Wednesday, November 26, 2014

UPSR - Kenangan Lama Ummi!


Hari nie keputusan UPSR diumumkan .. ramai sepupu sepapat, sedara mara, ipar duai, kaum kerabat, adek kekawan, anak kawan dapat resul yang bagus2 dan berjaya. Time nie, ibu bapa semua berbangga dengan kejayaan anak masing-masing. Kepada yang berjaya, TAHNIAH Ummi ucapkan. Semoga terus berjaya hingga menjadi seorang yang berguna pada negara dan masyrakat satu hari nanti. Kepada mereka yang tidak dapat keputusan yang memberansangkan, jangan kecewa dan tidak boleh sekali-kali putus asa! INGAT NIE! perjalanan kalian masih jauh! 

Syukur alhamdulillah. 
Ummi masih 'berjaya' dalam hidup setakat hari ini. Mempunyai 3 orang anak, suami yang penyabar dan kerja yang bagus! Alhamdulillah... syukur sgt2 pada rezeki Allah. 

Bile Ummi kenangkan pada zaman kanak-kanak Ummi, ish tak terpikir dah sejauh ini Ummi berjaya. Ruper2nya rajin Ummi nie berusaha. Ummi pernah mengalami kegagalan dan kecewa tapi Ummi masih mampu berusaha dan skrg berjaya menempatkan diri dalam masyarakat dan dapat menyumbang hidmat bakti pada negara. Alhamdulillah.

Iyer ... usia hidup ini sangat panjang(jika dipanjangkan umur Allah SWT). Penuh cabaran dan berliku2. Ummi semasa zaman kanak-kanak dulu sgt2 NAKAL! hehehe. sgt2 PEMALAS jugak! malah Ummi 'JAHAT' sket! hehehe

nie gambor Ummi (belakang sekali, posisi tgh2) semasa 12 tahun aka 
UPSR . time nie Raya Aidilfitri ...

Ummi nie masa belajar UPSR tuh, memang perangai MALAS belajor tahap Mama Ummi kuar suara bak halilintar! hahaha. Punyalah pemalas sangat. Kawan2 sebaya Ummi semuanya rajin dan pandai. Result exam cun melecun. Tahap Ibu Ayah buat kenduri kesyukuran laaa. Tapi Ummi? 

Exam macam tak exam. huhuhu. Tak ada minat nak belajar tapi 'maen' jeeee. Kena HUKUM dengan cikgu disiplin tuh adalah perkara biasa. TAK SERIK2. hehehe. Akibat terlalu asyik dengan 'feel' sendiri, result UPSR Ummi tak boleh nak membanggakan Abh dan Mama Ummi. Result yang cukup2 makan jew. Kekawan yang lain BERJAYA dan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh! 3B 1C ada hati kew nak belajar di asrama penuh? Dalam mimpi jew laaaaaaaaaa. hehehe. Itulah result UPSR Ummi. Bak kata Abah Ummi, result nie cukup2 makan jew. Antara BAIK n BURUK. hehehe. Masa nih Ummi tak sedar lagi kepentingan BELAJAR sunguh2. Ummi masih anggap belajar tuh 'simple'.

Perangai Nakal terbawa-bawa masa Exam PMR plak. Masih tak sedar diri. hehehe. Last2 exam PMR Ummi pon cukup2 makan jew. 7B 1C. hehehe. Sama jugak antara Baik dan Buruk jew ... Di sinilah cita2 Ummi nak jadi PILOT terkubur. PILOT tuh cita2 Ummi. Jangan xcaya! hahaha. Nak masuk kelas aliran sains pon tak lepas ... Memang terkubur teruslah ... Akhirnya Ummi masuk belajar dalam aliran perdagangan AKA aliran sastera.


