Thursday, July 30, 2015

4 SEBAB MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN....

ni gambar kawen Ummi
muda tak? hehehe
umur 29 tahun


Sesetengah para suami ada yang bercadang untuk mencari perempuan (isteri) lain kerana menganggap isteri mereka sekarang sudah tidak cantik, nampak tua dan GEMUK. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda cepat nampak tidak menarik di mata anda?
  • Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.
  • Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis.
  • Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 tak dengar anak menangis...jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
  • Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan selamba mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
  • Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati silap-silap buat-buat mati. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Si ibulah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Kan petua untuk cantik kena minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.
  • Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. jadi, wanita pun membebel, marah-marah... dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia.. Tapi kalau sang suami boroi...sebab apa pula?? hahaha
Muka Ummi beranak 3 ... setelah 4 tahun berkahwin
Umur 33 tahun. hehehe
Tanda2 kedutan dah muncul ... muka kusam. hehehe tapi Ummi dah ambek supplement tuk kekal cergas, sihat dan ceriaaaaa. Ummi pilih VIVIX Shaklee ... memang mavelesssssss!

terkini ... 4 hari lepas (26 Julai 2015)
anak masih lagi 3 orang
umur 34 tahun


 Shaklee Independent Distributor [ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com



SID SHAKLEE PUTRAJAYA : Marahnya pada anak kecil. Ada kesannya!

Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.
Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………


Pertama kali membaca luahan hati di atas, hati Ibu menjadi sebak. Ini kerana jika Ibu berada di tempat dia, entah bagaimana tindakan reflect Ibu, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal. huhuhu. Ummi juga selalu hadapi perkara nie. C Kembar dah 2 tahun lebih. Agresif nya, Allah sahaja yang tahu. Tp Ummi sedaya upaya untuk cuba mengelak berbuat sedemikian. Namun, kemarahan dan sifat geram pada kakak kadang-kadang buat Ummi lupa diri. Tumpahkan air sikit, C kakak dimarahi. Ya Allah, Ummi rasa menyesal dan Ummi akan pastikan sebelum tido, Irdina pasti dicium dan dipeluk terlebih dahulu. Ummi akan memohon maaf apa yang Ummi lakukan. 
Anda Boleh baca di sini Perlu Ke Pukul Anak unuk menghukum anak cara islam.
Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.


Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.
Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.
“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.
“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.
Sumber: Utusan Malaysia

SID SHAKLEE PUTRAJAYA : Vitamin B Compleks Shaklee



Antara fungsi B Complex untuk kesihatan ialah:

1. Menukar makanan kepada tenaga – Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.

2. Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

4. Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus.

6. Mencegah anemia – Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang kuat, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7. Meredakan senggugut – Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perleche – Dikenali juga sebagai rekahan mulut (mouth cheilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

9. Detoksifikasi – Meredakan alahan.



Jom cuba dan Jom contact Ummi ....


A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com


Ini adalah kegemaran saya selamanya! 
Apa yang anda cintakan sekarang?


Wednesday, July 29, 2015

MyFeberet Moment In Ramadhan


Alhamdulilah ... Dah 13 Syawal daa kita ... Dah 13 hari Ramadan meninggalkan kita. Maga2 kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan di tahun akan datang.

1 Syawal 2015

Ummi ingin berkongsi beberapa kegemaran ummi untuk kelihatan lebih sihat, cergas dan ceria di sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Hasilnya 1 Syawal Ummi sambut dengan penuh perasaan Jelita dan Menawan. hehehe. Perasaan Ummi laaa, part perasan orang lain jemu memandang, Ummi xmo ambek kisah. hehehe. Ummi memang tersangat suka untuk mencari jalan agar hidup lebih sihat dan berkongsi dengan orang lain.

Ummi syorkan agar memilih untuk mengambil suplement. Tak kisahlah u alls nak ambek supplemen apa pun. Terpulang pd diri sendiri. Mr. Google pun ada leh bantu nak dapatkan supplement yg terbaek! Tapi Ummi ambek supplemen dari Shaklee untuk membantu Ummi menangani masalah keletihan ni. Ummi ambek ViViX! Supplement yang terbaek dari Shaklee. Apa tuh ViVix? JOM kiter tgh produk SHAKLEE HEBAT nie ...


