Thursday, September 15, 2016



Assalamualaikum ...
Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe.

Ada seorang Boss tue, dia ada bagi tau yang dia pernah terbang 1 flight dgn seorang penganut Budha. Bos CikLaa kata, muka dia nie muda sgt2. Nampak mcm 30 an ... tp bile tanya usianya, aduih Macam tak percaya. Usianya dah mencapat 70 tahun. Ayoooo ..

CikLaa dgr cerita nya mcm tak percaya. Hehehe. Bos CikLaa nie pon risik2 laa kt dia apa petua nya sehinggakan nampak 30 tahun lebih muda. 

Petua nya senang jew. Amalkan minum air kosong sebanyak 3 liter setiap hari sebelum menjamah makanan. 

Aduih!

Rasa macam xsanggupkan. Ermm, 3 Liter tuh. Confirm lepas tuh tak sarap. Hehehe.

Xyah nk pening2. CikLaa ada step nk minum air kosong yang mcukupi. 

Step 1:
– Bangun pagi minum air sekurang-kurangnya segelas (Untuk segarkan sel-sel dalam badan)
– 9.00 am hingga 12.00 pm: Minum 2 liter air kosong
Step 2:
– Makan tengah hari minum air suam 5-10 minit selepas makan.
– 02.00 pm hingga 05.00 pm : Minum 2 liter air kosong.
Step 3:
– 06.00 pm hingga 09.00 pm: Minum 2 liter air kosong.
– Jika bersenam, di gym atau taman saya masih minum air.
Step 4:
– Sebelum tidur minumlah segelas air (Melancarkan darah dan salah satu cara mengelakkan strok)
*Ke tandas tu perkara biasa..yang penting air kencing berwarna putih.

Apa lagi, p laa cobe! 
Hehehe.


Monday, July 18, 2016

Cerita Raya Aidilfitri 2016

 
Hai. rasanya belum terlewat lg CikLaa nak mengucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dah lama sangat dah CikLaa tak menjenguk blog nie. 

BZZZ sungguh rasanya. 



الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر ولله الحمد.....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri . 
Mohon kemaafan dgn lafaz Maaf Zahir & Batin.

Raya pada tahun ini CikLaa tak adalah beria-ria sangat. 
Baju anak2 pon sorang sepasang sahaja. Entahlah.

bukan tak nak merayakan tapi hati CikLaa sedikit gusar dan tak tenteram. Kadang kala kita ada masalah nie tak mo kongsi dengan orang lain. Harap2 CikLaa dapat bertenang kan. CikLaa tau, Allah hanya menduga hambanya itu dengan kesesuaian dugaan tuh. Allah tahu CikLaa dapat mengatasinya.

Doakan CikLaa iyer ...

Thank you for reading this entry !




 Shaklee Independent Distributor 
[ID No:919146]

Jomlah hubungi Anish Azizul untuk dapatkan Detail Mengenai Produk-produk Shaklee! 
dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA! Mendapatkan konsultansi ISTIMEWA!   
 Pilih laa nk Call ke, Msg ke, Whatssap ke, Email ke, 
 di talian 019 3293235 atau 
emel allaarief@yahoo.com
 




 

Tuesday, February 9, 2016

Besday Irdina Batrisya turn 5


Assalamualaikum ...

8 Februari 2011 yang lalu, Ummi selamat melahirkan Princess yang pertama. Princess Irdina Batrisya. Ummi bersalin normal tp induce... setelah 3 bulan menjadi penghuni hospital Putrajaya.

Dah 5 tahun berlalu ...
Last minit plan nak sambut birthday Irdina d rumah. Ni pon kesungguhan Ayah Irdina yang nak buat..Siap gaduh2 lagi tak tau nak buat kt mana. Ummi cadangkan d pantai tp Ayah Irdina xsetuju. Hujan katanya. Pas tuh Ummi merajuk. Tertido. Hehehe. Lebih2 plak Ummi nie kan. Tetiba Ayah Irdina bawak Irdina kuar. Huhuhuhu. Ummi takut depa p celebrate sendiri2. Mana tau laaa kan. Ummi terus hantar kat wassapp suh Ayah Irdina beli kelengkapan 'besday party' kunun kununnya ... tp keciwa, rupa2nya Ayah Irdina tertinggal phone. Tawakal je laa pada Allah. Moga2 terbuka hati 2 beranak tuh nak sambut kt ruman. Hehehe.

Lepas maghrib dekat kolq 8 lebih jugak la baru kiteorang prepare. Alhamdulillah ada barang2 memang Ayah Irdina belikan. Ummi rasa terharu. Kami sehati sejiwa sebab apa yang Ummi senaraikan kebanyakkannya memang ada Ayah Irdina belikan. Cuma makan terlalu sedikit. Tak membazir kata ayahnya tuh ..
.
Hidang jew Kepciiiii, hilang terus 2 ketul, twins xmenyabar. Depa sambar dan makaN. UMmi nak ambek gambar pon susah. Penuh tangan. Mummy tuuuu kepchiiii!!! Twins memang pantang nampak KFC, pantang dengar perkataan KFC, pantang nampak iklan KFC... meraung depa ...

Jom tgok gambar dulu ....








Heppy Besday My Dear Princesss.

Wednesday, January 20, 2016

Murung semasa HAMIL

Selamat tahun baru Semua ...

Apa khabar? Cik Laa harap anda semua dan keluarga sihat selalu.

Hari ni Cik Laa  nak kongsikan cara atasi rasa murung semasa hamil. Ingat yang dah bersalin je murung? Jangan pikir begitu eks. Yang tengah mengandung pun kadang-kadang ada juga diserang kemurungan. KENAPA?


Salah satu faktornya adalah PERUBAHAN HORMON, PENAT, BADAN TAK SELESA, EMOSIONAL dan PEMAKANAN ....




Cara nak atasinya mudah saja. Pergi bercuti dengan suami dan keluarga di tempat yang tenang dan damai. Biasanya kat lokasi ada pantai atau di tanah tinggi seperti Cameron Highland.

Dan berikut tips untuk nikmati percutian dengan gembira.

  • Cari destinasi yang dekat dan tidak perlu lalui tempoh perjalanan yang panjang dan jalan yang xrata.
  • Pilih aktiviti yang sesuai dan boleh lakukan oleh wanita hamil. Contohnya berenang sebab ia dapat bantu melegakan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
  • Pakai pakaian yang sesuai dan selesa dengan lokasi percutian.
  • Maklumkan dan dapatkan nasihat daripada doktor tentang perancangan bercuti. Doktor lebih tahu tentang tahap kesihatan kita.
  • Jika nak travel ke luar negara, dapatkan nasihat doktor dulu. Mungkin perlu ambil vaksin.  
  • Periksa dan pastikan terdapat kemudahan perubatan berhampiran dengan tempat bercuti
  • Bawa bekalan ubatan atau vitamin yang diperlukan sepanjang percutian anda.


Waktu yang paling sesuai untuk kita pergi bercuti adalah pada trimester kedua iaitu antara 18-24 minggu sebab pada ketika ini loya-loya atau mabuk hamil sudah semakin kurang.


Itu saja untuk kali ni. Nanti Cik Laa share tips lain pula. 

Ikhlas,

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...