Friday, October 3, 2014

Resepi : PERIUK NOXXA

Kari tulang daging lembu ini.   
Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 - 5 biji kentang
2 biji tomato - dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:  (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya

Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya

Penyediaannya:
1.  Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam.  Letakkan 1 sudu teh gula. 


Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1.  Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas.
2.  Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.   Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari.   Tumis sehingga bawang kekuningan.
3.  Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata.  Masak sehingga pecah minyak.

4.  Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5.  Off  fungsi stir fry.   Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit.  Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE.  Tekan on.
6.  Selepas 30 minit berlalu,  release steam.  Alihkan cap ke STEAM.  Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.  
7.  Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE', Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk. 
8.  Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
9.  Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan  senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT'.   

http://sajiandapurbonda.blogspot.com/

Daging masak kunyit

Bahan-bahannya:
250 gram daging pinang – dipotong kecil
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges
1/4 cawan air
1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:


1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON’. Tidak perlu tudung periuk. 
3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan. 

4. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga bergaul rata. Masukkan sedikit air.
5. Off STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 15 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan On.
6. Selepas 15 minit berlalu, daging pun empuk.  Bebaskan wap.  Putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Kacau rata dan biar kuah kering sedikit. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang besar, dan cili merah. Off STIR FRY.
8. Tekan fungsi STEAM selama 3 minit. Putar tombol ke arah STEAM. Tekan butang on.


9. Selepas 3 minit berlalu, daging goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

http://sajiandapurbonda.blogspot.com/

Masak Lemak Labu Air

Bahan - Bahan:
1 biji labu air dipotong kecil
2 cawan air 
1 helai daun kunyit ( diracik ) 
1/2 cawan susu cair @ 1/2 cawan pati santan.
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1) Masukkan air, labu air dan daun kunyit didalam periuk 
2) Setkan 1 minit low presure. 
3) Selepas 1 minit, bebaskan tekanan 
4) Masukkan 1/2 cawan pati santan @ susu cair serta garam dan gula secukup rasa 
5) Tukar fungsi periuk kepada Stir/Fry 20 saat 
6) Selepas 20 saat tekan "Stop"
7) Siap

Bubur Caca Rainbow

Bahan - Bahannya:
1 cawan caca 
3 cawan air 
1/2 cawan gula 
1 helai daun pandan 
secubit garam dan gula secukup rasa 

Cara Memasak:
1) Masukkan semua bahan kecuali santan, gula dan garam
2) Setkan "1 minit low pressure"
3) Selepas 1 minit, Bebaskan tekanan 
4) Buka tutup periuk 
5) Masukkan 1/2 cawan santan, gula dan garam.
6) Tukar fungsi periuk kepada "Stir/Fry - 20 saat"
7) Bubur Caca Rainbow telah siap


Sayur Lemak Kacang Panjang 

Bahan - bahan :
1/2 kg kacang panjang (di potong)
1/2 ulas bawang besar dimayang 
100ml santan pekat 
3 buku tauhu
sedikit ikan bilis 
2 sudu teh garam 
2 sudu teh gula
2 cawan air 

Cara Memasak
1) Rebus kacang panjang + bawang besar + ikan bilis selama 1 minit ( low pressure )
2) Selepas 1 minit , "Bebaskan tekanan" 
3) Buka tutup periuk 
4) Masukkan 100 ml santan pekat dan tauhu
5) Tutup periuk
6) Tukar fungsi stir / fry - 1 minit 
7) Dah siap

Ayam Goreng Noxxa

Bahan - bahan
6 ketul peha ayam
serbuk kunyit
secubit garam secukup rasa
3 sudu Minyak masak

Cara memasak :
1) Campurkan garam ke dalam serbuk kunyit
2) Gaulkan ayam dengan kunyit dan perap selama 10 minit
3) Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa
4) Masukkan ayam ke dalam periuk
5) Tekan stir fry 
6) Goreng selama 8 - 10 minit.
7) Selepas 8 - 10 minit, "on high pressure" lima minit 
8) Bebaskan tekanan 3 minit.
9) Siap