Inilah gambor Ummi semasa umur 15 tahun. hehehe. Muda Belia lagi ..
Tengok gambar muka cam tak nakal kan? hakikatnya, 
cer tanya kekawan Ummi laaaa

hehehe. Alhamdulillah walaupun Ummi aliran perdagangan, namun Ummi masih diberi umur yang panjang untuk memberi 'kebanggaan' kepada orang tua Ummi. Semasa d tingkatan 4 dan 5, Ummi tinggal di Asrama. Bukan sekolah orang pandai2 tuh ... Asrama sekolah yang biasa jew ... tp murid2 seolah Ummi nie pandai2 tau! Oleh kerana Ummi dikelilingi oleh pelajar2 yang positif2 semua, Ummi dapat belajar banyak perkara! Antaranya:-
  • kepentingan solat
  • kepentingan belajar
  • kepentingan masa
  • kepentingan berdisplin

Di asrama sekolah, Ummi diterapkan disiplin yang tinggi! Solat diawal waktu, makan berjadual, belajar berjadual, tdo berjadual! Menjaga  hubungan dengan kekawan. Susah dan senang, rakan seAsrama. WOW! itulah kenangan yang susah dilupakan. Sehingga hari ini SAHABAT Ummi dunia akhirat masih berhubung antara satu sama lain! Kepada sahabat Ummi yang telah kembali kepada Pencipta kita, JOM kita hadiahkan Al-Fatihah .. Semoga ruh mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ... Amin.








Alhamdulillah syukur pada Allah ... dalam perangai Ummi yang 'NAKAL' tuh, result SPM Ummi leh buat abah dan mama Ummi berbangga! 

Boleh masuk Politeknik! walau pun tak masuk Universiti! tapi USAHA perlu ada ...

Disinilah Ummi belajar rajin2 ... 
di sinilah jalan yang membawa Ummi ke Universiti.

GAMBAR D UNIVERSITI XADA ... ;)

Alhamdulillah ... 
TAWAKAL, USAHA dan DOA AYAH BONDA ... adalah resepi Ummi berjaya sehingga kini. Tanpa pengorbanan kedua-dua orang tua Ummi, siapalah Ummi pada hari ini. Tanpa USAHA Ummi berusaha untuk berjaya, Mungkin Ummi bukan pada hari ini ... dan Tanpa TAWAKAL Ummi pada Allah, Ummi tidak berjaya sehingga kini!

wajah kesayangan Ummi Dunia dan Akhirat!
semoga Allah merahmati hidup mereka!

Wahai ANAK! 

Jangan lupa kejayaan kamu hari ini adalah REZEKI dari ALLAH SWT,
karana pimpinan IBUBAPAMU, kerana USAHAMU 
dan TAWAKALMU pada ALLAH ...


Disini juga Ummi ini senaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan...

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Jika dahulu, Mama Ummi bagi kismisss semasa belajar .. Sekarang pon boleh juga. Sekarang dah banyak supplement di pasaran untuk kecergasan otak anak-anak. Sejak sy mengenali SHAKLEE, sy syorka pada ibu baapa diluar sana, selain daripada mengamalkan pemakanan sunnah Nabi seperti kismiss, kurma dan sebagainya, Shaklee juga salah satu suplement alternatif lain dan pilihan terbaik! 

Ingin order? KLIK SINIH

Tiada kesan sampingan dan tak rugi pon kalau nak amalkan! 
Kebaikkannya seperti dibawah nie ;-
BERMINAT? JOM PM UMMI!

Jazakallah Hukhaira
(Tuhan jua yg membalasmu dgn kebaikan di dunia dan akhirat)
  
Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]
Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA! Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, di talian 019 3293235 atau emel allaarief@yahoo.com

         

Tuesday, November 25, 2014

Shaklee untuk Suami? Shaklee Simply Better!

Zaman sekarang ni orang lelaki banyak tanggungjawab. Beban yang berat untuk sara diri dan keluarga.Mereka jugalah ketua keluarga. Suami ayah dan wali saudara perempuannya.

