Friday, November 13, 2015

Kasih Sayang ertinya pada seorang ISTERI

Assalamualaikum ...

Harap2 tajuk Cik Laa nie tak menjadi satu kesalahan. Moga2 juga tak menjadi satu pertanyaan. Nape Cik Laa nie? Dah kurang kasih sayang kew? ahaks ...




Sebagai seorang Isyeri yang normal, mesti suka dan teringin sangat2 kan keluarga BAHAGIA seperti gambar di atas tuh. Nampak ada kasih sayang yang jujur dan keharmonian dalam rumah tangga. Jeles? serius Cik Laa memang jeles. Kalau boleh Cik Laa nak hidup penuh bermakna lebih dari 24 jam. Setiap saat Cik Laa kehidupan yang penuh ketenangan, kebahagiaan, keceriaan dan ketakwaan hingga ke akhir hayat.

Memiliki SUAMI yang romantik, kelakar, bertanggungjawab, jujur, amanah dan yang paling penting MENJAGA AGAMA semestinya ciri2 yang menjadi pilihan kita seorang isteri. Betul tak? masa bercinta semua nampak indah tapi biler dah kawen, semua nampak cam tak berapa nak indah. hehehe. Sikit2 pon mesti ada ajelah yang tak kena. Macam Cik Laa adalah jugak yang rasa tak best tuh. hehehe.Pernah dengar tak ungkapan,

"Sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula Suami Isteri''

Korang boleh renung-renungkan ungkapan tuh dan selamat beramal ;)


Tapi apa yang boleh Cik Laa katakan sebagai gambaran di Alam Rumahtangga nie adalah Alhamdulillah. Hidup Cik Laa selepas berkahwin sememangnya berubah 360 darjah. Berubah kepada segala-galanya. Daripada hidup seorang, kini hidup berdua bersama suami yang amat Cik Laa sayangi :) Satu pengalaman yang sangat manis diberi peluang hidup bersama orang yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai setiap hari :'). Syukur Alhamdulillah.


Bila kita dah berkahwin, barulah kita tau kenapa putus cinta dahulu.Frust menonggeng kata orang. Tapi sebenarnya, kita perlu akui perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Ketabahan kita diuji sebab Alam Rumahtangga lg hebat ujiannya. Jadi kepada kekawan Cik Laa yag baru putus cinta tuh, jangan risau dan jangan kecewa keterlaluan ... sebabnya ;-


''Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat buat kita".


Betul tak? hehehe

Kenapa kita berkahwin? sbb naluri kita untuk hidup bersama-sama dengan insan yang kita sayangi dan cintai. Kita ingin memiliki kebahagiaan di dunia dan sangat2 berharap untuk terus ke Jannah. Mungkin definisi kekawan berlainan, ni Cik Laa nyer pendapat sahaja. Cik Laa berpandangan dengan BERKAHWIN Cik Laa akan terus bina kasih sayang yang halal dan mengikut Syariat Islam. Kalau nk diceritakan, Cik Laa berkahwin agak lambat. Berkahwin ketika usia Cik Laa menjangkau 29 tahun. Tapi suami Cik Laa muda 2 tahun dari Cik Laa. hehehe. Pucuk Muda? haih! ini jodoh namanya. ekekeke.

Selepas di nikahkan .... Indahnya saat ini. Syukur pada Allah Cik Laa dipanjangkan umur untuk merasainya


KASIH SAYANG ERTINYA PADA SEORANG ISTERI

Pengalaman Cik Laa sendiri ... Sbagai seorang isteri, apa yang diperlukan hanyalah ...

  • Seorang teman sehidup semati - Isteri lebih suka mempunyai seorang suami yang boleh dianggap BFF. Setuju atau tidak kehidupan seorang isteri lebih terisi jika mempunyai suami yang boleh dikategorikan kawan baik. Cik Laa rasa jika kita hidup suami isteri seperti kekawan, tentu lebih bingitkan? Macam kita dengan kaekawan kita. boleh buat apa sahaja bersama-sama. hidup plak penuh dengan aktiviti dan ketawa ria. Tentu lebih seronokkan? Contoh, kalau kita nak mengemas rumah, kita berpakat-pakat kemas suami isteri. Kalau Cik abg kita sapu sampah, kita usik sket. Kita kasi sepah lagi. hahaha. Tapikan cntoh Cik Laa nak kasi nie haa, seandainya si isteri kaki selfie, usahkan Cik Abg anggap benda tuh remeh, p laa joint skali selfie. Just suka-suka. Tapi ianya amat bermakna tau! Tak caya cubalah try. Confirm isteri tuan-tuan senym melebar. hehehe. Cik Laa le tuh. Jika si isteri kaki shopping, usahlah kedekut nak follow. hehehe. Ikut jew karenah isteri. Dia faham andai uan-tuan poke xberapa nak penuh pon. Just temankan dia dan muka tuh mestilah ceria. Jangan muncung leh sangkut hanger plak.
Cik La selfie, tapi boooooo layan ... kecewa tau! hehehe!
Gambo Sekadar Hiasan

