Wednesday, November 19, 2014

Bawa Mak dan Abah tdo HOTEL


BAHAGIA! hehehe. tak ada word yang paling best biler dapat bersama dengan kedua-dua oarng tua Ummi. Alhamdulillah, awal bulan nie (November) baru-baru nie, Ummi ditugaskan bekerja di Kota Bharu. Berita baik nie Ummi sampaikan kepada kedua orang tua Ummi. Apa lagi, Ummi ajaklah depa datang tuk menginap bersama-sama Ummi di hotel. Syukurlah, Allah bagi kesempatan pada Ummi untuk 'bercuti' seketika dengan Mama dan Abah Ummi. 
Seminggu sebelum pergi ke Kelantan, Ummi gigih cari hotel yang 'TERBAEK' untuk menginap bersama kedua-dua orang tua Ummi. Walaupun Ummi ke sana untuk urusan kerja, so tak yah laah hotel 'mewah' kan. Tapi kali nie urusan kerja Ummi lagi special. Sbb kehadiran kesayangan Ummi Dunia Akhirat nie. Pilih punya pilih, akhirnya Ummi memilah Hotel Perdana yang terletak di Kota Bharu/bertaraf 5 bintang/masih baru ini dan menepati ciri-ciri hotel yang Ummi suka mementingkan keselesaan dan kepuasan. 
pandangan malam. 'GAH X'


Hanya terdapat 2 buah hotel bertaraf 5 bintang di Kelantan iaitu Hotel Renaissance, dan terbaru ialah Hotel Perdana. Hotel Perdana akan menjadi ‘landmark’ utama Kota Bharu buat masa ini dan masa akan datang. Dari segi harga pula, hotel ini lebih murah dari Hotel Renaissance (setelah melakukan perbandingan harga) terutamanya terdapat harga promosi yang ditawarkan, ditambah lagi dengan kemudahan yang serba baru dengan bilik yang lebih luas dan interior yang sangat menarik. Jika tempahan dibuat secara online, kadar harga lebih murah lebih-lebih lagi jika pihak hotel menawarkan harga promosi untuk waktu-waktu tertentu. Antara bilik yang ditawarkan ialah Deluxe Classic, Perdana Executive, Premier, Deluxe Premier dan Perdana Suite.

Antara Bilik2 yang ditawarkan




Tidak dinafikan lagi, Hotel Perdana adalah hotel paling baik di Kelantan dalam kategori hotel ekslusif dan ‘luxury’. Lihat kadar harga Hotel Perdana dan tempah secara online.
Tapi, Bilik pilihan Ummi ... jeng jeng jeng

Siapa sangka selepas mengalami proses renovasi besar-besaran beberapa tahun lepas, kini hotel ini tampil dengan membawa imej baru dan identiti unik negeri Kelantan. 

Kalau honeymoon pon 'BEST' nie ... hehehe
Bercuti di Kelantan jika tidak mencuba makanan tempatan seperti nasi kerabu memang tak sah. Tak perlu ke mana-mana untuk menikmati juadah tersebut. Restoran yang ada di hotel ini memang antara restoran yang terbaik dari segi masakan, menu dan layanan. Menu yang disajikan mengggabungan ‘western’ dan ‘local food’ pasti memberi kita sebagai pelanggan kepuasan. Apatah lagi terdapat 5 buah restoran yang boleh anda nikmati seperti Cerana Cofee House (Restoran utama menyediakan ‘western’ dan ‘local food’), Jade Restaurant (Masakan China-Thai), Eleven Restaurant (Menjamu selera dengan pemandangan bandar Kota Bharu di tingkat paling atas hotel), Rebab Cafe ( kafe di lobi hotel yang menyediakan hidangan teh, kopi dan kek) dan Anjung Terrace (nikmati waktu petang di hotel dengan minuman dan makanan ringan di tepi kolam). Melihat kepada menu dan juadah yang disedaikan, ia pasti membuka selera anda. Tidak perlu mencari makanan diluar hotel, semua di sini antara yang terbaik belaka.

Menu ini juga jd pilihan Ummi. hehehe.

makanan-hotel-perdana
Juadah pencuci mulut aneka rasa
BBQ di tepi kolam
BBQ di tepi kolam (Setiap Jumaat, 6.30 pm – 10.30pm)
Sajian di tingkat paling atas Hotel Perdana
Sajian di tingkat paling atas Hotel Perdana

Jika menginap di hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke Stadium Sultan Muhammad IV, Bazar Tok Guru dan Kelantan Trade Center (KTC). Walaubagaimanapun, anda masih perlu menaiki kenderaan untuk ke tempat utama pelancongan utama seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Muzium Kraftangan dan Wakaf Che Yeh kerana jaraknya lebih kurang 1-3KM.

Peta Hotel Perdana.
Peta Hotel Perdana.

LAGI? tuunggguuuuuuuu

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...