Wednesday, September 24, 2014

SHAKLEE : Sejarah Ummi dengan Shaklee

Ramai yang tanya Ummi. Apa tuh SHAKLEE ? 

ermmm, SHAKLEE nie ubat ke? jenama pemakanan ke? Adik beradik dengan AMWAY ke?
Bisness MLM ke? Boleh kaya ke dengan SHAKLEE? produk hiasan ke? 
macam2lah soalan tuh... 


Itulah SHAKLEE
Ummi pon baru lg dalam Dunia Shaklee nie. Baru tahun lepas, bulan September. 
Daftar jadi ahli Shaklee. Tarikh keramat 30 September 2013.

tengok tanda bolat tuh ... sejarah saya jd ahli. Tak yah bayar RM65 pon. SBB?
saya beli produk set berpantang dan menyusu penuh. Automatik jd ahli.

Sebelum Ummi jadi ahli nim, Ummi sebenarnya dah ambek produk ni masa mengandungkan Twins. Masa tuh usia kandungan Ummi 6 bulan. Ummi selalu laa baca pengalaman mengandungkan twins nie perlu hati2. Iye laa kan, bawa 2 nyawa tuh. Semua perkara kena hati2. Dari segi pemakanan, tingkah laku, amalan2 yang berfaedah (KLIK SINIH) dan macam2 lah. Tipulah kalau Ummi tak teruja dengan kandungan twins nie. TERUJA sesangat2 beb! hehehe. Sampai mitak MC dengan doktor bile tau Ummi mengandung kembar! Gile tak teruja! 

Masa kandungan usia 6 bulan tuh, Ummi rasa sakit-sakit belakang. Lenguh2 kaki. Ummi plak susah minum susu. So, Ummi try laa survey internet. Masa inilah Ummi tgk banyak sangat testimonial tentang produk Shaklee. Pilih2 punya pilih. Ummi berkenan produk shaklee Ostematrik dan Omega. Sebab apa?
  • OsteMatrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena
  • Omega - kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi, dan membantu dalam perkembangan kesiahatan mental termasuklah kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak3 hiperaktif dan schizophrenia.

Ummi try produk ini laaa. Alhamdulillah. Susu Ummi tak yah minum! Yahooo. Ostemetrik kan dah cover. ekekekeke. Omega ni just Ummi nak perkembangan otak bayi dalam kandungan ok. Ummi dapatkan jugak nasihat dari doktor. 

Masa kandungan dah 8 bulan. Doktor kata bersipa-sedialah sbb Ummi akan deliver baby twins nie bile2 masa jew. Nasihat yang sama : kalau ada tanda darah, air ketuban atau sakit perut luar biasa, terus ke hospital. Ermmm, ok ok. Jawab Ummi ter ....

Masa inilah Ummi dok kalut nak cari set berpantang. Hati Ummi daa 'jatuh cinta' dengan Shaklee ni. Pada masa yang sama, Ummi daa beli Set Berpantang Amway. Sebab Ummi masa Ummi berpantang melahirkan Irdina Batrisya, Ummi ambek set Amway. Best! Semua ada. Complete. Siap ada jadual lagi. Klik Sini kalau nak tahu pasal set berpantang Amway. 

Satu hari tuh, ada member opis bg flyer shaklee yang lengkap info yang bagus tentang produk2 shaklee. Hati daa teruja gile. Last2 Ummi buat keputusan untuk try jugak Set Berpantang Shaklee. Ummi ambek full set nyer. Masa itu jugak, member suh jadi ahli. Tapi Ummi tak nak sbb mind set nim kalau jadi ahli, menyusahkan. Nak kena isi borang laa. itu ini lah. Ummi nie malas nak melayan semua tuh. hahaha.

Akhirnya Ummi berpantang dengan 2 produk pada masa yang sama. Shaklee dan Amway. Puas hati. Berbaloi dengan duit yang dibelanjakan. Tapikan ... Ummi ada satu pengalaman yang sangat-sangat membantu kenapa Supplement Shaklee menjadi pilihan Ummi. Klik Sinih kalau nak tahu cerita selajutnya. hehehe. Tak mau ulang cerita lagi. ekekeke. Kerana pengalaman itulah Ummi teruja yang amat sangat tentang Shaklee.

