Wednesday, October 29, 2014

Air Detox

Air detox atau infused detox water ni memang amat di gemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Ia sangat berkesan, menjimatkan duit dan sangat mudah di sediakan. Lagipun cantek sangat color2 diakan kan kan kan. 



Friday, October 17, 2014

anak sembelit

Susah hatinya anak kita sembelit. Keciannya tengok depa meneran! Merah saga muka! tak sanggupkan? Walaupun Ummi jarang menghadapi masalah nie, Ummi harap ibu bapa di luar sana bersabar tau! cari penyelesaian untuk anak kita. 

Kalau bukan anda? siapa lagi nak tolong nak anda tue ... Pernah seketika dulu, Ummi hadapai masalah nie. Ummi perasanlahkan anak Ummi, Irdina ada tanda-tanda seperti nie semasa dia menghadapi 'sembelit'
  • menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang
  • mengadu rasa sakit atau mereka dilihat meneran ketika membuang air besar.
  • najis mereka kelihatan kering, keras, berketul-ketul dan berbiji-biji seperti biji kacang
  • kentut dan najis berbau lebih busuk
  • kekerapan membuang air besar berkurangan
  • tidak selera untuk makan
Masa tuh Ummi kerap berjumpa Pakar An Nur, so Ummi bertanyalah soalan cepu mas nie kat doktor. Jawapan yang Ummi dapat pelbagai versi. hehehe. Tapi Ummi leh simpulkan 'SEMBELIT' berpunca daripada pemakanan seharian. Secara jujurnya, Ummi rasa dan perhatikan, ramai dikalangan ibu bapa yang kurang menitik beratkan pengambilan makanan berzat bagi anak-anak. Bukan apa, Ummi sendiri pon kadang-kadang berfikir, keperluan mereka sudah mencukupi. Hakikatnya TIDAK. Mereka yang nak membesar ini perlukan lebih lagi. Sejak itu, Ummi rasa sesuatu yang kurang dalam konsep pemakanan irdina.

Sebagai contoh; 


Berapa ramai ibu bapa di kalangan kita tahu sebab dan punca yang boleh dikaitkan dengan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi anda? Ramai yg tak leh jawabkan. Tanya diri sendiri. termasuklah Ummi. :(


SEBENARNYA ... kanak-kanak sembelit nie sebab :-

Thursday, October 16, 2014

Penjagaan Berat Badan : Bina Asas Pemakanan yang Kukuh

Ummi jer ke yg berminat ngan tajuk ni?     

Ummi masa peknen ari tu berat naik sampai 99 KG... Almaklumlah kembarkan? tp kalau tak mengandung kembar, masa mengandungkan Irdina dulu 85 KG. Lebih kurang sama je kan. hahaha.


Pas tu masa abis pantang tu turun sampai 74 KG... lps tu naek balik 78 KG. Sampai skrg ni 68 KG lak, tapi masih ada naik turun, naik sampai 80 KG. Ini kes lepas raya puasa hari tuh. Hari makan seduniakan... Asyik naek jew tp jarang turun la... nak naik senang jerr berat badan nie... 

Kekawan semua ada merancang X? Ummi xada ambek sebarang pil merancang lg. Kalau diizikan Allah Ummi dah bersedia nak timang cahaya mata lagi. Alhamdulilah.. Orang kata kalau ambek pil merancang cepat gemuks! selera makan bertambah2. Ummi tak ada plak pengalaman nie. Selera makan Ummi memang bertambah-tambah, nak2 lepas menyusukan twins. hehehe. 

So far Ummi tetap dapat maintainkan berat badan Ummi 68 KG. ini pon dalam kategori ter berat. Ummi nie masih menyusukan twins. Xadalah beria-ria nak kurus sgt sbb Ummi cian takut twins xcukup zat. hehehe. Ummi just maintainkan berat badan, susu pekat agar twins cepat kenyang dan Ummi tak cepat letih .. 
Cam biasa, Shaklee pilihan Ummi!

Ada 2 produk Best! Anda semua kena cuba! 
Nak maintain metabolisma dan Kekal kenyangkn? Pilihlah 2 produk ni. Rugi tak cuba sebab harga mampu milik nyer! 
# Cinch® Energy Tea Mix
# Cinch® Shake Mix

Keistimewaan? Cer baca nie.

Tuesday, October 14, 2014

Gosok baju dengan mudah

Malu Dengan Baju Berkedut???