Penemuan Revolusioner oleh Shaklee


                              Fakta tentang Vivix® Botanical Beverage Mix 
  • melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
  • mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 
Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
  • Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.
  • Keistimewaan Vivix Shaklee
  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.  
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.  
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi . Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
  • Kebaikan Vivix Shaklee
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan


  • Bagaimana VIVIX membantu melawan PENUAAN?
Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisme penuaan iaitu dengan cara :
  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada proses pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis ( pembentukan baru ) mitochondria
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products)
Ummi tahu harga ViViX nie mahal. Pada pandangan Ummi. Kita ambek supplement 'yang sesuai' dengan kita bukan sebab nak cantik semata-mata. TETAPI kita ambek untuk menjaga kesihatan kita dalam jangkamasa yang lama. Kita juga nak kelihatan cantik yang sihat supaya nnt kita TIDAK MENYESAL! betul ... supaya kita tidak menyesal sewaktu diusia tersebut. Kita perlu jaga kesihatan kita SEKARANG dan nikmati hasilnya di masa akan datang. Bukan nyer kita JAGA setelah kita menhadapi masalah tersebut. Mungkin masa tuh agak terlewat jugaklah kitakan...

Ummi dah jumpa 'supplement' yang sesuai dengan Ummi. Penjagaan Ummi dari dalam. Cik abam pun dah mengakuinya ... malah dia support Ummi untuk teruskan pengambilan supplement ini ... bukan UNTUNG pada Ummi jew, tetapi untuk Cik Abam jugak! Sapa tak mau isteri kelihatan Anggung, Cergas, Cantik Manawan kan kan kan ... walau pun dah beranak ramai ...


Klu teringin mencoba, boleh laa contact Ummi. 
 
A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com


Ini adalah kegemaran saya selamanya! 
Apa yang anda cintakan sekarang?
Jom! kongsikan bersama


Friday, July 24, 2015

Memanjakan Anak Dalam Islam

Saya percaya sebagai orang Islam, cara yang diunjurkan Nabi SAW ini adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita amalkan.



1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun 
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. 


Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa. 




2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun 
Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud; 



“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” 



Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. 



Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. 



3) Umur anak 15 hingga 21 tahun 
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 



Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga. 



4) Umur anak 21 tahun dan ke atas 
Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.


CinTa Cintun Saya

Cinta? ermmm, best nya kalau bercinta kan? indah sungguh saat bercinta nie. Terasa diri ini di sayangi, ada orang ambil berat, makan pon ada orang ambil tahu, selalu bawak g jalan2, dapat hadiah - buat ala2 kejutan manja gitu. hehehe. Indahnya bercinta kan ... ehm.. berangan sat! 


Tapi, kalau putus cinta, adu yai! sakitnya. Tido tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu .. menangis jew ... Berhari-hari menangis. Memikirkan apa salah ku? apa dosa ku? Nape dia berubah? Nape dia daa tak sayang seperti dulu2. huhuhu pendek kata semua tak kenalah. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini, putus cinta dengan hati yang terluka. Menangis jew? Pernah tak? 


Ummi pon seperti kekawan semua. Pernah melalui saat bahagia dengan insan tersayang (ketika bercinta) ternanti-nanti bilakah akan tibanya jodoh anda?

Sudah lama anda tunggu dan mencuba untuk mencari jodoh. Tetapi sampai sekarang masih tak dapat-dapat.

Sedangkan rakan-rakan anda yang lain sudah pun mempunyai pasangan dan ada yang telah berkahwin.

Anda?



Kalsium wow Pentingnyaa


Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
♥ Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
♥ Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
♥ Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.

  • Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

  • Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

  • Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

  • Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

  • Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

  • Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda.


Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

♥ Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
♥ Terbukti secara klinikal
♥ Mudah ditelan dan mudah diserap badan
♥ VITAMIN SEMULAJADI!


Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
# Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
# Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
# Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
# Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
# Ibu hamil dan menyusukan anak
# Wanita yang mengalami gejala PMS
# Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
# Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

Thursday, July 23, 2015

A
ssalamualaikum Wbt ... Hari nie dah masuk Syawal yang ke 7. Alhamdulillah Ummi dan Cik Abam masih mampu laksanakan dah 4 hari Puasa sunat iaitu Puasa Enam.

Wednesday, July 8, 2015

MyOustation - Pulau Pinang

Assalamualaikum ...

Sekali lagi Ummu akan bertugas di luar Putrajaya selama seminggu jugak. Kali ni Ummi di Pulau Mutiara! hehehe Pulau Pinang ... Negeri yang dikatakan Syurga Makanan! Ummi telah memilih Hotel Bayview Georgetown. Jom Ummi belanja gambar dulu.

