inner yg gambar bawah nim. 



Nasib laa ada member kreatif. Tak perlu laa Ummi tcari2 inner silang ni. Pakai Shawl je. Bukan apa kan, kalau ada insan yang macam Ummi ni yang malas dan kurang kemampuan ni, cam ner? Klu tak berkesempatan nk window shopping mcm mana? kalau tak boley beli oline cam ne? tapi teringin nak pakai tudung cam inner silang2 ni. 

So, elok laaa TIRU gaya tuh. Janji ada shawl sudah! Betul X?

P/S : Gambar Ummi kat atas tuh tak pakai inner tau. Just anak tudung jew. 


BONUS! : SUPLEMENT SHAKLEE APA UNTUK KULIT CANTIK ??

Vitamin B complex :
ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C :
ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E :
terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien :
sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air: 
sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah

Kalau nak collogen, try Collogen Pawder Shkalee nie Sebab ianya terbukti :
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%

- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%-

Selamat Mencuba!
 Thank you for reading this entry !
 Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]
Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...