Thursday, November 13, 2014

Bila anak sakit PERUT

Menangis Ummi kalau anak-anak sakit perut. Ya Allah, terasa bagaikan biarlah kita sakit perut jangan anak kita. Apatah lagi BABY kan. Pengalaman Ummi hanya masa Irdina berusia sebulan. Masa tuh Ummi tak ada pengalaman kan. Irdina menangis bagaikan kena rasuk. Kakinya di tarik-tarik. Huhuhuhu. Ummi pon turut menangis!
menagis sampai tertido ..
Irdian USIA 2 bulan
BIASANYA, penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan. Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.
Oleh kerana itu, penting untuk kita sebagai ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah. Cara2nya boleh ikut seperti di bawah:-
  • Kita perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah. Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.
  • Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.
  • Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.


Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus. Hohoho. Ini lagi berbahaya. Kanak2 kan dah makan macam2. Kadang2 tuh serat tak mencukupi. BAHAYA!



Sakit perut dan cara mengatasinya
  • Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut. Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut. 
        Ummi menggunakan minyak baby amway. TERBAIK YO!
  • Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.
        Ummi sediakan MEal Shake untuk twins. Iyolah dulu kan tak kenal Shaklee... hehehe
  • Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam. Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi. 
        Ummi berpendapat, better dapatkan rawatan dari doktor sebab diorang lagi tau!
  • NOTE PENTING!Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu. Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.
        Ummi tak ada masalah susu sebab FULL BF. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Irdina           plak Ummi bagi Halib Coco.
  1. Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  2. Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat. Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah. Untuk mendapatkan lebih kepastian, Ummi nasihatkan kita sebagai ibu bapa boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.
Jazakallah Hukhaira
(Tuhan jua yg membalasmu dgn kebaikan di dunia dan akhirat)
  
Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]
Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA! Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, di talian 019 3293235 atau emel allaarief@yahoo.com
 
         





Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...