Friday, November 13, 2015

Kasih Sayang ertinya pada seorang ISTERI

Assalamualaikum ...

Harap2 tajuk Cik Laa nie tak menjadi satu kesalahan. Moga2 juga tak menjadi satu pertanyaan. Nape Cik Laa nie? Dah kurang kasih sayang kew? ahaks ...




Sebagai seorang Isyeri yang normal, mesti suka dan teringin sangat2 kan keluarga BAHAGIA seperti gambar di atas tuh. Nampak ada kasih sayang yang jujur dan keharmonian dalam rumah tangga. Jeles? serius Cik Laa memang jeles. Kalau boleh Cik Laa nak hidup penuh bermakna lebih dari 24 jam. Setiap saat Cik Laa kehidupan yang penuh ketenangan, kebahagiaan, keceriaan dan ketakwaan hingga ke akhir hayat.

Memiliki SUAMI yang romantik, kelakar, bertanggungjawab, jujur, amanah dan yang paling penting MENJAGA AGAMA semestinya ciri2 yang menjadi pilihan kita seorang isteri. Betul tak? masa bercinta semua nampak indah tapi biler dah kawen, semua nampak cam tak berapa nak indah. hehehe. Sikit2 pon mesti ada ajelah yang tak kena. Macam Cik Laa adalah jugak yang rasa tak best tuh. hehehe.Pernah dengar tak ungkapan,

"Sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula Suami Isteri''

Korang boleh renung-renungkan ungkapan tuh dan selamat beramal ;)


Tapi apa yang boleh Cik Laa katakan sebagai gambaran di Alam Rumahtangga nie adalah Alhamdulillah. Hidup Cik Laa selepas berkahwin sememangnya berubah 360 darjah. Berubah kepada segala-galanya. Daripada hidup seorang, kini hidup berdua bersama suami yang amat Cik Laa sayangi :) Satu pengalaman yang sangat manis diberi peluang hidup bersama orang yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai setiap hari :'). Syukur Alhamdulillah.


Bila kita dah berkahwin, barulah kita tau kenapa putus cinta dahulu.Frust menonggeng kata orang. Tapi sebenarnya, kita perlu akui perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Ketabahan kita diuji sebab Alam Rumahtangga lg hebat ujiannya. Jadi kepada kekawan Cik Laa yag baru putus cinta tuh, jangan risau dan jangan kecewa keterlaluan ... sebabnya ;-


''Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat buat kita".


Betul tak? hehehe

Kenapa kita berkahwin? sbb naluri kita untuk hidup bersama-sama dengan insan yang kita sayangi dan cintai. Kita ingin memiliki kebahagiaan di dunia dan sangat2 berharap untuk terus ke Jannah. Mungkin definisi kekawan berlainan, ni Cik Laa nyer pendapat sahaja. Cik Laa berpandangan dengan BERKAHWIN Cik Laa akan terus bina kasih sayang yang halal dan mengikut Syariat Islam. Kalau nk diceritakan, Cik Laa berkahwin agak lambat. Berkahwin ketika usia Cik Laa menjangkau 29 tahun. Tapi suami Cik Laa muda 2 tahun dari Cik Laa. hehehe. Pucuk Muda? haih! ini jodoh namanya. ekekeke.

Selepas di nikahkan .... Indahnya saat ini. Syukur pada Allah Cik Laa dipanjangkan umur untuk merasainya


KASIH SAYANG ERTINYA PADA SEORANG ISTERI

Pengalaman Cik Laa sendiri ... Sbagai seorang isteri, apa yang diperlukan hanyalah ...

  • Seorang teman sehidup semati - Isteri lebih suka mempunyai seorang suami yang boleh dianggap BFF. Setuju atau tidak kehidupan seorang isteri lebih terisi jika mempunyai suami yang boleh dikategorikan kawan baik. Cik Laa rasa jika kita hidup suami isteri seperti kekawan, tentu lebih bingitkan? Macam kita dengan kaekawan kita. boleh buat apa sahaja bersama-sama. hidup plak penuh dengan aktiviti dan ketawa ria. Tentu lebih seronokkan? Contoh, kalau kita nak mengemas rumah, kita berpakat-pakat kemas suami isteri. Kalau Cik abg kita sapu sampah, kita usik sket. Kita kasi sepah lagi. hahaha. Tapikan cntoh Cik Laa nak kasi nie haa, seandainya si isteri kaki selfie, usahkan Cik Abg anggap benda tuh remeh, p laa joint skali selfie. Just suka-suka. Tapi ianya amat bermakna tau! Tak caya cubalah try. Confirm isteri tuan-tuan senym melebar. hehehe. Cik Laa le tuh. Jika si isteri kaki shopping, usahlah kedekut nak follow. hehehe. Ikut jew karenah isteri. Dia faham andai uan-tuan poke xberapa nak penuh pon. Just temankan dia dan muka tuh mestilah ceria. Jangan muncung leh sangkut hanger plak.
Cik La selfie, tapi boooooo layan ... kecewa tau! hehehe!
Gambo Sekadar Hiasan

