Tuesday, August 18, 2015

#Day 2 : Kuatkan Semangat! Perbanyakkan Solat, Istifar & Berdoa ...

Assalamualaikum wbt ...

Hari nie dah masuk hari ke 2. Ummi rasa lebih kuat dan semangat. Ummi tahu ujian ni Allah berikan untuk Ummi hadapi dengan penuh ketabahan. Kalau Allah xsayangkan, Allah tak kan uji Ummi dengan ujian ini. Kan? Betulkan? 

Bertuahnya Ummi sebab Allah nak masih ambek tahu tentang Ummi yang kadang leka dengan urusan duniawi ini.

Semalam Ummi telah pergi mendapatkan nasihat dan beberapa pandangan. Ummi semalaman bersendirian dan berfikir. Dah naik sakit kepala ni d buatnya untuk dapatkan jalan yang terbaik untuk Ummi hadapi masalah ni. 

Akhirnya Ummi tewas, ambek wujud dan pada Allah jua Ummi mengadu. Macam2 Ummi mengadu. Ummi nak Allah tahu Ummi sedang buntu dan Ummi benar2 memerlukan pertolongannya. Tetiba Twins Ummi menangis. Tepuk bontot sket, pas tuh lena balik depa. hahaha. Senyap!

Budak keciks yang tak boley tido klu Ummi xada disisi!
asyik nak berkepit jew ...

Ini Budaks suka berkepit! Gambar tido, xleh!
Sekci ... hahaha. Meh belanja gambar ni!

itulah pengubat jantung Ummi. Kadang2 dalam keadaan tertekan, kehadiran anak2 nie membawa sinar bahagian. Kalau badan penat, tgk depa senyum pon hilang terus penat tuh. hahaha. Itulah penawar Allah bagikan.
Syukurnya... Kerana anak2, smgtku kuat!

Ummi teringat kata2 hikmah dari sahabat yang kirimkan,

Sesekali diuji. Benar-benar rasa teruji.
Hati Sakit. Benak perit. Jiwa pedih. Minda letih.
Sabar tercabar. Tenang tercalar.

Pujuklah diri untuk REHDA
Jangan sekali-kali kita lupa.
Allah SWT yang meletakkan kita di dalam ujian itu
Dan Allah SWT jua yang mampu mengeluarkan kita
Daripada Ujian Itu ....

Terima Kasih Allah kerana memberi aku ujian ini.

Semoga dapat menghapuskan dosa2 kecilku.

Amin Ya Rabbal A' lamin

Cintaku Pada Allah Yang Satu
18/8/2015

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...