  • Kejujuran - Cik Abg diluar sana. Ini pantang larang tau! Please please please laaa jangan sekali-kali berlaku 'curang'. Maksud Cik Laa kat sinih. Berlaku jujurlah pada diri sendiri dan isteri. Cubalah selami hati isteri. Kenapa golongan seperti kami ini ada pantang larang nie? sbb kami ni kaya dengan air mata. Hati kami mudah hancur. Mudah terhiris, terguris dan terbelah. Sapa xsayam suami oi ... sayamlah, sebab sayamlah kita isteri-isteri nie sangguh berkorban jiwa raga. Untuk apa? Untuk suami dan anak2 yang dilahirkan lah .... Kalu sekali ditipu, abg2 semua memang cari penyakitlah. Jiwa perempuan xsama abam2 tau. Ada yang boleh ditiou berkali-kali. Ada yang sekali ditipu, perceraian pilihan mereka. So, Cik Laa berpendapat, kenali hati budi isteri kamu ... Cubalah menangi hati mereka dengan sifat kejujuran kamu penuh keihlasan. Insya Allah apa jua yang mendatang, isteri kamu boleh menilai baik buruk kamu. Mana2 insan yang membaca post Cik Laa nie, jagalah hati isteri kamu iyer ... walaupun ada 2@3@4 isteri kamu. Mereka berhak ke atas kamu wahai suami...
  • Menjadi pendengar setia - Cuba kita selidiki, pernahkah kita betul2 menjadi pendengar setia kepada pasangan masing2? Jarang-jarang tak? Kadang-kadang tak? @ selalu? pada yang jawapannya selalu, SYABAS Cik Laa ucapkan. Mendengar bebelan? sakit telingakan? tapi bebelan itulah luahan hati sebenarnya. Cik Laa pernah dinasihatkan oleh seseorang, kebenaran akan terbukti @ perasaan yang jujur akan lahir dalam 2 situasi shaja. Yang pertama semasa MARAH dan yang kedua semasa MABUK. Kalau semasa TIDO tuh, jangan percaya sebab itu confirm berpura-pura. hehehe. Hati-hati iye ... Contoh, filem2 cinta, kalaulah watak yang dibawakan itu cinta 3 segi, selalulah trbongkar di saat depa MABUK. Filem Tamil, Cina, Mat Salleh, Thailand, Telenovela ... semuanya time MABUK. Kalau filem Melayu, time MARAH. Setuju tak? hehehe. So, Cik Laa berpendapat suami isteri jika saling menjadi pendengar setia, confirm hubungan kalian lebih mendalam lg. Pantang tau time balik kerja, si isteri moody kena marah dengan bos. Bila iceritakan pada suami, leh plak suami kata 'awak tuh memang ... nak ambek hati sgt buat apa. buat dek je laa' .... aih, dengar dulu cerita isteri tuh. Try bagi sokongan kat dia dgn kata2 positif seperti 'Sayang bersabarlah. dunia kerja ni macam2. itu bos pon macam2 perngai. Abg pon bos sayang jugak. Perangai abg macam2 tak? MOTIF? boleh cuba memesongkan fikiran isteri tuh. hehehe.

  • Sentiasa melimpahkan kasih sayang dari segi perbuatan dan percakapan dan Hindarkan kata2 kesat yang menyakitkan hati - Isteri adalah seorang kanak-kanak yang manja tau. Macam2 feel tau. Mengada-gada. Layan je laaa. Mesti lagi suka sebab terasa seperti disayangi dan dipeduli. Kalau Cik Abam selalu praktiks panggil isteri 'ayang', cubalah time marah tuh paggil 'ayang' Nada xjadi marah tau! tapi lebih menjurus kepada nasihat .... Contoh: ''Awak/ Siti (panggil nama) ko tahu tak aku dah lapar nie? nak layan FB tuh dah kenapa?'' uiiiiiiiiii kasarkan? jom kita tukar ;
''Ayang, ayang tau tak abg dah lapar nie? ayang nak layan FB tuh dah kenapa?''

Beza tak? try ekss... jom kita tukar ... hehehe. TONE atau Nada kita berbezakan? so elakkan menggunakan perkataan-perkataan kasar seperti 'aku, ko, bodoh, bangang dlll dalam rumah tangga. Keadaan ini teramat-amat tak sihat kepengunaannya.