  • Kejujuran - Cik Abg diluar sana. Ini pantang larang tau! Please please please laaa jangan sekali-kali berlaku 'curang'. Maksud Cik Laa kat sinih. Berlaku jujurlah pada diri sendiri dan isteri. Cubalah selami hati isteri. Kenapa golongan seperti kami ini ada pantang larang nie? sbb kami ni kaya dengan air mata. Hati kami mudah hancur. Mudah terhiris, terguris dan terbelah. Sapa xsayam suami oi ... sayamlah, sebab sayamlah kita isteri-isteri nie sangguh berkorban jiwa raga. Untuk apa? Untuk suami dan anak2 yang dilahirkan lah .... Kalu sekali ditipu, abg2 semua memang cari penyakitlah. Jiwa perempuan xsama abam2 tau. Ada yang boleh ditiou berkali-kali. Ada yang sekali ditipu, perceraian pilihan mereka. So, Cik Laa berpendapat, kenali hati budi isteri kamu ... Cubalah menangi hati mereka dengan sifat kejujuran kamu penuh keihlasan. Insya Allah apa jua yang mendatang, isteri kamu boleh menilai baik buruk kamu. Mana2 insan yang membaca post Cik Laa nie, jagalah hati isteri kamu iyer ... walaupun ada 2@3@4 isteri kamu. Mereka berhak ke atas kamu wahai suami...
  • Menjadi pendengar setia - Cuba kita selidiki, pernahkah kita betul2 menjadi pendengar setia kepada pasangan masing2? Jarang-jarang tak? Kadang-kadang tak? @ selalu? pada yang jawapannya selalu, SYABAS Cik Laa ucapkan. Mendengar bebelan? sakit telingakan? tapi bebelan itulah luahan hati sebenarnya. Cik Laa pernah dinasihatkan oleh seseorang, kebenaran akan terbukti @ perasaan yang jujur akan lahir dalam 2 situasi shaja. Yang pertama semasa MARAH dan yang kedua semasa MABUK. Kalau semasa TIDO tuh, jangan percaya sebab itu confirm berpura-pura. hehehe. Hati-hati iye ... Contoh, filem2 cinta, kalaulah watak yang dibawakan itu cinta 3 segi, selalulah trbongkar di saat depa MABUK. Filem Tamil, Cina, Mat Salleh, Thailand, Telenovela ... semuanya time MABUK. Kalau filem Melayu, time MARAH. Setuju tak? hehehe. So, Cik Laa berpendapat suami isteri jika saling menjadi pendengar setia, confirm hubungan kalian lebih mendalam lg. Pantang tau time balik kerja, si isteri moody kena marah dengan bos. Bila iceritakan pada suami, leh plak suami kata 'awak tuh memang ... nak ambek hati sgt buat apa. buat dek je laa' .... aih, dengar dulu cerita isteri tuh. Try bagi sokongan kat dia dgn kata2 positif seperti 'Sayang bersabarlah. dunia kerja ni macam2. itu bos pon macam2 perngai. Abg pon bos sayang jugak. Perangai abg macam2 tak? MOTIF? boleh cuba memesongkan fikiran isteri tuh. hehehe.

  • Sentiasa melimpahkan kasih sayang dari segi perbuatan dan percakapan dan Hindarkan kata2 kesat yang menyakitkan hati - Isteri adalah seorang kanak-kanak yang manja tau. Macam2 feel tau. Mengada-gada. Layan je laaa. Mesti lagi suka sebab terasa seperti disayangi dan dipeduli. Kalau Cik Abam selalu praktiks panggil isteri 'ayang', cubalah time marah tuh paggil 'ayang' Nada xjadi marah tau! tapi lebih menjurus kepada nasihat .... Contoh: ''Awak/ Siti (panggil nama) ko tahu tak aku dah lapar nie? nak layan FB tuh dah kenapa?'' uiiiiiiiiii kasarkan? jom kita tukar ;
''Ayang, ayang tau tak abg dah lapar nie? ayang nak layan FB tuh dah kenapa?''

Beza tak? try ekss... jom kita tukar ... hehehe. TONE atau Nada kita berbezakan? so elakkan menggunakan perkataan-perkataan kasar seperti 'aku, ko, bodoh, bangang dlll dalam rumah tangga. Keadaan ini teramat-amat tak sihat kepengunaannya.

