Saturday, August 29, 2015

TiPS#2 :: Hari Minggu Jadi Bibik

OAssalamualaikum...

Hai! Ummi hari ni nak kongsikan satu perasaan yang memang PENAT tp berbaloi dan SANGAT INDAH! Jom kita jadikan hari minggu sebagai hari yang paling bahagian di sisi suami dan anak-anak. Jangan laa plak asyik berlingkar sahaja. Meh kita wujudkan satu keadaan yang istimewa dan boleh memupuk kebahagian!

1) Bangun Awal Pagi!
Ummi dulu2 masa anak pertama. Hari minggu Ummi lepaskan geram. Tido je kerjanya. Tengahari makan kat kedai! Hahaha. Skrg, Ummi rasa lebih praktikal kalau kita bangun awal pg untuk siapkan diri kita. Ummi skrg amalkan bangun jam 4.30 pg! Mula-mula memang susah dan liat! Tp mengenangkan tekad tuh ada, Ummi lakukan jua. Skrg, body clock dah set dah. Jam 4.30 Ummi bangun, Mandi, Berwuduk, Solat2 Sunat, Solat Subuh, Kemas Rumah Tamu, Basuh Baju(mesin yang basuh) dan Sediakan Sarapan. BY 7.30 pg semuanya dah siap!

2) Pujuk Rayu Cik Abang suh P pasar!
Tips nie bukan nak suh nampak kita Queen Control! Tp mitak Cik Abg kita membantu kerana Bile Cik Abg je P pasar, kita leh laa siap2kan anak. Mandikan anak. Bedakkan anak. Kemas tempat tdo. Klu kita p sama2, kita akan buang masa kat situh! Lagipon Cik Abg kita kan abg sado! Hehehe. Tp jangan lupa plak suh  Cik Abg Sado sarapan dulu dan sediakan senarai barangan nak beli! Sat lg suh depa P beli, depa P beli yg dah siap! Hancur laa tips Ummi!

3) Hari Minggu Hari Masak!
Ok, otak kita kena tukar 100%. Xmo laa hari minggu jd hari makan kedai! Masaklah. Cik Abg kita tuh, mula2 je xsedap tp bila selalu masak. Yg tak sedap dia akan kata sedap! Hahaha! Mau komplen lebih2, kita tariklah muncung biaq panjang! Baru tau kita merajuk! Biasanya Ummi akan tanyalah Mr.Google resepi yg paling best nak masak hari minggu. Korang ingat Ummi nie pandai masak ke? Ummi pandai makan je. Ahaks! Tp bile Ummi dah set 100% nak masak, Ummi akan rajinkan diri pada hari Jummaat nak senaraikan barang2 nak masak. Pg2 esok Cik Abg akan P pasar P beli. Pas tuh kita masak! Resepi tanya Mr.Google tau! Hehehe

3) Makan Semeja!
Wokey ... dah siap makan. Gunakan kuasa anda sebagai ibu dan isteri ajak makan semeja. Sepah pon sepahlah. Janji makan semeja. Masa makan plak jgn sunyi sgt. Tanyalah apa yg patut. Hahaha. Ummi selalu tanya Irdina, sedap tak Ummi masak? Irdina suka mkn apa? Hehehe. Untuk C kembar ... Ummi pasrah. Nasi lebih banyak d luar pinggan dari masuk dalam mulut! Makan Semeja yg positifnya melahirkan satu perasaaan kekeluargaaan! Bile anak dah pandai cakap, meh kita ajar depa makan sendiri. Mula2 bersepah, lama2 kemas je. Nnt nak bawak p makan kat kedai pon xmalu! Sbb anak2 kita memang pandai makan d Meja. Insya Allah.

4) Bukak Zone Bebas!
Zone bebas Ummi ialah main d ruang tamu rumah. Maksud Ummi, masa hari kerja, Ummi akan had kan anak2 comel ni tolong kemas ruang tamu. Atas sebab apa? Kerana hari bekerja adalah hari yg agak penat buat kita sebagai Ummi yang bekerjaya nie. Penat nak kemas. Ummi selalunya hari minggu sahaja bebaskan anak2 Ummi bermain d sekitar ruang tamu. Jika hari biasa, depa akan bermain dalam bilik d mana ruang tersebut akan bertukar menjadi taman permainan. Hehehe.

5) Jadi Geng Kartun
Salah satu kita nak luangkan masa dgn anak2. Kita kena jd macam depa. Tgok kartun. Jd kartun. Semua yang anak kita minat. Ummi biasanya kalau tgk kartun, Ummi mesti tanya Irdina, kartun tuh pakai baju warna apa, apa kartun tuh buat. Apa yg salah atau apa2 lah. Dari situ kita akan tahu anak kita mahir atau tau tentang warna, jumlah dan kadang2 input positif, kita dapat mgajar perbezaan baik dan buruk. Jd Geng Kartun ni sejam pon dah cukup!

Wokey, tips seterusnya akan d sambung ...

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...