  • Luangkan masa dengan anak-anak - Sekarang adalah zaman IT tau. 'FB, whatup, Telegram, Line, Chat. Semuanya ini mengabaikan dan merugikan masa. Ini pengalaman. Cik Laa sendiri mengalaminya. Dulu dirumah Cik Laa ada langgan Unifi tau ... Internet tanpa sempadan. Masa tuh kami hidup seolah-olah dalam dunia kami sendiri. Bercakap dengan anak2 tapi tangan sibuk membalas whatsup group sekolah. Haih, xboleh jadikan? hehehe. Oleh kerana kenkangan kewangan, kami stop. Tapi Hset masing2 cangih. Internet laju jew. hehehe. Tabiat sama masih ada jugak. huhuhu. Tetapi ada satu masa tuh, Cik Laa mcm tersedar, anak2 memandang penuh makna. Macam pndangan masa bercinta gitu. Pandangan ada makna. hehehe. Sejak itu, Cik Laa cuba untuk tidak memegang hset lagi sewaktu bersama mereka. Alhamdulillah. Menjadi. Cik Laa ubah dulu dan perlahan-lahan Cik Laa perasan suami pon ikut sama.Akhirnya kami ada kenangan 'bergomoi dgn anak2, menyakat anak2 sampai nangis, jadi ultraman, jadi raksasa, menyumbangkan suara nyanyi ABC, ketawa megilai bersama-sama. hehehe. Hset guna pakai jugak time bile tau? time nak rakam aksi mereka. Hebat sangat perasaan itu.
salah satu AKIBAT TERLEKA seketika kerana Hset.
hehehe. Padan muka Cik Laa.

  • Pujian - Menghargai apa jua yang telah dilakukan oleh isteri. Ini merupakan satu perkara yang penting sekali buat Cik Abam2 iye. Nak tengok isteri senyum? Pujilah isteri anda. Jangn plak memuji dengan nada sindir. Itu namanya mencurah minyak ke dalam api! Puji dengan ikhlas. Walaupun simple tapi yang inilah paling susah yang kaum adam nak buat untuk isteri. Tapi time bercinta, pujian melambung-lambung. hehehe. Cubalah praktikkan suasana bercinta dan rumah tangga, mesti manis2 je rasa. Pujilah isteri .... Bahagian sepnajang hari tau! Contoh, 'aiks, cepatnya tukar pempers ank. Ayang ni cam robotlah! percayalah, kata2 ni buat isteri bangga tau! Nak contoh lagi? pilih kat bawah nie;
'Ayang bangun pagi ni buat sarapan eks, patutlah abg tak leh tdo'

'ish, pelakun nie sama mcm ayang laa'

'Comel anak ayah nie, macam ummi laa'

'pakai tudung ni buat abg teringat masa mula2 terpikat dengan ayang dulu'

'ish teringat air kopi ayang buatlah ... tetiba dahaga. leh buatkan kopi untuk abag tak?'

  • Pelukan - Ini kuasa kasih sayang yang tinggi darjatnya ... Pelukan yang ikhlas boleh melegakan hati yang menangis, jiwa terluka, kerisauan yang melampau, ketakutan, amarah, frust menonggeng dan keresahan hati. Power tak? Cik Laa pernah terbaca, jika kita kerap memeluk anak lebih dari 8 kali sehari, anak kita akan lebih cergas mindanya. Dan jika kita memeluk isteri sekerap mungkin? apa kita akan dapat? Senyuman di wajahnya.... senyuman yang melambangkan kebahagiaan .... Insya Allah.
Pelukan kasih sayang mencerminkan KEBAHAGIAAN ....


  • Ucapan - Seboleh-bolehnya selalulah mengucap selamat kepada isteri walaupun sekadar 'Assalamualaikum Ayang'. sambil kita mendoakan pasangan kita, disamping belahar untuk mmemberi ucapan. Selain itu, 'Terima Kasih Ayang' ucapan yang simple tetapi terkesan pada isteri. Terasa diharga sangat2. Ucapan boleh juga melalui kiriman kad, whatup, email, FB dan supprise hantarkan bunga .... Tak membazir pon, untuk isteri kita jugak. hehehe. Pada anak2 pon kita boleh praktikkan. Cik Laa dengan Irdina selalu berbalas-balas memberi ucapan. Contoh:
'Assalamualaikum dan Selamat Pg ummi. Dah pagi dah ni. bangunlah ummi'

'Ummi Irdina dah balik nie. Irdina rindu sgt kat Ummi'

'Good Night Ummi, Irdina pergi tido dulu tau! Esok nak bangun pagi2'


WAHHHHHH ... panjang tak tips Cik Laa kasi? hehehe. Mengarang penuh keihlasan nie. 
Moga2 memberi manfaat untuk semua. Oklah kita jumpa lagi iyer ....

bubye ...

Tuesday, November 10, 2015

4 Kebaikan Coklat Ketika Mengandung

Kebaikan Coklat Ketika Mengandung

Coklat bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak bahkan ada orang dewasa yang menggilai coklat. Mungkin bagi yang sedang berdiet, coklat tidak dibenarkan sama sekali dalam senarai menu mereka. Bagaimana pula jika si ibu hamil kemaruk makan coklat sepanjang kehamilannya? Adakah ia selamat?
Irdina 2 tahun. Kiut Miut ta?