  • Luangkan masa dengan anak-anak - Sekarang adalah zaman IT tau. 'FB, whatup, Telegram, Line, Chat. Semuanya ini mengabaikan dan merugikan masa. Ini pengalaman. Cik Laa sendiri mengalaminya. Dulu dirumah Cik Laa ada langgan Unifi tau ... Internet tanpa sempadan. Masa tuh kami hidup seolah-olah dalam dunia kami sendiri. Bercakap dengan anak2 tapi tangan sibuk membalas whatsup group sekolah. Haih, xboleh jadikan? hehehe. Oleh kerana kenkangan kewangan, kami stop. Tapi Hset masing2 cangih. Internet laju jew. hehehe. Tabiat sama masih ada jugak. huhuhu. Tetapi ada satu masa tuh, Cik Laa mcm tersedar, anak2 memandang penuh makna. Macam pndangan masa bercinta gitu. Pandangan ada makna. hehehe. Sejak itu, Cik Laa cuba untuk tidak memegang hset lagi sewaktu bersama mereka. Alhamdulillah. Menjadi. Cik Laa ubah dulu dan perlahan-lahan Cik Laa perasan suami pon ikut sama.Akhirnya kami ada kenangan 'bergomoi dgn anak2, menyakat anak2 sampai nangis, jadi ultraman, jadi raksasa, menyumbangkan suara nyanyi ABC, ketawa megilai bersama-sama. hehehe. Hset guna pakai jugak time bile tau? time nak rakam aksi mereka. Hebat sangat perasaan itu.
salah satu AKIBAT TERLEKA seketika kerana Hset.
hehehe. Padan muka Cik Laa.

  • Pujian - Menghargai apa jua yang telah dilakukan oleh isteri. Ini merupakan satu perkara yang penting sekali buat Cik Abam2 iye. Nak tengok isteri senyum? Pujilah isteri anda. Jangn plak memuji dengan nada sindir. Itu namanya mencurah minyak ke dalam api! Puji dengan ikhlas. Walaupun simple tapi yang inilah paling susah yang kaum adam nak buat untuk isteri. Tapi time bercinta, pujian melambung-lambung. hehehe. Cubalah praktikkan suasana bercinta dan rumah tangga, mesti manis2 je rasa. Pujilah isteri .... Bahagian sepnajang hari tau! Contoh, 'aiks, cepatnya tukar pempers ank. Ayang ni cam robotlah! percayalah, kata2 ni buat isteri bangga tau! Nak contoh lagi? pilih kat bawah nie;
'Ayang bangun pagi ni buat sarapan eks, patutlah abg tak leh tdo'

'ish, pelakun nie sama mcm ayang laa'

'Comel anak ayah nie, macam ummi laa'

'pakai tudung ni buat abg teringat masa mula2 terpikat dengan ayang dulu'

'ish teringat air kopi ayang buatlah ... tetiba dahaga. leh buatkan kopi untuk abag tak?'

  • Pelukan - Ini kuasa kasih sayang yang tinggi darjatnya ... Pelukan yang ikhlas boleh melegakan hati yang menangis, jiwa terluka, kerisauan yang melampau, ketakutan, amarah, frust menonggeng dan keresahan hati. Power tak? Cik Laa pernah terbaca, jika kita kerap memeluk anak lebih dari 8 kali sehari, anak kita akan lebih cergas mindanya. Dan jika kita memeluk isteri sekerap mungkin? apa kita akan dapat? Senyuman di wajahnya.... senyuman yang melambangkan kebahagiaan .... Insya Allah.
Pelukan kasih sayang mencerminkan KEBAHAGIAAN ....


  • Ucapan - Seboleh-bolehnya selalulah mengucap selamat kepada isteri walaupun sekadar 'Assalamualaikum Ayang'. sambil kita mendoakan pasangan kita, disamping belahar untuk mmemberi ucapan. Selain itu, 'Terima Kasih Ayang' ucapan yang simple tetapi terkesan pada isteri. Terasa diharga sangat2. Ucapan boleh juga melalui kiriman kad, whatup, email, FB dan supprise hantarkan bunga .... Tak membazir pon, untuk isteri kita jugak. hehehe. Pada anak2 pon kita boleh praktikkan. Cik Laa dengan Irdina selalu berbalas-balas memberi ucapan. Contoh:
'Assalamualaikum dan Selamat Pg ummi. Dah pagi dah ni. bangunlah ummi'

'Ummi Irdina dah balik nie. Irdina rindu sgt kat Ummi'

'Good Night Ummi, Irdina pergi tido dulu tau! Esok nak bangun pagi2'


WAHHHHHH ... panjang tak tips Cik Laa kasi? hehehe. Mengarang penuh keihlasan nie. 
Moga2 memberi manfaat untuk semua. Oklah kita jumpa lagi iyer ....

bubye ...

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...