  • Sesuai untuk tujuan bisnes atau percutian, Bayview Hotel Georgetown adalah sebuah hotel yang unik dan kontemporari berada di pusat bandar Georgetown, bandar yang telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. 
  • Hotel ini berada berdekatan dengan tapak-tapak bersejarah dan hab komersial yang mengandungi pusat membeli-belah, beberapa buah restoran dan kelab malam. 
  • Di tingkat 16, hotel ini berbangga dengan kewujudan sebuah restoran bergerak yang menyediakan pemandangan 360 darjah bandar Georgetown. 
  • Pilihan lain yang berada di hotel yang pernah memenangi anugerah ini termasuklah Lobby Lounge yang mendamaikan dan persembahan muzik di Carmen MY Club.
  • Kesemua 320 bilik tetamu di Bayview Hotel Georgetown menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan tetamu. 
  • Kemudahan rekreasi di Bayview Hotel Georgetown termasuk kolam renang, Jakuzi terbuka dan sebuah gimnasium. 
  • Untuk menempah penginapan di Bayview Hotel Georgetown, sila masukkan tarikh kedatangan dan lengkapkan borang tempahan online kami


Friday, July 3, 2015

Deman Panas Anak Kita

Irsyad : 38.8 C
Assalamualaikum ....

Kepada ibu bapa di luar sana, 
Jika ada anak yang di bawah 9 tahun, ada baiknya simpan termometer di rumah.

Jika anak sakit demam, 
  • monitor suhu anak sendiri.
  • sediakan ubat demam jenis cecair dan suppository (ubat demam yg bg kt punggung) sentiasa.
  • Jika anak demam 37.5, start bagi ubat ikut dos doktor suruh setiap 6 jam sampai demam dia baik.
Anak yg demam selalunya suhu paling tinggi waktu malam. Jadi tuan puan jangan bersuka ria tidur tanpa monitor suhu anak sampai pagi. Jika suhu anak lebih 38.5 bagi sahaja supp kepada dia walaupun tidak cukup waktu lagi nak bagi ubat. Supp memang boleh diberi antara masa makan ubat jika suhu anak tinggi sangat.


Jika sudah beri supp, 
  • sila lap badan, dahi, ketiak anak atau boleh letak cool fever.
  • Jangan pakaikan dia sweater atau baju lengan panjang masa dia demam.Tidak membantu dia baik demam. Dia akan mengadu sejuk sebab fisiologi badan bertukar masa dia demam tapi itu tak bermakna suhu badan dia dah turun.
  • Check dan monitor suhu! Target penjagaan anak masa ini adalah supaya suhu anak tidak lebih daripada 38 kalau boleh. Selagi suhu tidak turun sampai bawah 38, sila jangan tidur dan lakukan sesuatu sampai suhu badan anak turun. Walaupun sudah turun, setiap 30 minit atau 1 jam sekali mesti bangun dan periksa suhu badan anak.
Apa pentingnya mesti kena jaga sampai macam ini sekali?
Sebab suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan anak untuk dapat sawan.
Masalahnya, 
Bila dah kena sawan anak tersebut berkemungkinan akan dapat epilepsi dan boleh jadi cacat seumur hidup. Jadi, jangan ambil mudah kalau anak demam.
Pengorbanan anda berjaga semalaman untuk menjaga anak demam adalah sangat berbaloi. Spread the words to all mothers.Let them know.
Waspadalah jika anak demam!
  
A Healthy Life for You : Your Independent Distributor Shaklee
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi 
saya di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com


ANTARA SUPPLEMENT SHAKLEE DICADANGKAN UNTUK KANAK-KANAK:-

Kanak-Kanak Bawah 1 Tahun
Susu ibu adalah yang terbaik. Ibu2 ambillah makanan yg berkhasiat atau supplement yang sgt boleh membantu memeriahkan pengeluaran susu ini. Shaklee menawarkan set full menyusu iaitu Alfafa + ESP + B-Compleks + Vitalea + Omega
Kanak-Kanak 1 - 3 Tahun
Shaklee menawarkan Mealshake cukup sesudu sehari yang dicampurkan dlm susu/minuman sejuk atau suam. Omega jg salah satu produk yg bole tingkat sistem imunisasi kanak2. Omega merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi satu rangkaian yang
penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi.

Kanak-Kanak 4 Tahun Ke Atas
Mealshake, omega Guard, Chewable Vit-C

Anak sihat, hati kita pon senang

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...