Selain sedap dinikmati, rupanya ada kebaikan yang boleh diperoleh jika anda gemar makan coklat. Antaranya coklat dikatakan boleh mencegah kanser, meningkatkan ghairah seksual dan boleh membuatkan si pemakan berasa ceria dan bahagia. Coklat juga sangat digalakkan kepada ibu hamil atas seba-sebab berikut:

Coklat pahit atau dark chocolate dikatakan mampu mencegah pra eklampsia semasa mengandung. Ia merupakan salah satu penyakit paling berbahaya dalam kalangan ibu hamil. Kandungan theobromine dalam koko bertanggungjawab mengelakkan serangan penyakit tersebut. Wanita hamil yang makan coklat setiap hari terbukti bebas daripada serangan pra eklampsia sebanyak 50 peratus.

Melancarkan pengaliran darah. Theobromine yang ada dalam koko membantu meluaskan pembuluh darah yang sekaligus melancarkan pengaliran darah ibu hamil.

Membangkitkan rasa ceria. Kajian dijalankan oleh para saintis barat mendapati ibu mengandung yang kerap mengunyah coklat terbukti melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria.

Mengandungi antioksidan. Kudapan manis ini kaya dengan flavonoid yang mengandungi antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan ibu.

Mengelakkan penyakit jantung. Coklat pahit memiliki antio4dksidan yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung ibu dan si comel.

Sunday, November 1, 2015

Zoo Negara Best!

Assalamualaikum ...

Hari ni dalam sejarah hidup Ummi ... Umur dah 34 tahun. inilah kali pertama Ummi jejak kaki di Zoo Negara. ini pon gara Irdina merengek nak p Zoo. 2 minggu lepas kami p Zoo d Melaka. Irdina tak puas hati sebab sema binatang tido jew. hehehe.


Tapi memang berbaloi datang cinh. berbaloi-baloilah! Banyak binatang kat sinih. udara nyaman jew. tenang jew. Abis cite, memang ummi puas hati! Dapat tengok Sang Gajah, Abg Rimau, Si leher panjang, Pak Belang dan C comel Bangau!

Hari ni Ummi p tapi hujan seketika. Ummi ingat Cik Abg nak balik terus... tp syukur jugak dia meneruskan hajat Ummi. Kalau tak Ummi yang riau ... Bukan Irdina. hehehe. Harga tiket mahal TAPI memang BERBALOI. Cer cer Cer chek kat link nie : HARGA MASUK ZOO NEGARA

Meh Ummi belanja Gambar sekeping ..

Pengenalan Sket

Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-MarhumTunku Abdul Rahman. Zogaro Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.

Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamaliaburungreptiliaamfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.


Merancang Lawatan

Sapa yang ingin berkunjung ke Zoo, Ummi nak cadangkanlah sedikit sebanyak perkara2 yang boley menjimatkan dan memudahkan Ibu-ibu mcm Ummi nie kan. 

Antaranya:

Beg
Ummi nak nasihat kita ibu2 nie, kalu datang sinih, hand beg xyah bawak. Pakai beg sandang je. Macam2 leh masuk dan memudahkan pergerakkan kita. Xleceh langsung. Jangan risau .. kita tanpa hand beg pon nampak cantik dan anggung jugak. Asalkan kita pandai berhias dan pakai yang sesuai dgn aktiviti kita. 

Camera
Ini adalah benda yang paling penting! Ummi menyesal xbawak kamera. Ambek gambar pakai Henset memang XBERBALOI! huhuhu. silap haribulan BATERI xmencukupi. Nasihat Ummi pastikan anda membawa kamera. Confirm puas hati!


Kualiti gambar ... xpuas hati sungguh

Minuman dan makanan
Untuk makluman kekawan semua. Mungki sedia maklumlah, harga jualan mestilah lebih sket dgn harga biasa. Ummi hanya bawak susu anak2 Ummi. Bacuh ditempat parking kereta, sebelum masuk. sebelum tuh Ummi dah bagi siap2 anak-anak makan. Bagi depa kenyang dahulu. Baru depa xada 'feel' sangat. Perut kenyang, emosi tak terganggu. Selain itu, beli siap2 air kotak dan bawaklah air kosong dari rumah. Makanan ringan seperti biskut pon baik sediakan. Bukan apa, kita kena bijak dan jimat berbelanja. Kalau mempunyai anak seorang, ok jugak. Dah klu bertiga? atau lebih, mesti kopakkkk.

ini yang paling penting... kalau beli di kedai, kopakkkkk


Kasut
wokey ... kalu sesiapa yang pilih nak menapak, sila pakai kasut yang terbaik. jangan pilih kasit bertumit plak ... jgn buat naya woooo. hehehe. kan tak pasal2 malam2 menangis sakit kaki. Ummi nasihatkan jew. Kalau anda kental, hebat bertumit tinggi wooo!