Risau nak ke Pejabat Kerna Tidak Kemas???
Serikkk! Guna sterika berat dan bakar baju kesayangan Anda???

Kebanyakan orang yang berkerjaya tiada masa untuk 
mengiron baju, ramai diantara kita yang terkejar-kejar masa
KINI,,,, Anda tidak perlu risau lagi!!!
Produk Amway bole menghilangkan kekusutan baju anda!!!
Anda boleh tampil ke pejabat dengan lebih kemas!!!
Ianya cepat, ringan dan tiada risiko terbakar lagi, 
selamat baju tersayang!!!

Philips Steamcare Genarator Iron. 

Phytocol - ST untuk turunkan kolesterol

 



Monday, October 13, 2014

Subhanallah ... Pemandangan indah dr tingkap kapal terbang

subhanallah ... Indahnya ciptaan Mu,
Ya Allah

Pemandangan yang dapat dilihat dari tingkap ketika kapal terbang meluncur di langit pasti menawan hati penumpang, tak kira pelancong atau pekerja ulang-alik. hehehe.

gambar2 ini Ummi ambek semasa dalam perjalanan dari KLIA ke Langkawi. Biasanya Ummi terbang sebelah malam. Xkiralah time pergi ke time balik. Mesti malam nyer penerbangan. Cuma baru-baru ni Ummi di arahkan ke Langkawi. Atas sebab Langkawi bestkan kalu pergi bercuti, Ummi bawak bersama family Ummi. Irdina, Irsyad dan Irhfan dan Cik Abam pun ikut sama. Tapi ..... depa p naek feri - budjet tak mencukupi. Ummi plak terbang atas sbb berikut (kan nant kata Ummi selfish plak) :-
  • atas nama kerja, Ummi berada d Langkawi selama 4 hari. Family Ummi hanya dapat berada di sana 2 hari jew. Satu mlm
  • Kekangan kewangan SBB tambang last minute. Semua tau lah kan ... kalu campur semua tambang Cik Abam, Irdina, Isryad, Irhfan, Mak metua, ank buah dan adek ipar, mau beribu ... 
  • kereta kami kecik, nak bawak stroler tuk kembar. Kan, klu xbawak lenguh tangan nak berdukung!
fly tanpa ownernya ...


ter .... panjang plak ceritanya. hehehe. Maaf ter ...

Perjalanan KLIA ke LGK (langkawi) xlama pun. Lebih kurang 45 minit - 1 Jam jew. Sepanjang penerbangan tuh, Ummi 'terkedu' dengan kebesaran Allah SWT. Ya Allah, cantiknya pemandangan di langit. Kebetulan plak cuaca baek sgt2. SUBHANALLAH... 
Inilah pemandangan indah dari atas langit jika anda menaiki kapal terbang...

Wednesday, October 8, 2014

Menabung dengan Irdina


Kuasa menabung jangan diabaikan. Ummi menggunakan perkataan kuasa kerana sikap menabung ini memerlukan disiplin yang tinggi. Kalau tak disiplin, duit tabungan pon kita guna tau! Kita perlu kuat dari segi objektif ataupun tujuan mengapa perlu menabung.

Ummi start menabung selepas terkena 'tempias' cuti tanpa gaji selepas bersalin Twins. Ummi ambek cuti ni sbb Ummi nak full BF baby. Ummi tau bukan senang nak bagi perhatian penuh pada baby jika kita bekerja. Pergi kerja awal pagi. Balik dah penat. Nak layan baby2 yang perlukan perhatian kitakan ... mestilah terasa penat sgt. So, untuk elakkan baby2 nie terabai, tak cukup kasih sayang kata orangkan...hehehe Ummi berbincang dengan suami untuk ambek cuti tanpa gaji... Alhamdulillah. Suami setuju. 

Rupa-rupanya, masa ambek cuti tanpa gaji tuh, GAJI Ummi masih berjalan mcm biasa. Patutlah duit penuh jew... hehehe. Syurgalah seketika. Tapi bile naek kerja, Ummi dapatlah 'surat cinta' dr Bahagian Kewangan. Kena bayor balik laaa. Cara bayor, potongan gaji. hehehe. Time itulah Ummi kena menabung. Ummi surveylah internet untuk dapatkan cara menabung paling mudah. Senang cite cara menabung yang tak membebankan dan menepati citarasa. hehehe. Cara menabung nie Ummi ikut idea seorang blogger ni. Hasil survey dari internet laa. Tuan punya idea. Aidil Najiah

Cara menabung nie tersangat-sangat mudah, tak menyusahkan, paling rilex, tak bersusah payah tapi perlu komitmen dan disiplin diri. Seriusly. Amat memuaskan dan salah satu
cara menabung yang paling best Ummi rasa! disamping tuh, boleh plan apa aktiviti 
yang memerlukan kita menabung dahulu! Nak syok lg, tak perlukan modal pon.

