Wednesday, November 19, 2014

Set Bepantang SHAKLEE

Assalamualaikum WBT ...

Sejak akhir2 ini Ummi sering ditanya oleh kekawan laa kan tentang persediaan Ummi sebelum melahirkan kembar. Diorang tanya peliks tau. Ummi rasa persediaan sebelum bersalin nie, sama je. Tapi tang duit tuh kena simpan lebih sket. hahaha.

Ummi kenal SHAKLEE nie masa Ummi mengandungkan twins lagi sebenarnya. Ummi tertarik produk Ostematrik dan Omega. Kedua-dua bagus sgt. Masa ni Ummi belum terbuka lagi hati nak menggunakan produk shaklee sepenuhnya. Ummi tak cari pon maklumat di internet. Iyolah kan, masa ank pertama Ummi ambek Set Bersalin AMWAY. Satu set yang semuanya ada. Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah. Dari barut, ada pencuci wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang. Semuanya cukup lengkaplah. Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk ini, KLIK SINI. Kalau nak order jugak, contact jew Ummi.

Produk yang boleh direkemenkan. Info tentang produk. KLIK Sinih


Ummi jugak ambek set ini masa bersalin twins. Sebab Ummi selesa yang yakin. Lagipun harganya murah. Testimonial pom bagus2. Tapikan masa mengandungkan twins ni jugak produk Shaklee ni memang byk testimonial yg bagus2 dan membuatkan Ummi tertarik nak mencubanya. Sebab apa? Sebab produk shaklee ni supplement jew pon. Dan mudah Ummi nak telan! hehehe. Kalau bacuh-bacuh nim, amatlah susah tekak ni nak lepas. Sebelum beli tuh, Ummi daa survey kat internet. Macam2 Ummi baca. Yang paling Ummi rasa best, supplement nie mampu mempercepatkan luka-luka dalaman. So, apa lagi. Ummi order laa satu set berpantang shaklee nim. Harganya confirm mampu milik!.

7 bulan lebeh ... Masa nie Ummi cergas bercanda di
Teluk Cempedak, Pahang. TAK MASALAH SAKIT KAKI GITU!

Inilah set bersalin shaklee yang Ummi beli. Ostematrik dan Omega Ummi daa cuba sebelum bersalin lagi. Rasa sakit kaki, lenguh2 tuh hilang. Alhamdulillah


Macam biasalah, penjagaan lepas bersalin ini rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi! Kita kena betul2 berpantang sbb ibu baru perlu memulihkan tenaga dan daya hidup, untuk penjagaan bayinya yang baru lahir. Ummi bersyukur pada Allah kerana allah makbulkan doa2 Ummi untuk bersalin normal walaupun twins dan memudahkan urusan bersalin tuh. Nak tau amalan2 semasa mengandung? Klik Sinih.

Layan gambar twins dulu iyer .. hehehe 

twisn selepas dibersihkan dan diazankan. Beza diorang nim, 12 minit. Lama ke?
Lama jugak kan? sebabnya C adek kuar songsang. Kuar kaki dulu.
Tue laaa dier twins. Alhamdulillah. Bersalin normal. Istimewanya lagi, twins dilahirkan pada hari anneversary Ummi. hehehe. itupon termasuk dalam doa Ummi sehari-hari tau. Pengalaman bersalin twins nie, leh laa baca Di SINI.

Pengalaman berpantang ni bermula pada hari ke 3 Ummi bersalin. 2 hari sebelum tuh, Ummi banyak berehat2 sahaja. Ummi cuma amalkan pemakaian stokin dan baju tebal. Rambut plak tonceng tinggi2. hehehe. 

Masuk je hari ke 3, Ummi daa start urut-urut badan ni. Ummi dapatkan khidmat makcik yang bekerja di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari, Hospital Putrajaya. Nak tau lebih lanjut tentang tempat kerja makcik ni, leh baca Di SINI. 3 Hari berturut-turut Ummi berurut. Cas? RM100 sehari. Urut full body termasuklah pakaikan barut. Mahal? Of cozzz laaa. Putrajaya. ermmm, faham-faham jew laaa.

Habis jew tempuh berurut tuh, hari ke 4, Ummi daa balik kampung. nak berpantang dengan Mama. Senang Ummi nak bermanja dan yang paling best, berurut dan bertungku d kampung lagi best! 

Ummi start ambek set bersalin Shaklee pada hari ke 3. Ummi Ikut je jadual yang dibekalkan. Pada masa yang sama Ummi mula ambek set berpantang Amway. Perbezaan yang paling ketara masa bersalin ank pertama ialah :-

# luka jahitan Ummi cepat sembuh
# bertenaga dan cergas
# susu ibu yang meriah. alhamdulillah
# tension tak ada sangat walaupun baby twins. iyolah kalau menangis serentak nak menyusu kan fening! klu anak pertama, Ummi asyik stress.
# sembelit tiada! yang nie yang paling best! xmengalami masalah sembelit langsung. Berbanding masa anak pertama, sejam berada di tandas. Sampai menangis-nangis.
# tiada rasa lenguh2 dan sakit urat
# tdo yang lena. Menyusu twins sepenuhnya tau!
# twins tak ada kuning. Alhamdulillah.
# badan bertenaga dan tak cepat penat.

Beza sangat2 kan. Itulah syukurnya pada Allah. Ummi rs supplement Shaklee banyak membantu Ummi semasa tempoh berpantang. Mungkin kandungan setiap supplement tuh memberikan cukup nutrisi2 yang diperlukan oleh badan kot. 
SET BERPANTANG SHAKLEE ASAS
Berikut adalah Fungsi produk-produk Set Bersalin Shaklee Asas yang Ummi baca ;

B complex dengan Asid Folik
  • Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
  • Dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
  • Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..
  • Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi.
Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi
  • Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
  • Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
  •  Membantu ibu bertenaga dan cerdas semasa dalam tempoh berpantang
Vitamin C
  •  Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  
  • Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
  • Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.
  • Memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan, termasuk kelenjar susu.
Zink
  • Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
  • Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan.  Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
  • Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 
  • Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.
Ummi bertambah yakin dengan kelebihan dengan mengamalkan supplement Shaklee semasa Ummi diuji oleh Allah SWT ketika twins demam panas. Usia twins baru 20 hari. Saat itu Ummi terasa bagaikan hilang punca. TAKUT. Satu perasaan yang sukar digambarkan. KLIK SINIH kalau teringin nak baca kisah twins demam panas buat pertama kalinya.

Semasa berada di hospital inilah, amalan bertungku, berbarut, air akar kayu, mandi bunga semua tuh Ummi tinggalkan. Ummi hanya bawa set berpantang Shaklee sahaja. Kerana dalam bentuk pil. Memudahkan Ummi menguruskan diri ini dan twins. Syukur Alhamdulillah. Supplement Shaklee ini banyak membantu. Ummi sentiasa cergas dan bertenaga. Ummi mampu menyusukan twins kerana susu cukup meriah. 

Syukur pada Allah. Pengalaman ini Ummi kongsikan untuk memberitahu Shaklee banyak membantu. Supplement ini membuatkan Ummi cergas dan bertenaga.

satu je gambar Ummi menjaga twins
nie Irhfan. Irsyad plak di NICU




Thank you for reading this entry !




 Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]


Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com
 

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...