Antara masalah yg pihak suami/lelaki hadapi:-
@ Makanan dan kesihatan pun kurang dijaga. Bukan nk salahkn pihak isteri, tetapi penyediaan makanan kitapon belum tentu memenuhi nutrisi yg mereka perlukan.

@Kesuburan Lelaki. Merokok menjejaskan kesuburan lelaki dan membahayakan nyawa orang sekeliling. Terutama bagi perokok. Mempengaruhi kesuburan dan tenaga untuk melakukan kerja. Sebab fungsi paru paru terjejas. Kurang cekap hantarkan oksigen. Satu badan terkesan sama. Bahan kimia dari rokok jejaskan kesihatan sperma. Jadi kurang aktif, kurang berkualiti. Susah nak dapat anak.

@Kemungkinan berlaku mati pucuk. 

@Tenaga badan pun lemah je.
 
Set lelaki sejati shaklee

Ummi nk syorkan set yg sesuai untuk lelaki supaya cukup zat dan sihat, anda lebih kuat. Set Kesuburan Shaklee untuk lelaki khusus pulihkan sistem badan dari dalam. Buang toksin dari dalam badan. Disini Ummi Berikan Set Yang Terbaik untuk Lelaki.

Set Kesuburan Lelaki
✔Vit E - bantu improve sperm motility (speed), memelihara prostat, pastikan selenium sentiasa cukup yg byk hilang melalui air mani
✔Omega Guard - untuk bantu tekanan darah normal dan jantung sihat
✔Zinc Complex - improve bilangan sperma & characteristics , 1biji bersamaan 8 oyster 
✔COQ - pertambahan bilangan sperma yg significant, speed Set kesuburan wanita

Set Perempuan
✔GLA - untuk stabilkan period yang irregular dan stabilkan hormon. Bersihkan tiub falopio dari bendasing supaya sperm senang masuk 
✔ESP - sumber protein , bagi tenaga, kurus, cantik
✔Ostematrix  - bantu pengambilan kalsium yang cukup
✔Omega Guard - tekanan darah normal & kesihatan jantung
✔B Comp - bagus utk acid folic yg diperlukan di awal pregnancy (xnak gemok amik sebeluk tidoq)

Jerawat!


dah 5 tahun berlalu ... tahun 2009 alami masalah
Jerawat Kritikal! huhuhu! Penyelesaian?
Jom Baca Nie ...

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Memang susah jika muka kita penuh dengan JERAWAT. Ummi pernah lalui satu ketika dulu. Ya Allah, rasa tidak selesa, kurang kenyakinan diri, sering mengeluh! huhuhu. Pernah pengalaman Ummi dikatakan 'pengotor' dan mempunyai kawan yang mengatakan 'jijik' tengok jerawat Ummi. Hadoi! Masa tuh, gerem jew nak cili mulut hamba Allah nie. Masalahnya sebelum Ummi masuk dunia 'bekerja' nie, Ummi tak ada masalah Jerawat tau! Masa belajar, Alhamdulillah kulit muka Ummi BERSIH ok! Kekawan yang kenal Ummi masa zaman belajar, mesti tau laaa! hehehe. Nak bukti? 
Cer tgk gambar nim ...

Monday, November 24, 2014

Kencing Manis




Pada masa kini, bilangan pesakit diabetes semakin meningkat di Malaysia dan jumlah penghidapnya dijangka meningkat sehingga 2.5 juta orang  menjelang tahun 2030. Pada tahun 2010 seramai 1.8 juta rakyat Malaysia di kenalpasti menghidap diabetes dan majoritinya menghidap diabetes jenis 2. Pada tahun yang sama, penyakit ini telah mencatatkan angka kematian sebanyak 23,800 kematian.

wow! satu angk yang besar! Ya Allah, penyakit sekarang macam2 tau. Pemakanan kita sehari demi hari mempengaruhi kesihatan kita skit demi sedikit. Takut Ummi tgk gambar2 penyakit skrg nie. Macam2 gambar .. ada gambar kaki berlubang, kaki kena potong, isi kaki tak ada, Adui! Ummi nak siar gambar pon takut!




kalau ada kekawan Ummi yang sakit nie, cepat2 rawat. cubalah cari apa2 yang terbaik! kalau Ayah dan Bonda kita mempunyai sakit nie, tolonglah jaga depa. Berbelanjalah untuk mereka. Ummi rasa sayu sgt2 tgk gambar kat internet mana2 insan yang menderita sakit nim. Mungkin dugaan bagi mereka tp pengajaran buat kita.