Ayam Panggang NOXXA

Bahan -Bahan :
= 250ml stok ayam 
= 1/2 sudu teh lada hitam - dikisar
= 2 sudu teh sos soya manis
= 1/2 sudu teh garam
= 1 sudu teh garam
= ayam (kuantiti bergantung kpd bilangan si pemakan) - diperap dgn stok ayam, lada hitam, sos soya, garam
= beberapa helai daun kunyit
= 2 biji kentang - dipotong dadu
= 1 biji lobak merah - dipotong dadu
= minyak
= 1 keping pembalut aluminium utk membungkus ayam

Cara Memasak :
1. Perapkan ayam bersama - sama stok ayam, lada hitam yang dikisar, sos soya, garam, gula dan daun kunyit selama 20 - 30 minit.
2) Masukkan minyak ke dlm periuk dalaman dan tekan butang GORENG/STIR-FRY utk memanaskan minyak
3) . Masukkan ayam yg telah diperap bersama2 kentang & karot yg dibalut dgn pembalut aluminium ke dalam periuk
4) Tutup penutup 'pressure cooker' & pastikan kepala knop berada di posisi 'pressure'
5) Tekan butang 'High Pressure' sehingga menjadi 25 minit
6) Kemudian tekan butang 'On/Off' utk memulakan tekanan
7) Selepas 25 minit (alarm berbunyi), pusingkan kepala knop ke posisi 'steam' utk mengeluarkan stim
8) Periuk hanya akan boleh dibuka selepas semua stim dikeluarkan
9) Anda sudah bersedia utk MAKAN...

Ayam Panggang Lemon Ala2 Kenny Rogers

Bahan-bahan 
Seekor ayam yang telah dibersihkan
1 biji buah lemon 
2 sudu mentega
Kertas Aluminium

Bahan - Bahan yang perlu dikisar :
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1 biji bawang besar
1 inci halia
sedikit herba campuran
sedikit lada hitam
oregano
2 kiub ayam
2 sudu madu
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
lada putih
3 sudu gula perang
sedikit garam. 

Cara membuatnya:
1) Perap ayam dengan bahan kisaran dan perahkan lemon. Peram selama 3 jam untuk hasil yang memuaskan. 
2) Masukkan mentega ke dalam periuk
3) On ‘stir=fry’ selama 4 minit
4) Masukkan ayam (ayam dibalut kertas aluminium)
5) On ‘High Pressure’ selama 30 minit 

6) Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam tidak terlalu kering)
7) On 'High Pressure 'selama 1 jam.


BIHUN GORENG NOXXA
Bahan-bahannya:
1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam)
Udang/sotong secukupnya
Nuget ayam - digoreng, kemudian dipotong dadu - boleh ditambah
Sayur-sayuran - opsyen
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
600ml air 
Garam dan gula secukup rasa 

Bahan-bahan Tumis:
3 sudu besar minyak 
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 senduk nasi cili kering kisar


Cara-cara Membuatnya:
1.  Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa. Tekan fungsi `STIR FRY' dan ON 
butang warna merah)


2. Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan nuget ayam.
   Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.


 3. 
Kemudian masukkan cili kering kisar.  Kacau dan biarkan cili garing. 
 Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata.



4.  Selepas itu masukkan sos tiram, sos tiram, dan kicap manis.  Masukkan udang dan kacau.  Perasakan dengan garam dan gula. Biar kuah mendidih dan pada masa yang sama udang pun masak.



5.    Masukkan bihun dan sayur, dan gaul rata. OFF kan fungsi `STIR FRY'.




6. Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada di kedudukan 
    `HIGH PRESSURE'.




  8.   Tekan fungsi `HIGH PRESSURE' 6x dan tekan `ON'.  

 9 . Selepas tamat masa memasak (masa menunjukkan 0), tolak tombol kepada kedudukan steam untuk keluarkan wap  (perlu diingat sekiranya wap masih ada di dalam periuk, penutup tidak boleh dibuka disebabkan masih mempunyai tekanan).



11.  Kacau dan kaupbalikkan bihun sehingga rata.  Tutup periuk dan tekan fungsi `WARM-REHEAT'supaya bihun senantiasa panas dan sedap dimakan. Sekiranya tidak mahu, bolehlah mengalihkan bihun dari periuk  ke bekas lain.

http://sajiandapurbonda.blogspot.com/ 

# resepi nie daripada Sajian Dapur Bonda. kepada pemilik blog Mohon maaf iyer ... sebelum nie xada link Blog Puan ... Maafkan sy.



Thank you for reading this entry !

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Amway! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com

 






Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...