Wednesday, October 8, 2014

Menabung dengan Irdina


Kuasa menabung jangan diabaikan. Ummi menggunakan perkataan kuasa kerana sikap menabung ini memerlukan disiplin yang tinggi. Kalau tak disiplin, duit tabungan pon kita guna tau! Kita perlu kuat dari segi objektif ataupun tujuan mengapa perlu menabung.

Ummi start menabung selepas terkena 'tempias' cuti tanpa gaji selepas bersalin Twins. Ummi ambek cuti ni sbb Ummi nak full BF baby. Ummi tau bukan senang nak bagi perhatian penuh pada baby jika kita bekerja. Pergi kerja awal pagi. Balik dah penat. Nak layan baby2 yang perlukan perhatian kitakan ... mestilah terasa penat sgt. So, untuk elakkan baby2 nie terabai, tak cukup kasih sayang kata orangkan...hehehe Ummi berbincang dengan suami untuk ambek cuti tanpa gaji... Alhamdulillah. Suami setuju. 

Rupa-rupanya, masa ambek cuti tanpa gaji tuh, GAJI Ummi masih berjalan mcm biasa. Patutlah duit penuh jew... hehehe. Syurgalah seketika. Tapi bile naek kerja, Ummi dapatlah 'surat cinta' dr Bahagian Kewangan. Kena bayor balik laaa. Cara bayor, potongan gaji. hehehe. Time itulah Ummi kena menabung. Ummi surveylah internet untuk dapatkan cara menabung paling mudah. Senang cite cara menabung yang tak membebankan dan menepati citarasa. hehehe. Cara menabung nie Ummi ikut idea seorang blogger ni. Hasil survey dari internet laa. Tuan punya idea. Aidil Najiah

Cara menabung nie tersangat-sangat mudah, tak menyusahkan, paling rilex, tak bersusah payah tapi perlu komitmen dan disiplin diri. Seriusly. Amat memuaskan dan salah satu
cara menabung yang paling best Ummi rasa! disamping tuh, boleh plan apa aktiviti 
yang memerlukan kita menabung dahulu! Nak syok lg, tak perlukan modal pon.

 Minggu lepas, Ummi try ajak Irdina sediakan tabung ni.
Suka sangat dia. hehehe.

antara barang2 yang diperlukan untuk mulakannya
balang besar, pen dan kalender

Balang besar, Ummi ambek bekas biskut raya baru2 nie. Balang ni xbekas biskut cokelat. Bau cokelat pon masih ada. Kita basuh dulu .... hehehe. Tukang basuh dan lap bekas biskut nie Ummi gunakan khidmat Irdina. Nak aktiviti bersama-samalah katakan. hehehe.

tue dio ...
abis kain sarung mak ngahnya
gigih mengelap. 
tp sempat posing!


bersih! Goodlah Irdina nim.





















sungguh berusaha dia. hahaha.





















Duit yg Irdina simpan tuh hasil kerja keras Irdina bukak beg duit Ummi. 

Mesti tertanya-tanyakan. Cam gitu je ke? patutlah senang. hehehe. Sebenarnya ada CARA untuk menabung nie. Tabungan serendah 1 hinggit. Wow ... Ok, cam gini caranya.

  • Setiap 1hb setiap bulan, kita masukkan RM 1 dalam balang besar tuh. Kemudian kita tick-kan pada kalender yang disediakan. Cam cara di bawah : -
Ummi daa tick-kan sampai 7hb.

  • Pada keesokkan harinya, iaitu 2hb, kita masukkan RM 2 dalam balang tuh. Kemudia tick-kan pada 2hb dalam kalender tuh.
  • Pas tuh, buatlah benda yang sama the following days ... 3hb=RM 3, pada 4hb=RM4, 5hb=RM5, 6hb=RM6 ... berbuatlah sedemikian sehingga 30hb=RM30. Jgn tipu2 iyer .. Kalu ada rezeki lebih, masukkan aje RM dalam balang tuh. Mana tau kan tetiba aje ada insan yang bermurah hati nak bayar hutang. hehehe.
  • Dan setiap hujung bulan ... mak aih! senyum melebar kita2 semua. hehehe. Cuba kirakan =>1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+ 25+26+27+28+29+30+31 = RM 496 

hehehe... Amacam? senang dan mudahkan. Bayangkan kalau kita tak ambek duit nim, masuk terus dalam bank ... Banyak jugak duit kita kan. hehehe. Ummi buat nie extra belanja tuk Irdina. Salain tabungan insurans+simpanan, Ummi mampu hadiahkan apa2 yang Irdina suka. Sekarang Irdina suka melaram. Boley laa beli baju. Tak lah Ummi rasa ralat nak kuarkan duitkan. In Sya Allah, selebihnya akan masuk Tabung Haji Irdina. 


Untuk twins? tggu dulu .... hehehehe

fokuskan apa yang kita nak!
in sya Allah.


Thank you for reading this entry !

 



 aii semua! Leh laa like FAN PAGE FACEBOOK Ummi.
 Tekan LIKE di bawah nie jew :-

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...