Twisn lahir 28 Mei 2013. Hari Anniversary U ollsss. hehehe. Pengalaman bersalin? Nak tahu? Baca kat SINIE. Selepas 4 bulan ambek set berpantang Shaklee, Ummi kehabisan stok. Nak Urgent! Kenapa Urgent? Daaa Jatuh Cinta kannn! Rasa tak lengkap plak hari2 berlalu tanpa Shaklee.

Ummi sanggup tinggalkan twins yang masih kecil n tomey tuh kat Mak Mertua untuk jagakan sekejab. Kasi Ummi g shopping barang Shaklee. hehehe. Ummi tanya Mr.Google laa nak ke HQ Shaklee. Dan Alhamdulillah Ummi selamat sampai kat HQ Shaklee pada masa tuh di Subang Jaya. Belakang Subang Perade. Skrang HQ Shaklee di belakang Sunway Piramid plak. 

Sampai je di kaunter Shaklee, Ummi xleh beli sebab Ummi tak ada id. huhuhu. Nak jadi ahli plak Ummi kena ada Mak! hehehe. Maksudnya kena ada sponsor ID seseorang. Masa itulah Ummi berjumpa dengan Mak Shaklee Ummi. Rabihah Anis namanya. Orang kecel2 moleks je. Walaupun dia sebuk dengan urusan dia, tapi alhamdulillah dia dapat daftarkan Ummi dengan jayanya. Siap bagitau lg kepentingan Shaklee kalau nak berbisness. Masa tuh Ummi masih belum tertarik nak berbisness Shaklee. Ummi dapat jew barang yang Ummi order, Ummi terus nak balik. Risau sesangat sebab twins kan. Risau takut MIL pening kepala. huhuhu. Lagi2 biler depa tuh riau! Binggit telinga MIL nanti. 

Tapi Ummi bersyukur sgt2 sbb Mak Shaklee nie still follow up. Dia tnya macam mana makan, ok tak? Dan dia masih jugak tanya berminat nak berbisness dengan Shaklee tak? Ummi masih lagi jawab tak ada masa nk pikir2 semua tuh. 

Biler Ummi start nk jadikan Shaklee sebagai side income? 

Pada 15 Oktober 2013 rasanya Ummi ada terima surat dari Shaklee. Dalam surat tuh ada cek atas nama Ummi. Gambar cek tak ada sbb Ummi tak laa exited sangatkan masa tuh. Cuma Ummi 'terkejut' sbb Ummi dapat balik cash value dari product yang Ummi beli. Hanya terucap 'Alhamdulillah'. 

Sejak daripada 'cek' jatuh dari langit inilah Ummi daa mula berjinak-jinak dengan bisness Shaklee. Sungguh berbeza. Bukan MLM biasa. Bisness ni akan dapat kalau kita Usaha dan Tawakal. Bisness ini bukan paksa kita beli barang dan bukan memaksa kita jual barang. Macam Ummi, kebanyakkan Ummi berkongsi kebaikkan dan kelebihan SHAKLEE. Ummi banyak dapat pembeli dari kawan-kawan Ummi. Dari mereka try gitu-gitu, akhirnya mereka menjadi 'consumer' tetap shaklee. Dan mereka juga dapat cash value dari pembelian mereka. Menarik bukan?

Apa lagi yang menarik tentang shaklee? Ummi dapat ini :-




CASH tau! masuk terus dalam akaun. Ya Allah rezeki dari Mu. Ummi hanya berkongsi kebaikkan dan Ummi peroleh kelebihan dari Shaklee. Alhamdulillah. Mungkin inilah cara
nya Ummi kalau nak berbisness kan.. 


Sehingga hari ini, Ummi masih lagi 'consume' produk Shaklee. Bukan sahaja dari supplement kesihatan, malah Ummi turut menggunakan produk untuk penjagaan diri dan kecantikan, penjagaan rumah dan penjagaan berat badan!


penjagaan berat badan

penjagaan kecantikan


penyusuan twins

clean - water pitcher
Tentang bisness? Alhamdulillah, walaupun Ummi 'hilang fokus' sekejab, atas komitmen laen, namun Shaklee tidak pernah memaksa Ummi untuk 'melupakannya' tapi untuk terus bekerja keras. Bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk berkongsi apa yang Ummi rasa dan alami dalam DUNIA SHAKLEE. 


Tak cuba lagi, Belum tahu. Belajar tentang Produk. Dah cuba nnt, terus BERCINTA!

Sekian, itulah sejarah Ummi dan Shaklee.


Thank you for reading this entry !
 Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

 


Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...