Oleh hal Ummi first time melawat Zoo Negara, Ummi agak ke laut laaa sket. Nampak keretapi, Ummi pilih nak naik ketapi. Ada caj tau! RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas. 
Caj ni belum termasuk GST lagi ... 

Ummi pilih naek ketapi sbb malas nak jalan. Sat lg Ummi berpeluh kejor Kembar nie.Jika anda memilih nak naik jugak ketapi tuh, Ummi nasihatkan sebelum anda beli tiket ketapi, Ummi nasihatkan p laa berjalan2 dahulu di Taman Rama2 dan ambek gambar dengan Si Leher Panjang... Klu naik ketapi terus, anda akan melewati sahaja dua tempat nie. Ketapi xakan berenti. Penat woooo setelah nak balik, alih2 Si Leher Panjang kita xbergambor. Badan dah penat. Itu yang Ummi hadapi. Anak2 dan penat, depa mula nak meragam. Alih2 Ummi suami isteri yang beria-ria bergambor.


Moody dah .... muka dah penat. 
Malas nk melayan Ummi bergambar.hehehe

Ok ... itu sahaja nasihat Ummi jika sesiapa yang ingin ke Zoo Negara.

Best dan Tersangat2 PUAS HATI!

Jom layan gambar2 lain lg...









Saturday, October 31, 2015

Bagaimana Tahap Kesihatan Anda


Kredit untuk http://ejazbeauty.com/bagaimana-tahap-kesihatan-anda/

Lakukan sendiri analisa Tahap Kesihatan dari semasa kesemasa untuk mencari penyelesaian pantas sebelum keadaan kesihatan anda menjadi kritikal dengan menjawab checklist kesihatan berikut yang disediakan oleh pakar pemakanan Shaklee.

Simptom-simptom berikut adalah disebabkan zat yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang baik seperti merokok, pengambilan alkohol dan kurang exercise.

                                       
✔Kurang tenaga/susah bangun tidur               
     ↪Vivix, Colagen

✔Selalu pening kepala                                      
     ↪Powder, ESP,

✔Gusi berdarah                                                  
      ↪Vita lea, Vita- C,

✔Mudah lebam                                                    
     ↪B- Complex,

✔Gugup dan gementar                                       
     ↪DTX complex

✔Mengantuk                                                          
     ↪Nutriferon

✔Keinginan terhadap makanan manis, Kurangkan berat badanBerat badan yang berlebihan                        ↪Cinch , tea tix

✔Penghadaman yang kurang baik        
     ↪alfafa, herba blend, ginger

✔Kekeringan mata/ penglihatan kurang                       
    ↪Carotomax

✔Kuku mudah pecah, Kebas kaki tangan                                       
     ↪Osteomatrix, Alfalfa,

✔Kejang kaki                                                   
     ↪Joint Health Complex

✔Sakit-sakit badan                                         
      ↪B-Complex, Omega

✔Sembelit                                                    
     ↪Herblax, Alfalfa

✔Rambut gugur                                          
     ↪Zinc Complex, ESP

✔Selalu mengambil pain killer                 
     ↪B – Complex

✔Mudah selsema                                     
     ↪Vita C / Vivix

✔Nafas berbau, Diet tinggi kandunagn lemak           
     ↪Lecithin,  Omega, Vita E

✔Senggugut/ putus haid                      
     ↪GLA Complex, Osteomatrix

✔ Susah tidur/ sakit sendi                  
      Ostematrik, 

Keterangan Lanjut dan konsultasi percuma dan panduan produk  yang bersesuaian dengan budget anda bolih 

sms/whatsapp

Cik Laa
019 3293235

Sunday, October 25, 2015

Heppy Sunday 'Apa Kita Makan Hari Ini?'

Assalamualaikum ...
Hai semua ... Heppy Sunday!
Ermm. Ummi hari ni nak kongsi sket hal berkaitan pemakanan ...

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Antara nutrien penting yang perlu Anda tahu :-

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50%daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum , dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Pelawas

Serat atau pelawas dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

4 aspek penting Dalam Kehidupan Seharian
Empat aspek yang diberikan penekanan adalah berkaitan dengan amalan pemakanan, pengurusan masa, aktiviti riadah dan persekitaran. Maklumat kajian ini telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan “ Statistical Package for the Social Science” (SPSS) Versi 13.0 dan dilaporkan secara peratusan dan min. Kajian yang telah dijalankan, mendapati persepsi pelajar terhadap amalan pemakanan, aktiviti riadah dan persekitaran tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan kerana purata min setiap item berada pada tahap sederhana. Tetapi amalan aktiviti riadah mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan. 

Kesimpulannya .. nak diet, senaman pon kena jugak!