 Minggu lepas, Ummi try ajak Irdina sediakan tabung ni.
Suka sangat dia. hehehe.

antara barang2 yang diperlukan untuk mulakannya
balang besar, pen dan kalender

Balang besar, Ummi ambek bekas biskut raya baru2 nie. Balang ni xbekas biskut cokelat. Bau cokelat pon masih ada. Kita basuh dulu .... hehehe. Tukang basuh dan lap bekas biskut nie Ummi gunakan khidmat Irdina. Nak aktiviti bersama-samalah katakan. hehehe.

tue dio ...
abis kain sarung mak ngahnya
gigih mengelap. 
tp sempat posing!


bersih! Goodlah Irdina nim.





















sungguh berusaha dia. hahaha.





















Duit yg Irdina simpan tuh hasil kerja keras Irdina bukak beg duit Ummi. 

Mesti tertanya-tanyakan. Cam gitu je ke? patutlah senang. hehehe. Sebenarnya ada CARA untuk menabung nie. Tabungan serendah 1 hinggit. Wow ... Ok, cam gini caranya.

  • Setiap 1hb setiap bulan, kita masukkan RM 1 dalam balang besar tuh. Kemudian kita tick-kan pada kalender yang disediakan. Cam cara di bawah : -
Ummi daa tick-kan sampai 7hb.

  • Pada keesokkan harinya, iaitu 2hb, kita masukkan RM 2 dalam balang tuh. Kemudia tick-kan pada 2hb dalam kalender tuh.
  • Pas tuh, buatlah benda yang sama the following days ... 3hb=RM 3, pada 4hb=RM4, 5hb=RM5, 6hb=RM6 ... berbuatlah sedemikian sehingga 30hb=RM30. Jgn tipu2 iyer .. Kalu ada rezeki lebih, masukkan aje RM dalam balang tuh. Mana tau kan tetiba aje ada insan yang bermurah hati nak bayar hutang. hehehe.
  • Dan setiap hujung bulan ... mak aih! senyum melebar kita2 semua. hehehe. Cuba kirakan =>1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+ 25+26+27+28+29+30+31 = RM 496 

hehehe... Amacam? senang dan mudahkan. Bayangkan kalau kita tak ambek duit nim, masuk terus dalam bank ... Banyak jugak duit kita kan. hehehe. Ummi buat nie extra belanja tuk Irdina. Salain tabungan insurans+simpanan, Ummi mampu hadiahkan apa2 yang Irdina suka. Sekarang Irdina suka melaram. Boley laa beli baju. Tak lah Ummi rasa ralat nak kuarkan duitkan. In Sya Allah, selebihnya akan masuk Tabung Haji Irdina. 


Untuk twins? tggu dulu .... hehehehe

fokuskan apa yang kita nak!
in sya Allah.


Thank you for reading this entry !

 