Ummi coretkan dalam blog nim bukan nak promote semata2 tapi Ummi juga berpeluang untuk menambah pengetahuan. Jom Ummi nak kongsikan sket.


APA ITU DIABETES??


Penyakit kencing manis ataupun = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Kencing manis merupakan ibu penyakit kepada manusia. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya kencing manis mempunyai dua saluran pemakanan yang berwarna merah dan biru. Saluran yang berwarna biru dikenali sebagai jenis 1 yang terletak disebelah kanan manakala saluran berwarna merah dikenali sebagai jenis 2 yang terletak dibahagian kiri.

Penyakit kencing manis terbahagi kepada 2 jenis iaitu : -

  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT DIABETES

  1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
  2. Letih dan lemah otot.
  3. Berat badan menurun.
  4. Penglihatan kabur.
  5. Gatal.
  6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  7. Luka yang lambat sembuh.
  8. Kerap kencing.
  9. Gatal pada kemaluan.
  10. Rasa kebas. 


SIAPA YANG BERISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT DIABETES?

  1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
  3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
  8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi. 


Keratan SURAT KHABAR mengenai Kencing Manis







CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE BAGI PESAKIT DIABETES





1) ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
- membekalkan tenaga dan mengenyangkan
- membantu menurunkan bacaan kencing manis dan menurunkan nafsu untuk memakan makanan manis.
- esp ini selamat diambil oleh pesakit diabetes kerana ia bebas gula, lemak dan juga kolestrol.

2) VITALEA WITH IRON
- multivitamin dan mineral bagi keperluan tubuh
- membantu mengimbangi multivitamin dan multimineral dengan dalam badan untuk pemulihan dan lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum

3) GLA COMPLEX
Menghalang komplikasi kencing manis, merendahkan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 serta sakit.
- Sesuai untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.

4)  ZINC COMPLEX
-Membantu tubuh kita menghasilkan insulin dan membantu untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan meningkatkan sistem imun badan

5) VITAMIN C
- sebagai antioksidan semulajadi
- kukuhkan kapilari dan sel darah  juga membantu memulihkan kelemahan badan.

6) ALFALFA COMPLEX
- membantu menstabilkan gula dalam darah
- kaya dengan nutrisi dan mineral surih


Jazakallah Hukhaira
(Tuhan jua yg membalasmu dgn kebaikan di dunia dan akhirat)
  
Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]
Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA! Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, di talian 019 3293235 atau emel allaarief@yahoo.com


         

Mengapa susu ibu terbaik?


SUSU IBU TITISAN MUTIARA BONDA ... baca jew hati dah sebakkan? Sungguh bernilai susu ibu ini. Lagi sebak nurani hati IBU bile merasai lagi pengalaman ini! Ummi sendiri, dari awal pregy ank pertama, memang dah set dalam minda nie nak bagi PENYUSUAN EKSLUSIF untuk anak-anak Ummi walupun Ummi BEKERJA!

Mengapa susu ibu TERBAIK? 

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda sejak dilahirkan.tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir adalah dengan menyusukan bayi anda. 

Bayi yang diberi susu ibu sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. 
  • Susu ibu dapat mencegah penyakit seperti;;; ~gastroenteritis ~pneumonia dan bronkolitis ~jangkitan saluran kencing ~ekzema ~jangkitan telinga. 
  • Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu ibu ketika bayi mempunyai tekanan darah lebih rendah ,kadar kolsterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap diabetis jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula. 