Friday, October 23, 2015

Bajet 2016

Bajet 2016 di sini:

• Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, kerajaan bersetuju:

1. Beri faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta dgn peruntukan RM1.1 bilion;

2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam;

3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan manfaatkan 60,000 penjawat awam;

4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.

• Pelaksanaan semua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai, 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

• Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM dan 500 unit kereta peronda dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35 juta.

• Merancang membina 2,000 unit lagi rumah mampu milik bagi PDRM, RM36 juta untuk bina pejabat, kuarters dan naik taraf depoh tahanan imigresen.

• Untuk kurangkan kadar jenayah, RM155 juta untuk pembinaan 2 IPD baru di Lawas & KK, 10 IPD dan 5 balai polis yang dalam pembinaan.

• RM523 juta diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat Esscomm di Sabah, RM160 juta diperuntukkan bagi membina 4,000 unit lagi kuarters ATM.

• Sebanyak RM17.3 bilion disediakan untuk Kementerian Pertahanan bagi perolehan 6 Littoral Combatant Ship, kereta berperisai, Airbus A-400M.

• RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir dan RM60 juta untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negeri.

• Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin.

• RM260 juta bagi bina dan naik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian; RM52 juta bagi operasi 328 K1M dan pembukaan 33 K1M baru.

• Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak KL, yang bernilai RM848 juta pada Oktober 2016; Pembangunan Semula Hospital Kajang.

• RM155 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT.

• RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW.

• Membina rumah generasi ke-2 peneroka, iaitu 20,000 rumah oleh Felda, 2,000 rumah oleh Felcra dan 2,000 rumah oleh Risda.

• Memperuntukkan RM60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli.

• Membina 5k unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel.

• Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan sebagai sumbangan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit. RM200 j diperuntukkan.

• Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan RM863 juta.

• Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000 - RM300,000. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% daripada kos pembangunan.

• Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dgn pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta.

• Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion.

• Paras pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan RM5.50/kg SMR20 Freight On Board. Getah sekerap dinaikkan RM2.20/kg.

• Untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli, sebanyak RM300 juta disediakan.

• RM40 juta bagi laksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah.

• RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India.

• RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India.

• Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia.

☺Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.

☺Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps

☺Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

☺RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara

☺Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

☺Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

☺Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBPBantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.

☺Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

☺Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.

☺Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

☺Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.

☺Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

☺Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

☺Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

☺Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred.Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan

☺Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan

☺Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan

☺BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

☺BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.

☺BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800BR1M

☺Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400BR1M

☺Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

☺Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung

☺Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah,

☺Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

☺Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Sumber: Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia | melvister.com

Friday, September 25, 2015

Tambah Berat Badan Dengan Shaklee

Assalamualaikum ...

Ummi nak kongsikan bagaimana Shaklee boleh membantu tambahkan berat badan. hehehe. Asyik cerita nak kurus jew ... Meh Ummi cerita nak jadi gemuk plak!

Antara produk Shaklee yang membolehkan berat badan naik ialah : 
  • Mealshakes
  • B Complea
  • Vitalea
JADUAL TAMBAH BERAT

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2.janji mesti ada daging/ayam/telur/ikan)
Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Mealshake)
Mkn B Complex (1bji).Vitalea 1bji (dgn plain water bukan dgn susu)

Brunch :
Makan roti, Minum susu 1 gelas

lunch:
Makan siang-nasi plus lauk ayam/ikan/daging..

Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam:
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi +lauk..sikit2 pun takpe..takyah byk2.janji mkn).
Mkn vitalea 1 biji lagi

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping.. Minum susu 1 gelas

RULES
exercise sehari 10 minit paling kurang..drink lots of wtr of course


Cuba Jangan Tak cuba eksssssss

anish azizul / 0193293235 / Putrajaya

Thursday, September 10, 2015

"apa itu MLM,ape sebenarnya MLM ".

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah ... Segarnya Ummi hari ini. Padahal Ummi dah COTI seminggu coz anak warded. Puan-puan, skrang Jerebu teruk sangat. Effectnya pada anak2 kita tuh. Yang mana imun dalam badan tak kuat atau memang mempunyai asma, sakit jantung, Udara skrg memang xselamat buat mereka. Ibu2 please take care your PERMATA HATI. Jangan biarkan anak-anak comel kita merasai sakitnya kena inject antibiotik nie! 

Anak Ummi memang ada asma si kembar tuh. 2 minggu yang lepas, Ummi bersilat dan macam tranning angkat berat plak! hari2 Ummi dok mgusung C Kembar tuh! Merenggek lain macam. Last2 warded. huhuhu.





Tapi Alhamdulillah, skrg mereka dah bertambah baik. 

Hari ni Ummi bukn nak bercerita pasal C Kembar tp Ummi nak story mory pasal Business nie. Dengan Shaklee Ummi dah 2 tahun terjebak dalam Business nie. Dan alhamdulillah Ummi dah banyak kecapi hasil2 yang lumayan ... Kalau nak tahu sejarah Ummi dengan Shaklee, please KLIK SINI.


