Saturday, October 31, 2015

Bagaimana Tahap Kesihatan Anda


Kredit untuk http://ejazbeauty.com/bagaimana-tahap-kesihatan-anda/

Lakukan sendiri analisa Tahap Kesihatan dari semasa kesemasa untuk mencari penyelesaian pantas sebelum keadaan kesihatan anda menjadi kritikal dengan menjawab checklist kesihatan berikut yang disediakan oleh pakar pemakanan Shaklee.

Simptom-simptom berikut adalah disebabkan zat yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang baik seperti merokok, pengambilan alkohol dan kurang exercise.

                                       
✔Kurang tenaga/susah bangun tidur               
     ↪Vivix, Colagen

✔Selalu pening kepala                                      
     ↪Powder, ESP,

✔Gusi berdarah                                                  
      ↪Vita lea, Vita- C,

✔Mudah lebam                                                    
     ↪B- Complex,

✔Gugup dan gementar                                       
     ↪DTX complex

✔Mengantuk                                                          
     ↪Nutriferon

✔Keinginan terhadap makanan manis, Kurangkan berat badanBerat badan yang berlebihan                        ↪Cinch , tea tix

✔Penghadaman yang kurang baik        
     ↪alfafa, herba blend, ginger

✔Kekeringan mata/ penglihatan kurang                       
    ↪Carotomax

✔Kuku mudah pecah, Kebas kaki tangan                                       
     ↪Osteomatrix, Alfalfa,

✔Kejang kaki                                                   
     ↪Joint Health Complex

✔Sakit-sakit badan                                         
      ↪B-Complex, Omega

✔Sembelit                                                    
     ↪Herblax, Alfalfa

✔Rambut gugur                                          
     ↪Zinc Complex, ESP

✔Selalu mengambil pain killer                 
     ↪B – Complex

✔Mudah selsema                                     
     ↪Vita C / Vivix

✔Nafas berbau, Diet tinggi kandunagn lemak           
     ↪Lecithin,  Omega, Vita E

✔Senggugut/ putus haid                      
     ↪GLA Complex, Osteomatrix

✔ Susah tidur/ sakit sendi                  
      Ostematrik, 

Keterangan Lanjut dan konsultasi percuma dan panduan produk  yang bersesuaian dengan budget anda bolih 

sms/whatsapp

Cik Laa
019 3293235

Sunday, October 25, 2015

Heppy Sunday 'Apa Kita Makan Hari Ini?'

Assalamualaikum ...
Hai semua ... Heppy Sunday!
Ermm. Ummi hari ni nak kongsi sket hal berkaitan pemakanan ...

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Antara nutrien penting yang perlu Anda tahu :-

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50%daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum , dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Pelawas

Serat atau pelawas dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

4 aspek penting Dalam Kehidupan Seharian
Empat aspek yang diberikan penekanan adalah berkaitan dengan amalan pemakanan, pengurusan masa, aktiviti riadah dan persekitaran. Maklumat kajian ini telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan “ Statistical Package for the Social Science” (SPSS) Versi 13.0 dan dilaporkan secara peratusan dan min. Kajian yang telah dijalankan, mendapati persepsi pelajar terhadap amalan pemakanan, aktiviti riadah dan persekitaran tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan kerana purata min setiap item berada pada tahap sederhana. Tetapi amalan aktiviti riadah mempunyai pengaruh yang besar terhadap berat badan. 

Kesimpulannya .. nak diet, senaman pon kena jugak!

Friday, October 23, 2015

Bajet 2016

Bajet 2016 di sini:

• Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, kerajaan bersetuju:

1. Beri faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta dgn peruntukan RM1.1 bilion;

2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam;

3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan manfaatkan 60,000 penjawat awam;

4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.

• Pelaksanaan semua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai, 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

• Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM dan 500 unit kereta peronda dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35 juta.

• Merancang membina 2,000 unit lagi rumah mampu milik bagi PDRM, RM36 juta untuk bina pejabat, kuarters dan naik taraf depoh tahanan imigresen.

• Untuk kurangkan kadar jenayah, RM155 juta untuk pembinaan 2 IPD baru di Lawas & KK, 10 IPD dan 5 balai polis yang dalam pembinaan.

• RM523 juta diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat Esscomm di Sabah, RM160 juta diperuntukkan bagi membina 4,000 unit lagi kuarters ATM.

• Sebanyak RM17.3 bilion disediakan untuk Kementerian Pertahanan bagi perolehan 6 Littoral Combatant Ship, kereta berperisai, Airbus A-400M.

• RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir dan RM60 juta untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negeri.

• Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin.

• RM260 juta bagi bina dan naik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian; RM52 juta bagi operasi 328 K1M dan pembukaan 33 K1M baru.

• Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak KL, yang bernilai RM848 juta pada Oktober 2016; Pembangunan Semula Hospital Kajang.

• RM155 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT.

• RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW.

• Membina rumah generasi ke-2 peneroka, iaitu 20,000 rumah oleh Felda, 2,000 rumah oleh Felcra dan 2,000 rumah oleh Risda.

• Memperuntukkan RM60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli.

• Membina 5k unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel.

• Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan sebagai sumbangan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit. RM200 j diperuntukkan.

• Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan RM863 juta.

• Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000 - RM300,000. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% daripada kos pembangunan.

• Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dgn pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta.

• Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion.

• Paras pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan RM5.50/kg SMR20 Freight On Board. Getah sekerap dinaikkan RM2.20/kg.

• Untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli, sebanyak RM300 juta disediakan.

• RM40 juta bagi laksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah.

• RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India.

• RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India.

• Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia.

☺Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.

☺Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps

☺Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

☺RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara

☺Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

☺Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

☺Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBPBantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.

☺Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

☺Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.

☺Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

☺Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.

☺Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

☺Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

☺Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

☺Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred.Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan

☺Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan

☺Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan

☺BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

☺BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.

☺BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800BR1M

☺Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400BR1M

☺Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

☺Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung

☺Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah,

☺Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

☺Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Sumber: Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia | melvister.com

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...