Sunday, November 1, 2015

Zoo Negara Best!

Assalamualaikum ...

Hari ni dalam sejarah hidup Ummi ... Umur dah 34 tahun. inilah kali pertama Ummi jejak kaki di Zoo Negara. ini pon gara Irdina merengek nak p Zoo. 2 minggu lepas kami p Zoo d Melaka. Irdina tak puas hati sebab sema binatang tido jew. hehehe.


Tapi memang berbaloi datang cinh. berbaloi-baloilah! Banyak binatang kat sinih. udara nyaman jew. tenang jew. Abis cite, memang ummi puas hati! Dapat tengok Sang Gajah, Abg Rimau, Si leher panjang, Pak Belang dan C comel Bangau!

Hari ni Ummi p tapi hujan seketika. Ummi ingat Cik Abg nak balik terus... tp syukur jugak dia meneruskan hajat Ummi. Kalau tak Ummi yang riau ... Bukan Irdina. hehehe. Harga tiket mahal TAPI memang BERBALOI. Cer cer Cer chek kat link nie : HARGA MASUK ZOO NEGARA

Meh Ummi belanja Gambar sekeping ..

Pengenalan Sket

Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-MarhumTunku Abdul Rahman. Zogaro Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.

Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamaliaburungreptiliaamfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.


Merancang Lawatan

Sapa yang ingin berkunjung ke Zoo, Ummi nak cadangkanlah sedikit sebanyak perkara2 yang boley menjimatkan dan memudahkan Ibu-ibu mcm Ummi nie kan. 

Antaranya:

Beg
Ummi nak nasihat kita ibu2 nie, kalu datang sinih, hand beg xyah bawak. Pakai beg sandang je. Macam2 leh masuk dan memudahkan pergerakkan kita. Xleceh langsung. Jangan risau .. kita tanpa hand beg pon nampak cantik dan anggung jugak. Asalkan kita pandai berhias dan pakai yang sesuai dgn aktiviti kita. 

Camera
Ini adalah benda yang paling penting! Ummi menyesal xbawak kamera. Ambek gambar pakai Henset memang XBERBALOI! huhuhu. silap haribulan BATERI xmencukupi. Nasihat Ummi pastikan anda membawa kamera. Confirm puas hati!


Kualiti gambar ... xpuas hati sungguh

Minuman dan makanan
Untuk makluman kekawan semua. Mungki sedia maklumlah, harga jualan mestilah lebih sket dgn harga biasa. Ummi hanya bawak susu anak2 Ummi. Bacuh ditempat parking kereta, sebelum masuk. sebelum tuh Ummi dah bagi siap2 anak-anak makan. Bagi depa kenyang dahulu. Baru depa xada 'feel' sangat. Perut kenyang, emosi tak terganggu. Selain itu, beli siap2 air kotak dan bawaklah air kosong dari rumah. Makanan ringan seperti biskut pon baik sediakan. Bukan apa, kita kena bijak dan jimat berbelanja. Kalau mempunyai anak seorang, ok jugak. Dah klu bertiga? atau lebih, mesti kopakkkk.

ini yang paling penting... kalau beli di kedai, kopakkkkk


Kasut
wokey ... kalu sesiapa yang pilih nak menapak, sila pakai kasut yang terbaik. jangan pilih kasit bertumit plak ... jgn buat naya woooo. hehehe. kan tak pasal2 malam2 menangis sakit kaki. Ummi nasihatkan jew. Kalau anda kental, hebat bertumit tinggi wooo!

Oleh hal Ummi first time melawat Zoo Negara, Ummi agak ke laut laaa sket. Nampak keretapi, Ummi pilih nak naik ketapi. Ada caj tau! RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas. 
Caj ni belum termasuk GST lagi ... 

Ummi pilih naek ketapi sbb malas nak jalan. Sat lg Ummi berpeluh kejor Kembar nie.Jika anda memilih nak naik jugak ketapi tuh, Ummi nasihatkan sebelum anda beli tiket ketapi, Ummi nasihatkan p laa berjalan2 dahulu di Taman Rama2 dan ambek gambar dengan Si Leher Panjang... Klu naik ketapi terus, anda akan melewati sahaja dua tempat nie. Ketapi xakan berenti. Penat woooo setelah nak balik, alih2 Si Leher Panjang kita xbergambor. Badan dah penat. Itu yang Ummi hadapi. Anak2 dan penat, depa mula nak meragam. Alih2 Ummi suami isteri yang beria-ria bergambor.


Moody dah .... muka dah penat. 
Malas nk melayan Ummi bergambar.hehehe

Ok ... itu sahaja nasihat Ummi jika sesiapa yang ingin ke Zoo Negara.

Best dan Tersangat2 PUAS HATI!

Jom layan gambar2 lain lg...









Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...