Maju kew Business Shaklee Ummi? 

Alhamdulillah, setakat ini RM akan masuk 15HB setiap bulan. 
Jumlah RM ni ada yang mencecah ratusan dan pernah jua sampai ribuan. 
Wala weyyy! Yang ribu riban yang best nie! 
MyBusiness Card! Simple kan. Berangan nak ada card sendiri!
akhirnya Allah makbulkan ... Amin

Bercerita dunia business nie, kita kena yakin dengan rezeki Allah. Kita jugak kena selalu bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan berterima kasih atas nikmat tersebut. Cara berterima kasih? Kita bersedekahlah ... Walaupun Ummi pernah 'hilang fokus' sekejab dalam business ini disebabkan komitmen laen, namun Shaklee tidak pernah memaksa Ummi untuk 'melupakannya' tapi untuk Ummi terus bekerja keras. Bukan untuk kepentingan diri Ummi tau tetapi untuk berkongsi apa yang Ummi rasa dan alami dalam DUNIA SHAKLEE. Itulah yang Ummi rasa. Istilah MLM pada mulanya #terus!

"apa itu MLM,ape sebenarnya MLM ".

Apa tuh MLM? MLM adalah Multi-level marketing, satu istilah keramat kepada ramai orang, khasnya golongan Melayu yang rata-rata bukan drpd golongan perniagaan atau golongan kaya. Inilah market yang sedang rancak menjadi “target”. Akan tetapi terpulang pada individu itu sendiri. Nak MLM yang HEBAT @ MLM yang TINDAS @ MLM yang mengikut HUKUM HAKAM. 

Ummi nyer pendapat plak. Sekiranya asas MLM tidak terpesong aka MENIPU, MLM bagus tuk individu yang ingin mencuba dalam perniagaan. Pilihlah perniagaan yang BERSIH dan IKHLAS serta HALAL dari sudit agama Islam. 

Korang Tau Tak, 

#ktt shaklee

Ummi berpandangan dan bersetuju melihat kebanyakan sistem MLM hidup kerana pencarian ahli baru, yang mereka istilahkan sebagai “pencarian pengedar baru”, sedangkan pengedar baru itulah pelanggan produk mereka. Jika terdapat MLM yg 'salah konsep' keuntungan diperolehi dari ahli baru dan yang berada d atas 'goyang kaki' ...

Ada juga Ummi dgr perniagaan MLM yang semestinya kita kena beli pakej2 produk..kena cr downline, kena promote dan jual produk.. at last? downline xdapat..produk pun xtjual..berlambak2 dirumah..akhir sekali sapa yg untung? org2 atas jugak yg kaya-rayakan. Adoi! yang nie betul parah! kalu korang semua dah nak terjebak, baik hindarkan. Ini pendapat Ummi peribadi tau! Tak adanya rezeki datang bergolek tanpa USAHA.

Ummi rasa kita tak wajar tanamkan perasaan atau fikirkan yang buruk2 terhadap MLM ini. Sebab Ummi pon dulu pernah beranggapan seperti itu jugak. Iyer lah, ramai orang tak suka MLM ni sbb memang terlalu banyak syarikat2 yang memanipulasikan sistem MLM sampailah MLM ni dilabelkan sebagai satu sistem yang salah dan merugikan. 
  • MLM - Yang menipu orang. 
  • MLM - Yang kena cari orang. 
  • MLM - Yang kena labur beribu-ribu, in fact berpuluh ribu semata-mata hanya untuk menyertai perniagaan MLM. Tetapi bile dah dah masuk, dibiar je... Tidak dibimbing. 
Salah tue. Kecian ahli2 baru yang terpaksa menanggung kesan Hutang bank tetap kena bayar, duit 'investment' hangus dan diri merana. Apa yang penting, jika ingin menjalankan perniagaan MLM, kita perlu kenal pasti terlebih dahulu. Lepas berpuas hati sumbernya, kita kena ada sifat Bertanggungjawab! Sifat2 seperti di bawah nie :-


Ummi terlibat dalam Business Shaklee nie adalah secara tak sengaja. Hati Ummi daa 'jatuh cinta' dengan Shaklee ni semasa mengamalkan Omega Guard dan Ostematrik semasa mengandungkan C Kembar.  Rasanya ok sangat2. Ummi heppy dengan percubaan 2 produk nie. Last2 Ummi buat keputusan untuk try jugak Set Berpantang Shaklee. Ummi ambek full set nyer. Masa itu jugak, member suh jadi ahli. Tapi Ummi tak nak sbb mind set nim kalau jadi ahli, menyusahkan. Nak kena isi borang laa. itu ini lah. Ummi nie malas nak melayan semua tuh. hahaha.