" Wanita sudah terdedah kepada penyusuan ibu sejak kecil, justeru, apabila menjadi ibu, ia tidak janggal." Dr Faridah Idris, Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Penyusuan bayi begitu sempurna apabila bayi mendakap erat ibu dan bibirnya rapat dengan puting payudara ibu sehinggalah aktiviti menyusu berjalan dengan penuh kemesraan. Hubungan erat ini hanya dapat dinikmati suri rumah namun tidak bagi ibu bekerjaya yang terpaksa meninggalkan susu perahan (EBM) kepada pengasuh den mengekalkan penyusuan badan. 

Memahami penyusuan ibu secara semula jadi, ia adalah kaedah terbaik memastikan bayi anda memperoleh zat yang diperlukan. JOM tengok kelebihan SUSU IBU!

  • Susu ibu amat tinggi khasiatnya dengan kandungan protein mudah hadam dan komponen pertahanan badan semula jadi yang melindungi bayi daripada ancaman penyakit. 
  • Kolostrum, susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran atau susu awal bayi bukan saja padat dengan zat, malah kaya dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi daripada ancaman bakteria dan virus pembawa penyakit. 
  • Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak- kanak sehingga dewasa. Individu yang membesar dengan penyusuan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolesterol. 
  • Mereka juga didapati kurang mengalami masalah berat badan berlebihan serta Diabetes Mellitus jenis 2. 
  • Beberapa data mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan minda. 


Mengapa susu ibu JIMAT KOS? 

Penyusuan susu ibu adalah benar-benar menjimatkan kos bahkan adalah zat pemakanan yang unggul untuk anak. 
Oleh itu, penyusuan susu ibu seharusnya diterapkan sebagai langkah pertama ke arah usaha mengurangkan permasalahan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak serata dunia.



Seandainya kita mampu memberi susu ibu pada anak kita, mengapa kita perlu memberi susu FM yang semakin mahal kini! Kalau TWINS macam Ummi nie pon berusaha perbanyakkan penghasilan susu tau. Bukan sahaja JIMAT malah MUDAH disediakan. Bile2 masa sahaja. hehehe. Ummi memilih usaha untuk perbanyyakkan susu melalui pemakanan sunnah dan supplement. Ummi of coz laa pilih SET PENYUSUAN SHAKLEE. Harga lebih jimat dan berbaloi serta banyak lagi khasiatnya. Yang penting tidak perlu dibancuh-bancuh. hehehe. Alhamdulillah cukup untuk TWINS.



Ummi menyusukan TWINS Full BF sehingga umur 6 bulan. Ummi ambek cuti tanpa gaji untuk memberi penyusuan secara EKSLUSIF untuk twins... Bukan senang nak bagi yang terbaik untuk anak-anak Ummi. Hanya ini sahaja cara yang mampu malah sehingga hari ini Ummi masih menyusukan mereka walaupun dah berusia 1 tahun 7 bulan!

Dengan adanya bantuan set penyusuan shaklee, Ummi tidak perlu risau lagi dengan masalah susu merudum terutama ketika period atau mungkin ketika Ummi masih sedang hamil? hehehehe. Alhamdulillah REZEKI TUH ADA KLU ALLAH IZINKAN ;) dan tiada masalah andai  kesihatan Ummi mengizinkan... 

Jom dapatkan set bajet penyusuan yang memang superrbb! set ini 
menjadi pilihan ibu-ibu seluruh malaysia.... 

kelebihan set ini;; ~membantu memperbanyakkan susu dan membuat susu lebih pekat. ~membantu ibu kekal bertenaga walaupun seharian bekerja. ~membantu ibu-ibu yang nak kembali slim kerana esp mampu membuat kita kenyang!!!
Jazakallah Hukhaira
(Tuhan jua yg membalasmu dgn kebaikan di dunia dan akhirat)
  
Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]
Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA! Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, di talian 019 3293235 atau emel allaarief@yahoo.com

         

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...