Wednesday, January 20, 2016

Murung semasa HAMIL

Selamat tahun baru Semua ...

Apa khabar? Cik Laa harap anda semua dan keluarga sihat selalu.

Hari ni Cik Laa  nak kongsikan cara atasi rasa murung semasa hamil. Ingat yang dah bersalin je murung? Jangan pikir begitu eks. Yang tengah mengandung pun kadang-kadang ada juga diserang kemurungan. KENAPA?


Salah satu faktornya adalah PERUBAHAN HORMON, PENAT, BADAN TAK SELESA, EMOSIONAL dan PEMAKANAN ....




Cara nak atasinya mudah saja. Pergi bercuti dengan suami dan keluarga di tempat yang tenang dan damai. Biasanya kat lokasi ada pantai atau di tanah tinggi seperti Cameron Highland.

Dan berikut tips untuk nikmati percutian dengan gembira.

  • Cari destinasi yang dekat dan tidak perlu lalui tempoh perjalanan yang panjang dan jalan yang xrata.
  • Pilih aktiviti yang sesuai dan boleh lakukan oleh wanita hamil. Contohnya berenang sebab ia dapat bantu melegakan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
  • Pakai pakaian yang sesuai dan selesa dengan lokasi percutian.
  • Maklumkan dan dapatkan nasihat daripada doktor tentang perancangan bercuti. Doktor lebih tahu tentang tahap kesihatan kita.
  • Jika nak travel ke luar negara, dapatkan nasihat doktor dulu. Mungkin perlu ambil vaksin.  
  • Periksa dan pastikan terdapat kemudahan perubatan berhampiran dengan tempat bercuti
  • Bawa bekalan ubatan atau vitamin yang diperlukan sepanjang percutian anda.


Waktu yang paling sesuai untuk kita pergi bercuti adalah pada trimester kedua iaitu antara 18-24 minggu sebab pada ketika ini loya-loya atau mabuk hamil sudah semakin kurang.


Itu saja untuk kali ni. Nanti Cik Laa share tips lain pula. 

Ikhlas,

Post a Comment

Assalamualaikum ... Hari nie CikLaa ada laa gosip2 di opis. Pasal apa? Pasal nak awek muda. Hehehe. Ada seorang Boss tue, dia ada bagi...