Selepas 4 bulan ambek set berpantang Shaklee, Ummi kehabisan stok. Nak Urgent! Kenapa Urgent? Daaa Jatuh Cinta kannn! Rasa tak lengkap plak hari2 berlalu tanpa Shaklee. Sampai je di kaunter Shaklee, Ummi xleh beli sebab Ummi tak ada id. huhuhu. Nak jadi ahli plak Ummi kena ada Mak! hehehe. Maksudnya kena ada sponsor ID seseorang. Masa itulah Ummi berjumpa dengan Mak Shaklee Ummi. Rabihah Anis namanya. Orang kecel2 moleks je. Walaupun dia sebuk dengan urusan dia, tapi alhamdulillah dia dapat daftarkan Ummi dengan jayanya. Siap bagitau lg kepentingan Shaklee kalau nak berbisness. Masa tuh Ummi masih belum tertarik nak berbisness Shaklee. Ummi dapat jew barang yang Ummi order, Ummi terus nak balik. 

Tapi Ummi bersyukur sgt2 sbb Mak Shaklee nie still follow up. Dia tnya macam mana makan, ok tak? Dan dia masih jugak tanya berminat nak berbisness dengan Shaklee tak? Ummi masih lagi jawab tak ada masa nk pikir2 semua tuh. Iyolah kan, takut MLM. Hahaha. 

BILE BERMULANYA MLM SHAKLEE?

Pada 15 Oktober 2013 rasanya Ummi ada terima surat dari Shaklee. Dalam surat tuh ada cek atas nama Ummi. Gambar cek tak ada sbb Ummi tak laa exited sangatkan masa tuh. Cuma Ummi 'terkejut' sbb Ummi dapat balik cash value dari product yang Ummi beli. Hanya terucap 'Alhamdulillah'.

Sejak daripada 'cek' jatuh dari langit inilah Ummi daa mula berjinak-jinak dengan bisness Shaklee. Sungguh berbeza. Bukan MLM biasa. Bisness ni akan dapat kalau kita Usaha dan Tawakal. Bisness ini bukan paksa kita beli barang dan bukan memaksa kita jual barang. Macam Ummi, kebanyakkan Ummi berkongsi kebaikkan dan kelebihan SHAKLEE. Ummi banyak dapat pembeli dari kawan-kawan Ummi. Dari mereka try gitu-gitu, akhirnya mereka menjadi 'consumer' tetap shaklee. Dan mereka juga dapat cash value dari pembelian mereka. Menarik bukan?

Apa lagi yang menarik tentang shaklee? Ummi dapat ini :-

CASH tau! masuk terus dalam akaun. Ya Allah rezeki dari Mu. 
Ummi hanya berkongsi kebaikkan dan Ummi peroleh kelebihan dari Shaklee. 
Mungkin inilah caranya Ummi kalau nak berbisness kan.. 
Sehingga hari ini, Ummi masih lagi 'consume' produk Shaklee. Bukan sahaja dari supplement kesihatan, malah Ummi turut menggunakan produk untuk penjagaan diri dan kecantikan, penjagaan rumah dan penjagaan berat badan! Pada masa yang sama Ummi yakin business MLM Shaklee ni.


Sambil-sambilan ... Sapa nak kasi cash kan?



  • Nak join Shaklee bukannya kena bayar beribu-ribu macam kebanyakan MLM lain.
  • Cuma bayar RM75 je (untuk keahlian seumur hidup pulak tu, bukannya kena renew setiap tahun pun). Lepas tu kita dahpun jadi ahli Shaklee yang sah. Samada turut nak berniaga Shaklee, ataupun join  sekadar untuk makan sendiri je itu terpulang pada kita. ATAU
  • Beli mana-mana produk Shaklee berjumlah lebih kurang RM650, maka kita akan layak jadi ahli Shaklee secara percuma. But again, sekiranya kita tak nak beli sampai RM650 ni, then amek je option pertama tadi, bayar RM75 je la.Takde paksaan pun untuk kita pilih mana-mana cara untuk jadi ahli. 
Apa yang penting :-
  • sijil HALAL diPERAKUI OLEH BADAN TERTENTU YANG DIBENARKAN OLEH JAKIM 
  • SHAKLEE mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan
  • Tidak ada istilah HEAD HUNTING dalam MLM SHAKLEE, Jika Ummi tidak mempunyai downline, Ummi akan berusaha keras untuk memastikan Ummi kekal efektif setiap bulan bg mendapatkan INCOME dari SHAKLEE. Jika ada downline, Gorup Ummi akan sentiasa membantu ahli-ahli baru!

Tak cuba lagi, Belum tahu. 
Belajar tentang Produk. Dah cuba nnt, terus BERCINTA!

Peluang Menjana Pendapatan
KLIK SINI

 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
Konsultansi PERCUMA dan ISTIMEWA!
   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 

 di talian 019 3293235 atau 

emel allaarief@yahoo.com


Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...