Friday, October 23, 2015

Bajet 2016

Bajet 2016 di sini:

• Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, kerajaan bersetuju:

1. Beri faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta dgn peruntukan RM1.1 bilion;

2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam;

3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan manfaatkan 60,000 penjawat awam;

4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.

• Pelaksanaan semua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai, 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

• Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM dan 500 unit kereta peronda dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35 juta.

• Merancang membina 2,000 unit lagi rumah mampu milik bagi PDRM, RM36 juta untuk bina pejabat, kuarters dan naik taraf depoh tahanan imigresen.

• Untuk kurangkan kadar jenayah, RM155 juta untuk pembinaan 2 IPD baru di Lawas & KK, 10 IPD dan 5 balai polis yang dalam pembinaan.

• RM523 juta diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat Esscomm di Sabah, RM160 juta diperuntukkan bagi membina 4,000 unit lagi kuarters ATM.

• Sebanyak RM17.3 bilion disediakan untuk Kementerian Pertahanan bagi perolehan 6 Littoral Combatant Ship, kereta berperisai, Airbus A-400M.

• RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir dan RM60 juta untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negeri.

• Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin.

• RM260 juta bagi bina dan naik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian; RM52 juta bagi operasi 328 K1M dan pembukaan 33 K1M baru.

• Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak KL, yang bernilai RM848 juta pada Oktober 2016; Pembangunan Semula Hospital Kajang.

• RM155 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT.

• RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW.

• Membina rumah generasi ke-2 peneroka, iaitu 20,000 rumah oleh Felda, 2,000 rumah oleh Felcra dan 2,000 rumah oleh Risda.

• Memperuntukkan RM60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli.

• Membina 5k unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel.

• Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan sebagai sumbangan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit. RM200 j diperuntukkan.

• Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan RM863 juta.

• Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000 - RM300,000. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% daripada kos pembangunan.

• Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dgn pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta.

• Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion.

• Paras pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan RM5.50/kg SMR20 Freight On Board. Getah sekerap dinaikkan RM2.20/kg.

• Untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli, sebanyak RM300 juta disediakan.

• RM40 juta bagi laksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah.

• RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India.

• RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India.

• Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia.

☺Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.

☺Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps

☺Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

☺RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara

☺Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

☺Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

☺Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBPBantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.

☺Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

☺Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.

☺Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

☺Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.

☺Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

☺Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

☺Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

☺Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred.Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan

☺Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan

☺Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan

☺BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

☺BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.

☺BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800BR1M

☺Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400BR1M

☺Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

☺Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung

☺Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah,

☺Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

☺Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Sumber: Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia | melvister.com

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...