 aii semua! Leh laa like FAN PAGE FACEBOOK Ummi.
 Tekan LIKE di bawah nie jew :-

Tuesday, October 7, 2014

Sup Ayam

Dah lama tak buat entry resepi. Tapi tak bermakna tak masuk tau! Hari2 kiter masak. Cuma malas nak ambik gambar and letak resepi.
Hari ni ni share resepi sup ayam.
Sup ayam pun nak share resepi kan.. Dasyat la kan. Hehehe. Tp AAK? Iyolah kan mana tau ada org diluar sana yang lebih kurang 2 x 5 macam Ummi bab masak ni. sup pun baru hegeh2 nak belajar. Al maklumlah anak dah ramai. Kenolah belajar. Bankrap las kalau beli hari2 kn?
Sup memang la senang but after few trials, Ummi finally found this one simple resepi yang Ummi rasa so far paling sedap and konsisten rasa dia.
Bahan2 yang perlu ada.
- Ayam (Ummi selalu guna 1 bahagian whole leg, 2 wings with drummet) cut into small pieces.
- Bawang besar 1 - size medium, potong kasar2
- Bawang putih 2 ulas, ketuk jek
- Halia 1 inci, ketuk jek.
- Sup bunjut adabi, 1 bunjut tu ler.
- Tomato 1 biji, potong besar2
- Daun bawang and daun sup, potong la ikut sukati besar mana nak.
- Garam
Cara2 Masak
- Masukkan semua bahan dalam periuk
- Taruk air agak2 la nak banyak mana kuah sup
- Didihkan and masak la sampai masak. (renihkan eh?). Ummi masak on api slow agak lama.
- Meanwhile tunggu masak pegi la kemas rumah or eksesais. :p
P/S : sejak ada periuk Noxxa ni, Ummi masukkan semua dan tekan button 20 minit. Tak ada jenguk2 dah. Tggu masak je. Hehehe.
Pas tuh SIAP!
Makan dengan nasi panas... huiii.. tak payah lauk lain dah! Ummi suka pairkan sup makan dgn nasi and sambal belacan. Tapi since sakit perut haritu, agak berhati2 nak makan pedas.
Cik Abam suka makan sup ni. Sedap katanya.



Peraduan Pa&Ma Online

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Mommy2 semua ...
hehehe. Hari nie hari yang ke 3 Hari Raya Aidiladha. Ummi boring2 datang opish. 
Kerja URGENT banyak tapinya. hahaha.

Tgh syok baca petua dari Pa&Ma online, Ummi dengan rasa penuh perasaan tetiba je teruja nak masuk peraduan Pa&Ma online nie. Saje je kan, mana tahu rezeki TWINS Ummi nie. 

Nak ikut syarat2 dia nyer pasal. Ummi jenuh ambek gambor twins nie. Macam2 feel. TWINS nie bukanya suka sangat nak bergambor. Susah giler! Layan dulu gambor2 TWINS nie. Nasib jew dapat snap yg okies. Yang laen semuanya tak menepati citarasa Ummi...



time nie berebut nak baca kan..
lunyai daa majalah tuh


irdina jd tukang 'geletek'
Ummi xberkenan sbb mata pejam

gambor nim, ok cuma mata plak pejam
ish! geram betui laaaa


gambor ni plak ' serius' giler. Tak berseri
baby kat majalah plak 'berseri'

nak ambek gambor adek dier
Kakak plak nk interprem!


ini gambor langsung tak boley blah..
icad mcm pikir 'ayo! daa kalah!'

nie plak ... adoi, besar plak botol susu.
irfan xsenonoh gentel pusat
yang nie, kecian gambor Irdina kt belakang




Jenuh Ummi nak ambek gambar depa. Last2 ini pilihan Ummi 

walaupun 'background' tak menarik, berbaju tido
tapi inilah yang paling Ummi 'like'
hehehe

SYARAT PENYERTAAN
1.
Peraduan BAYI BULAN INI - Terbuka kepada bayi yang berusia 2 tahun ke bawah.
2.
Gambar close-up anak hendaklah diambil bersama majalah Pa&Ma isu terbaru. Hanya Penyertaan dengan gambar yang jelas dan menarik sahaja yang akan dinilai. Gambar kabur atau imej terlalu kecil tidak akan dilayan.
3.
Pertandingan akan berterusan setiap bulan sehinggalah dimaklumkan oleh pihak editorial web kelak.
4.
Bukti e-mel tidak boleh menjadi bukti penghantaran.
5.
Pihak kami tidak bertanggung jawab terhadap gambar yang tidak sampai atau dengan borang penyertaan yang tidak lengkap.
6.
Sebarang pengesahan mengenai penerimaan gambar tidak dapat dilakukan oleh pihak kami sepanjang pertandingan ini berjalan.
7.
Sebarang perubahan hadiah tertakluk kepada pihak editorial web.
8.
Pemenang akan dipilih berdasarkan peratusan markah tertinggi. Peratusan markah dibahagi kepada dua iaitu 30% undian melalui web dan 70% undian dari pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Pihak editorial web berhak menggunakan gambar-gambar yang dihantar untuk tujuan promosi dan aktiviti berkaitan laman web dan majalah Pa&Ma.
9.
Setiap peserta boleh menghantar HANYA SATU penyertaan sahaja.

Opsss, lupa plak .. nie link peraduan tuh ... 
Peraduan Pa&Ma Online





















Thank you for reading this entry !



