Thursday, August 27, 2015

Tips#1Ummi Moden :: 6 Perkara Amalan Tuk Perbanyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum...

Di malam yg heni lagi indah dan tenang. Ceeeewah! Tetiba aje Ummi bersemangat nak kongsikan tips2 untuk Ibu/Mommy/Mak/Bonda/Ummi yang mempunyai cahaya mata yang comel2 tue atau belum atau bakal ke arah itu. Tips nie atas pengalaman Ummi dan pembacaan Ummi jew. Ummi dulu2 pon banyak belajar tuk jd Ummi nie. Xada nyer pandai sendiri. Hari2 kalau rajin Ummi akan tanya Mr.Google nie. Abis2 malas, Ummi dok termenung kenangkan diri Ummi. Macam mana nak perbaiki diri ini untuk ke arah yang d Redhai Allah. Amin...

Untuk makluman semua, Ummi ni xpress tau dapat Baby ... hehehe. TAWAKAL pada Allah adalah kunci yang terbaik tau. Ummi sebelum berkahwin, doktor dah mengesahkan Ummi sukar untuk mengandung. Hayoooooo. Itulah yang paling mendukacitakan sebenarnya. Tp itu semua POYO. Hehehe. Bukan Ummi xpercayakan ilmu perubatan, tp jika kita selalu berdoa, sesungguhnya Allah pasti makbulkan doa kita. Allah suka sgt kita merayu, memohon kepadaNya... itulah yang Ummi hadapi. Untuk berkahwin adalah satu keputusan yang sukat. Risau la diri ini xmampu melahirkan zuriat. Sebelum berkahwin, Ummi dah canangkan kepada keluarga sebelah suami. Jangan berharap pada Ummi nie.... Tapi takdir Allah, Ummi mgandung sejurus sebulan berkahwin. Bak kata orang 'buting pelamin' .... ingat ! Doa itu penting.... Bile d sahkan Ummi mengandung, perkara yang Ummi buat ialah Ummi mencari info2 di internet. Nak bergurulah katakan ... Masa itulah banyak2 sangat tips2 yg berguna dan mujarab Ummi amalkan. Antara tips2 yg best!

1) kita kena selalu BERSYUKUR pada Allah atas rezeki yang ternilai ni. Terus set niat kita. Nak menyusukan baby kita sehingga 2 tahun atau lebih. Mohon pada Allah perbanyakkan susu nanti. Doa nie penting kerana DOA lah selalunya kita memperolehi apa yg kita hajatkan pada Allah.

2) Selalu jaga kesihatan diri. Penuhi diri dengan makanan2 yang berkhasiat. SUSU DAN KURMA adalah amalan Ummi sepanjang mengandung. Kurma Ummi akan ambek 3 biji setiap hari untuk d jadikan sarapan. Kenapa Ummi pilih SUSU? Sebab kalsium amat penting untuk menghasilkan SuSu dan kekuatan tulang kita. Ummi minum Susu Tepong Duth Lady jew... Opsss sebelum terlupa. Sebelum makan kurma, anda berselawat dahulu dan niat dalam hati Kurma dan Susu ni untuk anak yang kita kandung. Niat jugak tuk perbanyakkan susu nanti.

3) Sesudah deliver baby comel kiut miut tuh, kita jgn cpt putus asa sekiranya susu kita xsemeriah yg dijangkakan. Kita perlu berfikir positif. Sebaik sahaja baby d lahirkan dan dibersihkan dan d azankan atau qamat oleh C ayah, dakaplah anak kecil kita dan menyusukanlah dia. Niat d hati ikhlaskan diri dan berdoa pada Allah, perbanyakkanlah rezeki anakku ini. Dan SENYUMLAH ...

4) Untuk memeriahkan susu ibu, klu nak pantang, cubalah berpantang mengatakan 'susu xdop' 'dah kering susu' 'xlarat dah pum. Ini je dapat' Sekali lg Ummi suka sangat ingatkan. Kita kena perlu BERSYUKUR dgn rezeki yang dizahirkan ini. Ummi sering mengatakan 'terima kasih Allah atas rezeki ini'. Klu Ummi demam, Susu memang 'xmeriah' sgt... ermmm, itulah perkataan Ummi yang selalu diungkapkan sekiranya SUSU IBU XMERIAH.

5) Cuba bagi baby kita menyusu ikut time. 2 jam sekali. Sekiranya kita menyusukan baby ikut time, demand yang bagus akan menhasilkan supply yg baik. Buat aktiviti ini secara berkala. Begitu juga untuk 'pum'. Buat ikut time. Ummi dulu 4 jam skali. Insya Allah. Jgn memaksa. Adalah rezeki itu...

6) Jangan lupa makan makanan yang boleh perbanyakkan susu ibu. Antara yang Ummi makan dan amalkan, lobak putih dan supplement. UMMI KAN ADA SHAKLEE. Ummi jugak perasan susu ibu akan meriah sekiranya Ummi minum horliks panas dan makan carbonara. Serius! Ummi pon tak tau napa tp inilah hakikatnya....

Itulah antara tips2 untuk d kongsikan. 
Nnt Ummi nak bagi tips untuk mencagah baby kita 'mgigit'  Adoi!



Pm saya untuk dapatkan set anda

Sy, i'm Ummi Moden
Anish Azizul / 019-3293235 / allaarief@blogspot.com

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...