Thursday, November 20, 2014

8 Tips untuk Penyusua Ibu yg Berjaya

Tips Penyusuan Susu Ibu Berjaya
Assalamualaikum semua!!

Dulu masa Ummi bersalin anak first; Irdina, Ummi berjaya melaksanakan penyusuan susu ibu tp susu Ummi kurang pekat dan ank kerap menyusu sbb xkenyang. Sebab? kurang ilmu..

Masa tu Ummi xlah bingung sgt, Ummi masa tu ingat penyusuan susu ibu ni adalah sesuatu yang natural/semulajadi.. so, benda semula jadi, tak payah la nak kaji dalam-dalam kan? rupanya Ummi silap... banyak lg ilmu sebenarnya perkara & persediaan yang perlu kita buat dari aspek mental & fizikal untuk melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya ni...

So, mengandung anak yang kedua; twins lagi, Ummi dah pasang niat, nekad, azam & semangat! walau apa pun yang terjadi, Ummi tetap akan melaksanakan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk twins! seboleh-bolehnya untuk 2 tahun!

Alhamdulillah, dengan nekad & azam yang kuat, Ummi berjaya memulakan penyusuan selepas sejurus selepas kelahiran. Dan sehingga kini, alhamdulillah sudah lebih setahun 10 bulan Ummi melaksanakan penyusuan susu ibu secara penuh untuk twins. Walaupun stok perahan Ummi cuma kais-kais sahaja (pam hari ni untuk esok/lusa), tapi alhamdulillah ia masih mencukupi untuk bekalan harian twins. Susu formula ada kasi tp xlebih 2 botol pon. Klu Ummi d CC mereka, pasti mereka lebih suka melengkap kat C B nie.

So, meh Ummi share sket tips yang ringkas dan padat; ikhlas dari Ummi tentang macam mana nak melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya:

© NIAT
- Sewaktu mula-mula mengandung lagi, sentiasa memasang niat untuk menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya seboleh-bolehnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

© ILMU
- Gunakan segala kemudahan yang ada khususnya internet & pelbagai buku di pasaran untuk ‘menggali’ ilmu tentang penyusuan ibu. Pelajarilah teknik penyusuan yang betul, kaedah memulakan penyusuan seawall selepas kelahiran serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi serta kaedah menanganinya.

© AZAM, NEKAD & SEMANGAT
- Tanamkan azam yang kuat di dalam hati, bernekad dengan penuh semangat untuk tetap akan cuba melaksanakan penyusuan ibu walau apa pun cabaran mendatang.

© SOKONGAN ORANG TERSAYANG
- Sokongan yang paling diperlukan adalah daripada suami. Seboleh-bolehnya minta suami sentiasa memberikan kata-kata pendorong/perangsang untuk meneruskan penyusuan ibu khususnya jika ada yang menentang.

© YAKIN
- Yakinlah dengan diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya! Yakinlah bahawa ALLAH S.W.T telah menetapkan rezeki (susu) yang mencukupi dengan keperluan bayi.

© TIDAK MUDAH PUTUS ASA
- Jangan mudah putus asa sekiranya kuantiti susu anda tidak sebanyak ibu-ibu lain. Jangan mudah mengalah dan terus memberikan bayi anda susu formula sekiranya ia terus menangis walaupun selepas penyusuan. Jangan panik. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif orang di sekeliling anda. Anda sebagai ibu adalah orang yang paling tahu apa yang terbaik untuk bayi anda.

© ISTIQAMAH
- Berterusanlah dalam apa jua usaha yang anda lakukan sama ada untuk menambah kuantiti susu, membuat stok EBM mahupun dalam menyusukan bayi anda hamper setiap jam. Pastikan penyusuan terus (direct feeding) sentiasa dilakukan, serta sesi mengepam dibuat mengikut jadual dan sela masa yang sepatutnya.

© DOA YANG BERTERUSAN
- Sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya dikurniakan kuantiti susu yang mencukupi untuk bayi anda, supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anda sehingga tempoh 2 tahun serta supaya anda sentiasa kuat semangat & tidak putus asa untuk menjayakan penyusuan ibu untuk tempoh yang maksimum!

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...