 




 aii semua! Leh laa like FAN PAGE FACEBOOK Ummi.
 Tekan LIKE di bawah nie jew :-



 aii semua! Leh laa like FAN PAGE FACEBOOK Ummi.
 Tekan LIKE di bawah nie jew :-



Promosi Berganda Shaklee Oktober 2014

Harga Shaklee Murah dan sememangnya pada harga yang mampu dimilik oleh kebanyakan orang jika dibandingkan dengan lambakan Vitamin Sintetik yang berada di pasaran sekarang ditambah lagi dengan Promosi Berganda Shaklee ini.


PROMOSI PERTAMA - 
Energizing Soy Protein (untuk ibu & ayah)



Fungsi ESP:
  • Menjadikan kulit cantik, licin, gebu dan cerah
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh
  • Menganjalkan dan memontokkan badan
  • Memberikan rasa kenyang berpanjangan
  • Membantu mempercepatkan pengeluaran susu
  • Memelihara dan memulihara rahim
  • Mengutakan rahim dan membantu perkembangan otot bayi dalam kandungan

PROMOSI KEDUA - 
Mealshakes (untuk anak)





Fungsi Mealshakes

  • Menyediakan nutrien yang lengkap ia membekalkan 24 jenis vitamin penting dari vitamin A ke Z mineral dan mineral surih.
  • Menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel-sel ianya kaya dengan protein (tanpa laktosa) yang membantu pembentukan kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Ia turut membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak.
  • Membantu fungsi tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk pembinaan tulang dan sel-sel tumbesaran kanak-kanak.
  • Sebagai antioksidan mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium yang merupakan komponen anti-oksida untuk melawan penuaan. Kanak-kanak juga terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan
  • Mencantikkan kulit kerana mengandungi vitamin Bcomplex, zat besi dan copper untuk pembentukan sel darah merah sekaligus mencantikkan kulit anak anda.
  • Membantu mengatasi masalah sembelit kerana kaya dengan selat larut.
  • Sesuai dijadikan sarapan segera yang berkhasiat untuk anak-anak anda walaupun anda seorang yang sibuk.

Sangat untungkan? Jika 1 tong untuk kegunaan selama 1 bulan 
boleh bekalkan mealshakes ini untuk kegunaan selama 4 bulan 
tetapi hanya perlu bayar pada harga 3 bulan sahaja.




Thank you for reading this entry !
 Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

 


10 Sebab Kenapa Pilih Sistem Perawatan Air eSpring

Pilih Kehidupan. Pilih Sistem Rawatan Air eSpring.
Kehidupan bermula daripada eSpring! eSpring bukan sahaja membekalkan air yang kelihatan lebih bagus, rasa lebih baik, ia menunaikan janji untuk membekalkan air bersih bagi orang yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan.
75228_550091268350980_54844637_n
1. AIR LEBIH BERSIH, LEBIH JERNIH, TERASA LEBIH ENAK :- Faedah Sistem Rawatan Air eSpring yang paling ketara ialah peningkatan lebih baik dari segi rasa, bau dan kejernihan air. Inilah yang pelanggan akan perasan, fahami, dan hargai dengan serta-merta.
2. AIR YANG LEBIH SIHAT, LEBIH BERKUALITI :- Banyak sistem yang mempertingkatkan keadaan dan rasa air. Tetapi sangat sedikit yang dapat mengurangkan bahan cemar berpotensi mendatangkan bahaya, malah terlalu sedikit pula yang mampu menyingkirkan bakteria dan virus bawaan air secara berkesan. Sistem Rawatan Air eSpring melakukan kedua-duanya. Ia menyingkirkan secara berkesan lebih daripada 140 bahan cemar yang berbeza – dan memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus bawaan air.
3. DIUJI DAN DISAHKAN OLEH NSF :- NSF International adalah sebuah organisasi yang bukan mengaut keuntungan yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai pihak berkuasa bebas terkemuka yang menjalankan ujian dan pensijilan ke atas sistem rawatan air. NSF International telah menguji dan mengesahkan Sistem Rawatan Air eSpring dapat mengurangkan lebih banyak bahan cemar yang menjejaskan kesihatan berbanding mana-mana sistem berasaskan karbon/UV lain yang pernah disahkannya.
4. TEKNOLOGI YANG UNIK, MAJU DAN TERKEMUKA :- Sistem Rawatan Air eSpring adalah sistem pertama yangmenggabungkan teknologi rawatan air terbaik yang sedia ada: penuras blok karbon, cahaya UV, dan pemantauan elektronik. Kartrij Karbon-UV mengurangkan partikel dan lebih 140 bahan cemar; cahaya UV memusnahkan lebih daripada 99.99% mikroorganisme bawaan air, dan sistem pemantauan elektronik membolehkan pengguna mengetahui bila masanya untuk mengganti. Kombinasi teknologi-teknologi inilah yang menjadikan eSpring begitu unik.
5. DISOKONG OLEH PENYELIDIKAN LEBIH 20 TAHUN DENGAN LEBIH 338 PATEN YANG DIBERI ATAU SEDANG MENANTI KELULUSAN DAN DITERIMA BAIK DI 36 NEGARA:- Sistem Rawatan Air eSpring adalah hasil penyelidikan lebih 20 tahun dalam teknologi rawatan air. Ia telah direka dan dibangunkan oleh jurutera dan saintis eSpring. Sistem Rawatan Air eSpring mempunyai lebih daripada 338 paten rawatan air di serata dunia, yang telah diberi atau sedang menanti kelulusan. Sejak pelancaran eSpring, sistem itu telah diterima baik di lebih 36 negara di serata dunia.
6. MESRA PENGGUNA DAN MUDAH DIPASANG :- Tidak seperti air yang dibotolkan atau penuras jenis jag, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan semua keperluan air minum dan memasak bagi sebuah keluarga sederhana – bila-bila sahaja ia dikehendaki, secara terus dari paip. Rekaan eSpring yang lebih kompak dan kontemporari juga tidak banyak mengambil ruang agar lebih mudah dan lebih fleksibel. Dan, tiada peralatan khas yang diperlukan untuk memasang eSpring.
7. PENYENGGARAAN MUDAH DAN LEBIH KETENANGAN :- Sesetengah penuras dan sistem rawatan memerlukan penggantian penuras setiap bulan, jika tidak lebih kerap lagi. Namun, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan 5,000 liter air atau bekalan satu tahun mana-mana yang terdahulu – sebelum Kartrij Karbon-UV perlu diganti.
8. KUALITI DAN NILAI HEBAT UNTUK WANG :- Walaupun Sistem Rawatan Air eSpring memberikan prestasi dan kemudahan hebat, kos rawatan sebenarnya adalah kurang berbanding mana-mana sistem lain.
9. PERKHIDMATAN DI RUMAH AMWAY :- Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menambah nilai kepada perkhidmatan sokongan pelanggan kami, Amway menyediakan Perkhidmatan Di Rumah di kawasan-kawasan berikut:
  • Kuala Lumpur dan Selangor sahaja
  • Pulau Pinang dan Seberang Perai
Amway akan menghantar juruteknik terlatih ke rumah anda dalam masa 48 jam selepas panggilan dibuat. Yuran perkhidmatan RM60.00 akan dikenakan bagi setiap lawatan (tidak termasuk alat ganti).
Untuk butiran lanjut tentang perkhidmatan ini, sila hubungi RDC anda yang terdekat atau hubungi talian IHS Hotline kami di 03-7946 2800 / 04-3900 299 (Butterworth).
10. AMWAY DIPILIH SEBAGAI SYARIKAT PENURASAN AIR TERBAIK TAHUN 2011 OLEH FROST & SULLIVAN :- Kami berbangga mengumumkan bahawa AMWAY telah dianugerahkan Anugerah Amalan Terbaik untuk Syarikat Penurasan Air Asia Pasifik Tahun 2011 oleh Frost & Sullivan. Anugerah ini mengesahkan komitmen berterusan AMWAY, untuk tahun kedua berturut-turut.
Kemenangan ini menegaskan kredibiliti AMWAY yang teguh di kalangan pengguna di peringkat tempatan dan di Asia Pasifik kerana komitmennya yang berterusan dan peranan utamanya dalam memperkenalkan produk rawatan air yang mampan. Ia juga mengiktiraf pendekatan holistik AMWAY dalam strategi perniagaan, perlaksanaan, penembusan pasaran, inovasi produk dan teknologi termaju dan khidmat selepas jualan.
Anugerah ini telah disampaikan kepada AMWAY pada Oktober 2011 di Singapura. Anda boleh mendapatkan butiran lanjut tentang anugerah dari pautan di SINI
Itu 10 sebab anda perlu gunakan Sistem Perawatan Air eSpring. Maklumat lanjut tentang produk adalah di SINI.



Thank you for reading this entry !

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Amway! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

 




Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...